Kenapa tak boleh?

February 27, 2007 | Leave a Comment

Akum dan salam sejahtera semua.

Emm..mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah sebenar niche untuk blog saya ni kan. Actually, saya lebih menumpukan kepada tips-tips motivasi dan perniagaan internet pula sebagai sebahagian dari topik saya.

Saya akui, saya masih lagi belajar perkara-perkara yang berkaitan tentang perniagaan internet dan belum lagi pakar sebenar. Tapi insyallah saya cuba kongsikan juga apa jua ilmu yang saya perolehi kepada anda semua.

Hari ini saya ada sedikit tips untuk menaikkan dan mengekalkan motivasi anda.

Baiklah, kenapa sesetengah orang sering mengeluh “tak boleh” atau “tak dapat” apabila hendak melakukan sesuatu sedang apa yang mereka ingin lakukan adalah impian mereka.

Ingin tahu apa sebabnya? Kerana seseorang itu sudah pun meletakkan syarat dan halangan untuk dirinya sendiri terlebih dahulu. Belum buat apa-apa lagi dah sekat diri sendiri. Emm macam mane tu? ;)

Dari segi psikologi manusia, ketika seseorang cuba memberikan alasan setelah gagal melakukan sesuatu atau bila mahu lakukan sesuatu (contohnya memulakan perniagaan internet ), mereka sebenarnya cuba menyorok kelemahan pada diri mereka dan mahu jalan mudah serta singkat.

Kawan-kawan sekalian,

Setiap perkara berlaku pasti ada “jalan” yang perlu anda lalui terlebih dahulu. Tiada satupun kejayaan tetiba jatuh tergolek di depan anda begitu sahaja. You need to think and work hard for it.

Tapi, saya masih banyak kelemahan.Macam mana ni?

Sebenarnya,hakikatnya begini…

Setiap orang pasti ada kelemahan masing-masing walau sehebat mana pun tahap mereka. Menyorok kelemahan anda hanya akan melemahkan motivasi anda secara senyap. Apa yang sepatutnya anda lakukan sebenarnya ialah, cuba menerima dan mengakui kelemahan anda dan tanamkan tekad untuk berusaha memperbaiki kelemahan anda.
Saya ada satu  tips yang sangat berguna saya selalu gunakan apabila saya merasakan tahap motivasi saya menurun. Caranya begini :

1. Ambil satu kertas kosong dan tuliskan 50 perkara terbaik yang anda miliki ketika  ini. Apa sahaja, anda tulis dengan penuh jujur dan ikhlas. Contohnya, kalau anda rasa anda kacak,  tuliskan “saya seorang yang kacak”. :)

2. Kemudian, dari setiap satu perkara terbaik tadi, cuba anda list-kan pula apa kebaikkan tambahan yang ingin anda perolehi dari setiap perkara terbaik anda ada tadi. Satu perkara terbaik perlu ada 2 perkara yang lebih baik yang anda ingin capai. (maksudnya ada 100 perkara baru yang anda ingin capai).

Contoh, ini perkara terbaik anda : “saya boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris”

2 nilai tambahan untuk perkara terbaik anda:

a. “saya ingin berkomunikasi dalam bahasa Mandarin”

b. “saya ingin berkomunikasi dalam bahasa Jerman”

3. Cuba list-kan 100 perkara baru yang anda ingin tambah dalam diri anda tadi dan jadikannya sebagai azam atau matlamat anda. Skopkan azam anda untuk jangka masa pendek dan panjang mengikut kesesuaian anda. Dan cuba sedaya upaya mencapainya. Jika motivasi anda menurun, ulangi langkah 1 tadi dan bersyukurlah. ;-)

“Energy flows where ATTENTION goes”

Huh..penatnya

February 24, 2007 | 7 Comments

Akum dan salam sejahtera semua

Sori yek sebab dah 5 hari tak post artikel2 terbaru. Belum ade idea yang bernas nak di sampaikan. Minggu ni saya terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan tugas di belakang tirai tabir (hehe..bisnes la tu ;) ).

