3 Komponen Paling Penting
March 25, 2007 | 4 Comments
Akum dan apa khabar?
Bagaimana dengan cuti hujung minggu anda kali ini? Cukup rehat tak? Saya baru sahaja menjenguk blog saya ini hari ini kerana sepanjang minggu ini saya tidak sempat hendak meng-update artikel terkini di blog saya. Saya terlalu sibuk dengan kerja harian di tempat kerja dan melakukan beberapa siri kajian berkaitan perniagaan internet.
Saya ni pun baru je nak belajar bab-bab bisnes dari internet so kenalah rajin skit. Asalkan boleh luangkan masa 2-3 jam sehari untuk menambah ilmu itu pun sudah cukup baik bagi menambah pengetahuan saya.
Saya minta maaf jika sejak kebelakangan ini, artikel saya macam tak ada “aura”. Mungkin kerana saya kurang rehat dan idea pun kurang nak bercambah. Tapi tak apa, insyallah saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk sama-sama saya kongsikan kongsikan bersama anda.
Baiklah, saya ingin berikan anda satu tips yang saya rasa pakar-pakar perniagaan internet pun selalu memperkatakannya. Dalam perniagaan internet, terdapat 3 elemen yang paling utama iaitu:
1. Kandungan (content)
2. Trafik (traffic)
3. Pendapatan (revenue)
3 elemen utama ini merupakan konsep asas bagaimana sesuatu perniagaan internet itu berfungsi. Mungkin ada banyak lagi konsep lain, tapi bagi saya, saya melihat sesuatu perniagaan internet tersebut dari sudut 3 elemen di atas. ( 3 elemen itu jugalah saya dok kaji selama ini..hehe )
Insyallah, nanti saya huraikan 3 elemen tersebut ok..
10 Soalan Yang Perlu Anda Jawab(sambungan…)
March 20, 2007 | Leave a Comment
Akum dan salam sejahtera,
Maaf kerana terlambat untuk membuat post sambungan semalam. Em, nampak gaya kena gunakan cara automatik post untuk blog saya ni kan. Maaf yer kerana lambat
Ok,kita sambung pulak 5 lagi soalan yang perlu anda tanya pada diri anda.
6. Adakah saya gembira atau bahagia sekarang?
Susah tak soalan ni? Untuk merasai kebahagian dan juga rasa gembira, hanya ada SATU cara sahaja yang sangat berkesan. “Hargai setiap perkara yang anda miliki sekarang sama ada keluarga,harta benda,hubungan kasih sayang dan sebagainya”.
Gratituted IS the BEST Solution to Being HAPPY PERSON
7. Bagaimana penampilan anda?
Bagi saya, penampilan adalah sangat penting.Bukan maksud saya kita perlu menggunakan baju mahal-mahal.Memadailah jika pakaian anda bersih, berwarna cerah/terang (mengambarkan personaliti), sopan serta sesuai mengikut keadaan. Make yourself feel good in what you are wearing. That’s will make you feel better.
8. Berapa jumlah wang yang saya mahu?
Ok, soalan ni yang paling menarik perhatian saya. Saya pasti ramai yang bercita-cita untuk memiliki banyak wang. Tapi, saya akan dedahkan RAHSIA sebenar untuk mendapatkan duit yang banyak.Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kerana TIADA satu cara mudah untuk memperolehi banyak wang.
Nak tahu,RAHSIA yang saya maksudkan di sini ialah, lebih banyak anda berusaha maka lebih banyak juga wang yang anda akan dapat.Itu sahaja. Ingat, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya!
9. Apakah perkara yang memotivasikan saya?
Setiap orang pasti ada cara masing-masing bagaimana untuk memotivasikan diri masing-masing. Ada yang menggantungkan gambar orang-orang berjaya, membaca buku-buku motivasi, menghadiri ceramah motivasi,melawat blog-blog orang berjaya macam Saifulsham atau Dr Irfan dan banyak lagi cara. Jika anda belum mempunyai cara tersendiri, carilah yang sesuai untuk anda. What the things that most inspired you?
10. Apa yang membuatkan anda BERTINDAK?
Seberapa banyak pun motivasi yang anda baca,dengar atau lihat, ianya tidak akan memberikan anda apa-apa kesan melainkan anda tahu apa sebenarnya anda mahu. Contohnya begini, jika anda berazam untuk menjadi kaya suatu hari nanti, siapakah role model anda yang mahu dicontohi? Role-Model tersebutlah yang memberikan anda momentum sebenar dalam perjalanan anda mencapai impian. Ia sesuatu yang boleh mengerakkan anda untuk BERTINDAK.
