FEEL GOOD!!

April 15, 2007 | 1 Comment

Assalamualaikum dan salam ceria!

Hehe, hari ini saya berasa sangat HAPPY dan CERIA. Nak tahu mengapa? Tak ada sebab sebenarnya. :)

Baiklah, saya ingin berkongsi pengalaman saya selepas melihat video The Secret pada 2 bulan yang lepas.Dan kesannya terhadap diri saya sekarang sangat MENAKJUBKAN!Saya rasakan hidup saya lebih bermakna setiap hari dan sentiasa bersemangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang :)

Mungkin saya pernah bercerita mengenai KEHEBATAN video yang dijelmakan oleh Rhonda Byrne sebelum ini. Tapi pada kali ini, saya ingin menceritakan kepada anda bagaimana untuk sentiasa berasa dalam keadaan TERBAIK walau dalam apa jua situasi anda (sedih, geram, stres dan sebagainya)

Salah satu teknik yang diajar oleh para guru dalam video tersebut ialah bagaimana untuk mencapai setiap apa yang anda inginkan.

Terlebih dahulu anda perlulah BERSYUKUR terhadap setiap perkara yang ada pada diri anda sekarang. Hapuskan segala pemikiran-pemikiran negatif dan tukarkan pemikiran-pemikiran tersebut kepada sesuatu yang lebih positif.

Sebagai contoh, sebelum ini anda sering sahaja merungut kereta anda selalu saja rosak. Tukarkan pemikiran negatif itu kepada yang lebih positif dengan bersyukur dengan adanya kereta itu anda boleh juga membawa ahli keluarga anda jalan-jalan dan tidak terkena hujan atau panas berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai motosikal sahaja. Mudah bukan?

Amalkan sikap selalu memikirkan sesuatu kepada yang lebih positif dan anda boleh rasai perubahan dalam diri anda nanti.

Bagaimana pula untuk sentiasa kekal positif? Emm..susah ke? Jom saya bagitahu anda bagaimana :)

Kawan yang saya hormati,

Untuk sentiasa kekal dalam bermotivasi dan positif tidaklah sesukar mana. Apa yang
perlu anda lakukan ialah, pastikan emosi anda sihat kerana emosi yang sihat
mempengaruhi bagaimana minda anda berfikir. Anda tidak percaya?

Ok, cuba anda fikir sesuatu yang sukar ( contohnya buat soalan Add Math ke..) dalam keadaan emosi anda sedih, geram dan tak bersemangat. Boleh tak anda lakukan soalan Add Math itu tadi dengan mudah? Hehe..the answer is yours!

“Good feeling will bring good thought”

Pakar psikologi juga bersetuju bahawa emosi memainkan peranan yang sangat penting untuk membina jatidiri dan kekal dalam motivasi yang tinggi. Perhatikan orang-orang yang berjaya.Mereka akan sentiasa memastikan diri mereka berada dalam keadaaan emosi yang cemerlang dan kesannya membantu mereka untuk lebih berjaya setiap hari.

Cara-cara untuk mendapatkan emosi yang cemerlang adalah seperti berikut:

1. Sentiasa bersyukur dengan setiap perkara yang ada pada diri saya contohnya saya bersyukur kerana saya cukup sifat, sihat, boleh berjalan dan sebagainya.

2. Sentiasa memaafkan ibu bapa, keluarga kawan-kawan dan masyarakat sebelum saya tidur.

3. Elakkan diri dari mereka yang selalu berfikiran negatif. Kalau tak boleh elak, cuba kurangkan masa bergaul dengan mereka.