Semalam saya hepi sangat sebab adsense saya sudah dapat mencapai target. Walaupun saya bukanlah ber-adsense secara serius, tetapi experimen saya mendatangkan hasil. Apa yang saya lakukan cuma apply method yang saya baca dan ikuti dari pakar. Saya ada membeli ebook Adsense dari Joel Comm yg berharga $97 tapi, masa saya beli saya dapat diskaun sampai $19.97. (tu yang saya terus beli :))

Ebook tersebut banyak memberi sumbangan terhadap pendapatan adsense saya. Image di bawah menunjukkan jumlah adsense saya dapat semalam.
Walaupun sedikit, tapi saya rasa berbaloi kerana baru 2 minggu saya apply method dari Joel Comm dan satu lagi teknik “rahsia” yang saya gunakan untuk marketing. Alhamdulillah :)

p.s : Puas hati apabila target nak dapat adsense $10 sehari tercapai. :)

Stress..apa yang anda lakukan?

February 20, 2007 | Leave a Comment

Akum dan salam sejahtera :D
Emm..mesti ramai lagi yang masih bercuti hari ini kan? Kalau saya, time cuti inilah saya menghabiskan masa saya di depan komputer je. Bagi saya inilah cara saya untuk menghilangkan stress dan menenangkan fikiran. :)

Baiklah, hari ini saya nak berkongsi sedikit tips bagaimana anda boleh menangani masalah stress. Yelah kan, dunia sekarang semakin mencabar. Masa seolah-olah semakin cepat berlalu dan bebanan kerja juga semakin bertambah saban hari. Tanpa kita sedar, dalam kita berusaha mengejar masa dan menyiapkan kerja, timbul perasaan stress dalam diri kita. Sesuatu yang tidak elok untuk kesihatan,kan? ;)

Rakan-rakan sekalian,

Seperti yang pernah Nabi Muhammad S.A.W bersabda, dalam diri manusia ada seketul daging iaitu jika baik sifatnya maka baiklah perbuatannya dan begitu juga sebaliknya. Jadi, apa yang kita perlu tekankan di sini adalah, perlunya menjaga hati kerana di situlah punca segala tindakan kita sama ada baik mahupun buruk.

Berdasrkan pembacaan dan pengalaman saya, stress selalunya disebabkan oleh perasaan yang kita rasai apabila kita rasa terlalu penat, bosan ataupun kecewa apabila tidak berjaya melakukan sesuatu yang kita ingini.

Begitu juga apabila kita marah. Sebenarnya, kita marah apabila sesuatu yang kita kehendaki tidak mengikut seperti yang kita rancang. Itu saja, betul tak? :)

Maka di sini pula pentingnya sifat redha dan menerima qadak dan qadar. Kita perlu ingat, tidak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang kita ingini kerana setiap sesuatu itu berlaku dengan izin dari-Nya. Selalu-selalu bersangka-baik jika tidak memperolehi sesuatu dan cuba melihat sesuatu pada perspektif yang lebih positif.
OK, berbalik kepada soalan kita tadi (melalut la pulak saya ni kan :))

Bagaimanakah caranya untuk mengatasi stress? Apa cadangan anda? Bagi saya, senang saja. :)

Pertama sekali, belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita perolehi setiap hari walau dalam apa jua keadaan anda. Ketika anda berasa sedih, penat, marah mahupun kecewa, cuba lari dari keadaan anda ketika itu (untuk sementara) dan buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan anda.

Lakukan sesuatu perkara yang paling anda suka seperti mendengar muzik,bersukan, tengok DVD dan macam-macam lagi mengikut kesesuaian anda (bersolat adalah paling baik). Apa yang anda lakukan ini adalah untuk memulihkan hati dan perasaan anda terlebih dahulu.

Ini penting kerana, perasaan (feel) anda menentukan apa yang anda fikirkan. Dan, apa yang anda fikirkan menentukan apakah tindakan/perbuatan anda. Nampak tak kesinambungan antara hati dan akal? Itulah rahsianya. ;)
Setelah anda merasakan perasaan anda sudah pulih, barulah anda kembali ke kerja anda tadi. Kalau boleh, cuba rancang kembali kerja anda supaya ia lebih sistematik. Semak semula apakah kelemahan-kelemahan dan cuba fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Lakukan dengan cara santai tetapi fokus. Insyallah, saya yakin anda boleh menyelesaikannya dengan mudah sekali.

Selamat mencuba! :)

Pentingnya Merancang

February 18, 2007 | 1 Comment

Akum dan salam sejahtera semua.