Selamat berjaya
10 Soalan Yang Perlu Anda Jawab
March 18, 2007 | Leave a Comment
Akum dan salam sejahtera
Hari ini saya ingin berikan sedikit teori dalam pembinaan motivasi dalam diri anda. Saban hari, saya pasti sama ada anda mahupun saya akan melalui pelbagai rintangan dan terpaksa mengharunginya dengan tabah dan sabar. Tanpa motivasi yang kukuh, ianya agak mustahil untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan mudah. Betul tak? ![]()
Jadi apakah yang perlu kita sama-sama lakukan untuk mengekalkan momentum motivasi dalam diri kita?
Perlu diingat , motivasi adalah sesuatu usaha kendiri yang perlu dilakukan setiap hari. Ianya bertindak sebagai “perisai” di saat kita ditimpa masalah atau kegagalan. Ia juga bagaikan “ubat” yang perlu anda bawa setiap hari bagi mengekalkan anda pada landasan usaha yang betul. (mengikut matlamat anda masing-masing).
Mengikut pakar psikologi, ada 10 soalan yang anda perlu ajukan pada diri anda sendiri. Saya sarankan anda gunakan soalan-soalan ini di saat anda rasakan motivasi anda semakin berkurangan atau ketika anda terlalu sedih,kecewa dan perasaan-perasaan negatif yang lain.
10 soalan yang perlu anda tanya ialah:
1. Apa sebenarnya saya mahu?
Jadi spesifik.Senaraikan apa sebenarnya yang anda mahu dalam kehidupan anda sekarang tidak kiralah sama ada wang,kebahagiaan,kereta,rumah tuliskan apa sahaja anda mahu pada kertas kosong. Jujur pada diri anda. Takkan nak jujur dengan diri sendiri pun susah kot ![]()
2. Perlukah saya berubah?
Berdasarkan kepada jawapan pada soalan nombor 1, adakah anda rasa anda perlu berubah. Maksud saya, bukan berubah secara drastik cuma mengubah beberapa negatif dalam diri anda yang anda telah kenalpasti menjadi penghalang untuk anda berjaya.
3. Apakah kebaikkan dari setiap perkara yang berlaku dalam diri saya?
Ok,saya pasti inilah bahagian paling susah. Kebanyakkan orang akan meyalah orang lain atau persekitaran untuk menjadi faktor kegagalan mereka. Berhenti berfikiran sebegini. Ia tidak akan memberikan pada anda apa-apa faedah pun. Sebaliknya, cuba fikirkan kenapa ianya berlaku dan apa yang anda harus pelajari dari apa yang berlaku. Fikir sesuatu yang positif. Yang lebih penting, jangan salahkan diri sendiri sebaliknya hargai diri anda dan akui anda juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
4. Adakah saya rasa selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang?
Tanya diri anda dan jawab dengan jujur.Adakah anda suka atau selesa dengan apa yang anda lakukan sekarang. Nasihat saya, jadilah diri anda sendiri. Jangan cuba untuk menjadi orang lain. Terima setiap apa kelebihan dan kekurangan pada diri anda. Anda adalah unik!
(cuba bayangkan kalau semua orang sama..tentu bosankan? ;))
5. Sudah cukupkah perkara yang saya lakukan pada diri saya?
Kenalpasti sama ada anda sudah lakukan apa yang anda mahu dalam hidup anda. Jika belum, cuba senaraikan smula seperti pada soalan nombor satu. Kemudian, pecah-pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil supaya ia kelihatan logik dan tidak membebankan anda. Contohnya, jika anda ingin memiliki wang RM10,000 dalam masa 3 bulan. Sebulan anda perlu ada Rm3333, seminggu anda perlu ada RM800.00 dan sehari RM 119.
Jadi ambil misi yang terakhir iaitu sehari anda perlu ada RM 119 dan dalam masa 3 bulan anda akan dapat lebih kurang RM10,000. Ianya lebih realistik dan kelihatan mudah dicapai.
Ok, kita sambung pulak 5 soalan untuk esok..
Cara Mudah Menarik Trafik ke Blog Anda
March 13, 2007 | 5 Comments
Akum dan salam sejahtera.