4. Sentiasa cari apa kelemahan dan kelebihan diri dan tanamkan niat untuk sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

( p.s : Ini merupakan cara yang saya gunakan. Anda boleh gunakan cara yang anda rasakan sesuai dengan diri anda asalkan kesan dari setiap perkara yang anda lakukan itu memberi kesan positif kepada emosi anda)

:)

Lihat apa yang boleh anda lakukan, bukan pada zahir sahaja

April 14, 2007 | Leave a Comment

Assalamualaikum dan selamat beristirehat di hujung minggu :)

Hari ini saya tidak akan memberikan anda tips sebaliknya saya ingin anda membaca satu kisah yang saya perolehi dari salah satu buku motivasi kegemaran saya. Cuba hayati dan cari maksud yang saya ingin sampaikan kepada anda. Jom, kita membaca…

***************************************************

Perasan atau tidak, anda sebenarnya sentiasa berfikir dalam setiap saat dalam kehidupan anda. Apa yang anda fikir adalah penentu siapakah anda pada keesokkan harinya. Sebab itulah mengapa ramai pakar motivasi sentiasa menyarankan kepada kita supaya berpemikiran besar.

Pemikir besar biasanya melatihkan diri mereka untuk melihat bukan sekadar pada zahirnya sahaja tetapi apa yang sebenarnya boleh dilakukan dengannya.Di sini saya akan mengambarkan kepada anda beberapa contoh untuk perkara ini.

Apa yang menaikkan nilai hartanah? Seorang agen hartanah yang amat berjaya dan arif dalam bidang hartanah luar bandar menunjukkan apa yang boleh dilakukan jika kita melatih diri kita untuk melihat di sebalik sesuatu yang sedikit atau tidak wujud langsung nilainya.

Satu kisah mengenai seorang agen hartanah yang berjaya.

“Kebanyakkan hartanah di kawasan ini adalah dalam keadaan buruk dan tidak menarik. Saya berjaya kerana saya tidak menjual kepada bakal pelanggan saya sebuah ladang sepertimana keadaannya yang sebenar,” kata seorang agen hartanah.

Beliau menyambung, “saya akan merancang keseluruhan pelan jualan saya meliputi apa yang ladang itu boleh bangunkan. Jika saya memberitahu bakal pelanggan seperti ini ,

…” ladang itu mempunyai rumah seluas XX ekar, XXX ekar kawasan hutan sekelilingnya dan selebihnya lebih kurang XX batu jauhnya dari pekan,”…

Ia tidak akan membantu saya untuk merangsang dan mendorong pelanggan untuk membelinya. Tetapi apabila anda menunjukkan kepada pelanggan satu rancangan yang konkrit untuk membangunkan ladang tersebut, pelanggan itu mungkin akan membelinya.”

“Ok..saya akan tunjukkan bagaimana.” beliau menambah.
… ” Ladang ini mempunyai jarak 43 batu dari pusat bandar metropolitan, keadaan rumahnya buruk dan ladang tersebut telah terbiar sejak lima tahun yang lalu. Minggu lepas, saya telah menghabiskan masa selama dua hari suntuk berada di ladang itu untuk mengkajinya. Saya berjalan di sekitar kawasan itu dan mengkaji lokasi ladang itu berbanding dengan lebuhraya yang sedia ada yang dalam perancangan. Saya bertanya pada diri saya, apakah cara yang terbaik untuk membangunkan ladang ini? “…

“Kesimpulannya, saya akan mengusulkan tiga cadangan,” kata agen hartanah itu. ” Begini, saya telah merancangkannya dalam satu bentuk pelan yang ditaip secara kemas dan komprehensif. Pelan tersebut mencadangkan supaya ladang tersebut ditukar untuk menjadi kawasan menunggang kuda. Satu idea yang sangat bernas bukan?”…

… “Dengan situasi ladang yang berhampiran dengan bandar, banyak potensi untuk aktiviti luar rumah, wang yang cukup untuk beriadah serta jalan-jalan raya yang baik. Tambahan pula, kandungan pelan tersebut turut mengusulkan perancangan pembinaan kawasan menunggang kuda yang sangat menyeluruh meliputi segala aspek seperti potensi untuk perniagaan serta menjadi pusat kawasan riadah yang sangat menarik.”…

Kemudian, agen hartanah itu juga menerangkan rancangan kedua beliau yang juga cukup menyeluruh iaitu sebagai sebuah ladang untuk menanam pokok-pokok dan pelan ketiga sebagai kombinasi antara ladang menanam pokok dan ladang ternakan.