Ok, seperti yang saya janjikan, saya akan memberikan satu tips yang tersangatlah berharga hari ini.

Sejam yang lalu saya mendapat melihat respon dari Patric Chan. Sebelum ini, saya ada membuat pertanyaan melalui blog beliau mengenai bagaimana caranya newbie (mcm saya ni) boleh menghadapi masalah “ketepuan” produk-produk IM dan apakah caranya newbie boleh gunakan sebenarnya untuk bermula di internet. (Anda perasan tak,setiap minggu ade saje produk-produk baru keluar kan..pening juga kepala saya dibuatnya ;))
Ini soalan saya: (eragonies tu saya lah ye..maaf kalau tak brape clear :) )

Jadi apa yang saya dapat rumuskan di sini adalah :

1. Kenalpasti apakah sebenarnya matlamat kita. Kemudian, rancang pelan tindakkan anda mengikut kesesuaian ke arah matlamat anda itu.

2. Pilih produk-produk yang anda rasakan sesuai untuk membantu anda ke arah mencapai matlamat anda sahaja. Only use what you really need for your mission. ;)

3. Pilih internet marketer yang mempunyai niche yang lebih kurang dengan anda dan jadikannya sebagai role-model dalam usaha anda tadi.

Be alert dengan produk-produk yang disyorkan oleh internet marketer pilihan anda tadi kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dan tidak perlu. (Yelahkan, kita ni masih newbie. Learn slowly but effectively..hehe ;))

4. Stick dengan pelan tindakkan anda rangka tadi. Ini bagi memastikan anda boleh memantau perkembangan perniagaan anda dan melihat apakah kelemahan atau kelebihan dalam perniagaan anda.

Ok..itu saja untuk tips kali ini. Semoga tips ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dan membina perniagaan yang lebih strategik.

Selamat bercuti!

February 18, 2007 | Leave a Comment

Akum dan apa khabar semua!

Lama sungguh saya tak update blog saya ini. Maafkan saya. Sebenarnya saya terlalu sibuk dengan kerja baru saya di NIOSH dan sempena hujung minggu ini, saya mengambil peluang untuk meng-update apa yang perlu di sini. Emel-emel yang saya terima pun belum habis baca lagi. :)

Saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Insyallah, dalam beberapa hari ini, saya akan cuba memberi beberapa post mengenai tips-tips terkini kepada anda semua.

Have a nice day!

Johari

Menulis di blog

February 9, 2007 | 5 Comments

Akum dan salam sejahtera

Seperti yang ramai sedia maklum, blog merupakan satu medium yang sangat efektif serta sesuai untuk meningkatkan tahap produktiviti khususnya dalam mempromosi sesuatu produk dan menyebarkan idea-idea terkini.

Dan lazimnya, apabila anda menggunakan teknik “mengajar” melalui artikel-artikel, satu ciri yang anda perlu lakukan ialah membina kredibiliti supaya anda dipercayai terlebih dahulu.
Membina kredibiliti ini pula tidak semudah yang disangka.

Antara salah satu faktor yang saya lihat kejayaan blog-blog berpengaruh (mcm blog irfankhairi, saifulsham, smartusaha, intenetmelayu dan banyak lagi…), mereka mempunyai gaya penulisan dan “approach” tersendiri dalam menyampaikan setiap intipati artikel-artikel mereka.

Di sini ada sedikit tips untuk anda.

Ada 4 asas utama yang ada pada blog-blog berpengaruh tersebut yang saya rasa anda boleh cuba gunakan untuk menulis artikel-artikel di blog supaya mampu menarik lebih ramai pelawat berkualiti.

Gunakan teknik-teknik ini dan cuba sesuaikan mengikut cara “approach” anda.

1. Nilai

Blog anda hendaklah mempunyai sesuatu nilai yang sentiasa dicari oleh pelawat.Sebagai contoh, nilai tersebut mempunyai ciri-ciri untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun memberikan isi kandungan yang terbaru dan terkini.

2. Tajuk

Anda hendaklah bijak untuk menulis sesuatu lain dari yang lain, jika mempunyai isi yang sama sekalipun, cuba gunakan teknik penyampaian yang berbeza.Kemudian, cuba anda kaitkan tajuk tersebut dengan nilai yang hendak anda sampaikan kepada pembaca.