Emm..saya pernah memberikan tips-tips bagaimana untuk menarik pelawat kepada
blog anda sebelum ini. Tapi tak mengapa, kita anggap apa yang saya post hari ini
untuk “refresh” semula apa yang kita pernah pelajari sebelum ini.
Bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda? Emm, satu soalan yang agak senang dan juga agak susah.
Baiklah, saya nak gunakan sedikit analogi kepada anda.
Kenapa anda pergi ke Yahoo.com ? Kerana anda ingin menggunakan service email mereka bukan.
Kenapa pula anda pergi ke Google.com? Kerana anda ingin menggunakan khidmat carian mereka atau mencari maklumat mengenai Adsense
Kesimpulannya, cuba cari sesuatu yang orang ramai ingin tahu. Contohnya, macam blog saya ini, saya lebih tumpukan kepada tips-tips motivasi dan hanya sesekali saya selitkan perkara-perkara berkaitan perniagaan internet.
Tujuan saya ialah, saya ingin memberi gambaran betapa besarnya pengaruh motivasi dalam kehidupan seharian terutama dalam bidang perniagaan.
Itu niche untuk blog saya ni
Bagaimana pula dengan anda? Mungkin anda seorang yang pakar bab-bab programming, pc maintainence,menulis atau apa sahaja kelebihan anda yang anda fikir mampu menarik minat seseorang datang ke blog anda untuk mendapatkan maklumat. Jadikan blog anda unik.
Saya sarankan anda mengambil contoh blog.smartusaha.com atau saifulsham.com
Apa yang penting di sini ialah, kandungan dalam blog anda mampu menarik trafik. Dan, jika anda berjaya melakukan ini,anda berpeluang besar untuk berjaya dalam perniagaan internet.
p.s: Fikir sejenak, Adsense tidak akan di-klik kalau tak ada pelawat ke blog/website anda. Begitu juga dengan laman web jualan. Tanpa trafik, kesimpulannya TIADA jualan dicapai.
p.p.s: Kenapa internet marketer yang berjaya dapat menjual PRODUK baru mereka hingga SOLD OUT dalam masa hanya beberapa jam produk dilancarkan? TRAFFIK YANG TINGGI adalah salah satu jawapannya
Post Terkini
March 11, 2007 | Leave a Comment
Akum dan salam sejahtera semua..
Maafkan saya kerana sudah agak lama tidak post artikel-artikel terbaru. Saya sebenarnya sangat sibuk menguruskan kerja di belakang tabir. Tapi jangan risau, saya akan berikan artikel-artikel terkini kepada anda dalam sedikit masa lagi. Sabar yer ![]()
Emm,nampaknya belum ada lagi yang sudi memberikan respon kepada saya. Namun,saya tidaklah memaksa anda untuk berbuat demikian. Itu adalah hak anda. Saya cuma ingin tahu apa yang anda mahukan dari saya. Insyallah,saya akan cuba usahakan untuk anda dan cuba membantu terutama dari segi pembentukan motivasi diri.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda yang selalu menjenguk blog saya yang tak seberapa ini.
Mungkin, saya akan melakukan beberapa rombakkan kecil untuk blog saya ini tapi masih lagi dalam peringkat perancangan. Insyallah
So, stay tuned!
Tiba pula Mac 2007
March 4, 2007 | 2 Comments
Akum dan salam sejahtera..
Cepat sungguh masa berlalu kan..bagaimana dengan bulan Februari anda lepas? Saya harap anda dapat banyak manfaat dari setiap perkara yang anda lakukan. Life is very short. Oleh itu, hargai lah setiap saat masa anda k..
Saya sebenarnya ingin meminta respon kepada sesiapa yang sudi membaca ebook pertama saya “7 Pemikiran Orang Berjaya”.
Saya inginkan feedback dari anda kerana saya bercadang untuk menambah kualiti terhadap ebook tersebut dan berkongsi ilmu yang saya ada mengenai motivasi ini. Jangan risau, saya tetap berikan pada anda secara percuma.
Cuma saya perlu tahu apa yang anda mahu dari saya (tapi dalam topik motivasi sahaja ) ![]()
Saya akan menerima apa sahaja komen dari anda sama ada positif atau negatif mengenai ebook saya itu. Saya rasa pasti ada banyak kelemahan kan terutama dari struktur ayat saya dalam ebook tu..hehe, tak apa lepas ini saya cuba ubah beberapa ayat supaya lebih mudah difahami. ![]()
Saya mengharapkan komen dari anda semua.Terima kasih!