3. “Bagaimana…”

Kebanyakkan orang tidak mahu ambil tahu apa yang anda boleh lakukan, tetapi mereka mahu tahu “bagaimana” sesuatu itu berlaku. Jika anda rasakan anda memberikan banyak informasi, anda sebenarnya berada pada landasan yang betul.

4. Bercerita..

Emm..yang ini saya rasa teknik yang paling berkesan untuk menjadikan artikel-artikel anda nampak lebih menarik dan senang untuk didekati pembaca. Ramai orang tidak mahu membaca sesuatu secara “detail” (macam kita membaca kat buku-buku kat universiti..peningkan?). Mereka lebih suka sesuatu yang lebih bersifat santai tapi tetap memberikan nilai kepada pembaca. Satu lagi, apabila bercerita, anda sebenarnya cuba memberikan pembaca anda merasai situasi sebagaimana anda rasai. Deep impact kan?

Saya harap, tips-tips di atas dapat membantu anda untuk menulis dengan cara yang betul serta menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti. Saya sendiri pun masih lagi menggunakan teknik-teknik di atas dan cuba memperbaiki cara penyampaian saya pada setiap post.

Insyallah :)

The best day in my life

February 6, 2007 | 5 Comments

Akum dan salam sejahtera semua :)

Saya sangat gembira hari ini, kerana semalam saya baru saja dapat panggilan dari syarikat tempat saya interview (pernah saya cerita post sebelum ni).Saya telah ditawarkan bekerja untuk syarikat mereka dengan gaji yang lumayan.

Tapi, apa yang lebih saya teruja ialah, saya telah berjaya menggunakan konsep “Law Of Attraction” dengan kejayaan saya ini. Nak tahu macam mana? ;)

Baiklah, saya ceritakan skit macam mana Law Of Attraction membantu saya untuk mendapat pekerjaan ini. Pada mulanya, saya tidaklah berminat untuk bekerja dan ingin fokus dalam bidang perniagaan internet sahaja.Tapi, saya mula akur, untuk memulakan sesuatu saya juga perlukan modal (paling kurang pun nak bayar hosting kan :)).

Suatu hari, rakan karib saya menelefon saya untuk memberitahu bahawa ada satu syarikat mencari pekerja. Kemudian, kami berdua pergi menghantar resume di syarikat tersebut.

Syarikat tersebut agak simple tapi ada sesuatu yang membuatkan saya terfikir. Jadi, selepas pulang ke rumah, saya terus membuka internet dan mencari maklumat tentang syarikat ini. Alangkah terkejutnya saya, syarikat yang kelihatan simple ini mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia.
Kemudian, selang beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan telefon dari pihak HR syarikat tersebut yang saya perlu menghadiri interview pada satu tarikh yang telah ditetapkan. Saya agak terkejut kerana terpilih untuk menghadiri interview.

Yelah kan, saya ni masih fresh lagi, baru lepas grade, pengalaman bekerja pun masih belum ada. Yang dapat interview itu pun bukan calang-calang orang. Rata-rata berumur 26 tahun ke atas dan punyai pengalaman kerja tak kurang 3 tahun. Saya dan rakan saya je yang umur 23. Hihi ;)

Sehari sebelum interview, saya menerima emel dari Russell Brunson. Beliau lah yang memberikan saya video “Law Of Attraction”. Jujurnya, sebelum ini, saya merupakan seorang yang kurang berkeyakinan dan terlalu merendah diri.

Tetapi, selepas sahaja tamat melihat video tersebut, saya seperti mendapat “kuasa” yang saya belum pernah rasa selama ini. Saya terus nekad untuk menggunakan konsep yang saya pelajari dari video tersebut untuk diaplikasi dalam interview saya (keesokkan harinya)

Interview dijalankan hampir setengah hari (dari pukul 8.30pg hingga 5.00ptg). Dahsyat tak interview ni? Saya sendiri akui, saya pun tak expect interview selama ini. Memang syarikat ini membuat tapisan yang sangat teliti untuk memilih pekerja yang berkualiti.

Tiba giliran saya untuk membuat presentation. Saya hanya fikirkan konsep yang saya pelajari melalui video dan JUST DO IT! Saya hanya buat yang terbaik dan tidak sangka di akhir proses presentation saya mendapat highest mark. Saya mulai percaya tentang ilmu ini sedikit demi sedikit.

Dan semalam secara rasminya, saya telah diterima untuk bekerja untuk syarikat tersebut.

Rasa SYUKUR saya tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana menemukan saya dengan ilmu ini.

Kini saya sentiasa bertambah yakin dengan setiap aktiviti yang saya lakukan dan yakin ilmu ini sudah cukup buat saya untuk mencapai apa sahaja yang saya inginkan iaitu Kehidupan,Kekayaan, Kebahagiaan dan Kasih Sayang…

Konsepnya mudah sahaja:

“Everything start from your mind. If you think you can, you are really can do it”

p.s: saya baru sahaja update ebook di bahagian download.Kepada sesiapa yang berminat mendapat ebook dari saya, sila ke link ini http://www.mohdjohari.com/download

p.p.s: Kepada yang sudah menjadi subscribers saya, sila check emel anda nanti. Saya ada sertakan link untuk ke bahagian download.

p.p.p.s: Ehem2..ada sesuatu yang istimewa menanti anda di ruangan download itu. Nak tahu apakah ia? Sila ke link ini http://www.mohdjohari.com/download

Law Of Attraction

February 3, 2007 | 2 Comments

Pernahkah anda mendengar frasa di atas?

Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya. Secara jujurnya, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan pemalu.Hobi saya pula ialah membaca buku dan mengumpul kisah-kisah kejayaan orang-orang berjaya. Saya gemar melihat cara-cara bagaimana untuk berjaya dan saya akui tiada satu pun cara terbaik untuk berjaya kerana semua cara adalah yang terbaik. Allah menjadikan setiap insan mempunyai kelebihan dan bakat masing-masing serta dengan kelebihan itu jugalah kita akan berjaya mengikut cara dan kehendak masing-masing (cara yang halal).

Saya ingin membuka rahsia saya bagaimana dengan hanya dalam tempoh sebulan, saya sudah mempunyai list subscriber hampir 100 orang dan pada masa yang saya saya terpilih untuk menjalani interview di salah sebuah syarikat korporat terbesar di Malaysia.

Bagi saya, ini adalah satu pencapaian yang tinggi bagi seorang newbie seperti saya (saya baru grade September tahun lepas). Sebelum ini, saya ada membuka blog dalam bahasa Inggeris sejak setahun lalu (mohdjohari.com/blog) tapi saya tidak berjaya membina list subscibers saya. Kenapa? Sebab saya terlalu merendah-rendahkan kemampuan diri saya sendiri dan melihat sesuatu lebih kepada unsur-unsur negatif.

Kehidupan saya mula berubah selepas saya mengetahui RAHSIA ALAM ini. :D

Tetapi, sebelum saya membuka rahsia,ingin saya beritahu terlebih dahulu bahawa apa yang saya sampaikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan kesan yang saya sendiri alami. Niat saya hendak berkongsikan kepada anda agar dapat melihat kehidupan ini dari sudut yang lebih positif. Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak kerana bagi saya, selagi anda tidak mencuba terlebih dahulu, anda tidak akan tahu bagaimana kesannya terhadap kehidupan anda.

Jadi apakah rahsia saya?

Pada Disember 2006, saya terlalu kecewa dengan setiap yang saya ingin lakukan di dalam perniagaan internet. Setiap usaha saya tidak memberikan apa-apa hasil yang diingini dan menyebabkan motivasi saya semakin hari semakin menurun (salah satu kekecewaan saya adalah blog saya tadi). Hampir lebih 10 buku motivasi saya baca untuk menguatkan kembali semangat saya tapi motivasi dan semangat saya masih lagi lemah.

Sehingga pada 26 Disember 2006, saya mendapat emel dari Russell Brunson. Dalam emel tersebut, beliau menceritakan bagaimana beliau telah mengubah hidup beliau dengan hanya melihat satu VIDEO sahaja. Dan, sebagai hadiah tahun baru, beliau membenarkan saya melihat video tersebut secara percuma. Harga sebenar video tersebut ialah $4.95 untuk sekali paparan.

Saya melihat video tersebut, tetapi saya tidak berpuas hati dengan kualitinya disebabkan masalah talian internet yang lambat. Jadi saya mengambil keputusan untuk melihat secara detail dengan pergi ke laman web video tersebut. Saya mengambil pakej $4.95 untuk sekali paparan (maksudnya lihat video secara live dan tiada download). Apa yang lebih menarik, itulah kali pertama saya menggunakan debit kad saya. :)

Selepas membuat pembelian melalui debit kad, saya sudah tidak sabar untuk melihat apa yang video itu mampu lakukan kepada saya. Saya pun mula melihat video tersebut sehingga habis (90 minit).

Selepas tamat video tersebut, tiba-tiba semangat saya meningkat mendadak.Saya berasa terlalu kagum dan sangat teruja kerana satu RAHSIA ALAM yang semua orang tahu tetapi masih ramai tak perasan KEWUJUDANNYA.

Apa yang lebih penting,video tersebut membuktikan bahawa bagaimana dengan mensyukuri nikmat Allah, walau apa pun yang anda mahu, anda akan memperolehinya. Ia semudah 1-2-3!!

Pada saat saya menonton video itu, saya akhirnya mengetahui bagaimana orang-orang berjaya di dunia ini BERJAYA dengan cara mereka tersendiri. Ia bukanlah satu cara yang khusus tetapi konsep yang mereka gunakan itu adalah sama seperti yang diceritakan melalui video tersebut.

Saya yakin, selepas anda melihat video tersebut, anda akan faham apa yang saya maksudkan KEHEBATANNYA. Selepas ini,apa yang anda hanya perlu lakukan ialah mengikut konsep yang disarankan pada video tersebut dan lihatlah apa yang alam akan berikan kepada anda. Capai segala impian dan kehendak anda selama ini. Itulah kuasa “Law Of Attraction”!

Jika anda mempunyai kesempatan,saya sarankan anda melaburkan sedikit wang anda dan luangkan masa menonton video tersebut. Kemudian, rasai apa yang video itu mampu lakukan pada anda.

Ini merupakan link video tersebut http://www.thesecret.tv

Anda boleh membuat pembayaran pada web tersebut secara kredit/debit kad atau paypal.

Untuk pengetahuan anda, saya tidak ada kena-mengena dengan pembayaran itu. Itu adalah hubungan anda dengan tuan punya website tersebut sahaja.

Kepada yang tak mampu atau tiada kredit kad atau paypal, di sini saya sertakan satu link untuk anda lihat video tersebut secara percuma tetapi untuk tempoh masa tertentu sahaja.
http://www.dotcomsuccess.com/NewYearMovie/

Tontoni sekarang..Jangan berlengah lagi! Saya yakin video 90 minit  ini sangat-sangat berguna untuk anda.
Kepada yang sudah menonton, sila berikan komen anda kepada saya nanti.

Terima kasih. :D

Kualiti Produk Resell Rights

February 1, 2007 | 3 Comments

Akum dan salam sejahtera :D

Ok, hari ini saya nak kongsikan sesuatu tips mudah bagaimana untuk memilih produk resell rights yang betul. Kepada yang telah mengikuti post-post di smartusaha.com mengenai bagaimana untuk memulakan perniagaan internet dalam masa 3 hari, anda boleh gunakan tips ini sebagai tambahan.

Baiklah. Apakah kriteria-kriteria penting di dalam produk Resell Rights? Ini merupakan jawapannya seorang reseller idola saya, Edmund Loh. :

1. Maklumat di dalam produk Resell Rights itu hendaklah tidak mudah diperolehi melalui artikel percuma atau laporan percuma.

2. Maklumat yang ditawarkan boleh menjimatkan wang seseorang.

3. Maklumat hendaklah dapat menjimatkan masa.

4. Maklumat yang diberikan dapat menolong seseorang untuk menjimatkan tenaga ( bekerja secara bijak)

5. Maklumat hendaklah mempunyai QUALITY RECOMMENDATION.

6. Maklumat boleh menyelesaikan sesuatu masalah .

7. Maklumat menyediakan peluang untuk menambah pendapatan atau memberi peluang perniagaan.

Saya harap maklumat yang ringkas tapi amat berkesan ini dapat membantu anda memilih produk Resell Rights yang lebih berkualiti dan mempunyai pasaran. :D

Selamat berjaya!

Johari.