Agen tersebut menyambung lagi, ” Sekarang, apabila saya berbincang dengan bakal pelanggan, saya tidak perlu meyakinkan mereka bahawa ladang tersebut adalah satu pelaburan yang baik hanya berdasarkan keadaan ladang itu sekarang. Saya juga membantu pelanggan untuk melihat bagaimana ladang itu boleh ditukarkan menjadi sesuatu yang boleh membawa keuntungan dengan satu pelan perancangan yang komprehensif”…

Moral daripada cerita di atas adalah: Pandanglah sesuatu itu bukan hanya pada zahirnya sahaja, tetapi pada apa yang ia boleh hasilkan. Gambaran wawasan akan menambahkan nilai kepada sesuatu. Pemikir yang besar selalu membayangkan apa yang boleh dilakukan di masa hadapan. Kemajuan tidak disekat oleh keadaan sekarang.

***************************************************

Apa yang anda mahu dalam hidup anda

April 10, 2007 | 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baiklah, tanpa membuang masa, saya ingin kongsikan sesuatu yang bagi saya sangat penting bagi setiap individu yang inginkan kejayaan.

Siapa di sini yang mahu berjaya? Mesti ramai yang mahu berjaya bukan. Jujurnya, saya pun tergolong dalam mereka yang inginkan kejayaan. Tapi, sedarkah kita sebenarnya perkara penting yang perlu ada dalam diri seseorang jika inginkan kejayaan?

Dari pemerhatian dan pembacaan saya, majoriti orang yang berjaya ialah orang yang kuat berusaha dan tidak mudah berputus-asa. Sifat inilah yang sentiasa menjadi rungutan sehingga menyebabkan ramai yang mengeluh dan seterusnya mencari jalan mudah melibatkan diri dengan skim-skim “Pak Man Telo” dan yang sewaktu dengannya. (macam pernah dengar je kan ayat tu… ;))

Ok, saya tak akan menceritakan hal ini dengan terperinci kerana saya tahu ramai yang berganding bahu untuk membanteras skim-skim seperti ini yang pada saya tidak memberikan keuntungan jangka masa panjang dan penuh dengan tipu-helah. ( Saya tahu sebab saya banyak kali terkena dan sekarang sudah bertaubat dan tak mahu ramai lagi yang terkena seperti saya dulu)

Baiklah. kembali kepada topik asal kita tadi. Apakah sebenarnya yang anda cari dalam kehidupan anda? Adakah kebebasan mempunyai wang, kebahagiaan, sihat tubuh badan atau menikmati hidup mengikut cara yang anda inginkan?

Tuan-puan sekalian,

Apa jua pilihan anda (asalkan yang betul di sisi agama), yang paling penting ialah bagaimana anda mengarahkan diri anda untuk FOKUS dalam mencapai matlamat yang anda inginkan itu. Berniat merupakan satu langkah pertama, tapi langkah yang PALING PENTING ialah TINDAKAN yang bakal anda pilih untuk mencapai impian anda tadi.

Sebagai contoh, saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya di sini.

Dua bulan lepas ,saya menginginkan pendapatan sampingan melalui Adsense. Saya tahu saya tidaklah berapa mahir dengannya tapi saya mencari setiap perkara yang berkaitan dengan Adsense tak kiralah ebook ke, artikel ke atau blog (di situ saya mula fokus).

Kemudian, setelah membuat beberapa siri kajian (ini tindakkan yang saya maksudkan) saya akan pilih cara yang saya rasa sesuai dan yang menjadi ikutan mereka yang berjaya dalam bidang Adsense. (don’t reinvent the wheel, just follow the fellow and it save your time a lot).

Pada peringkat ini, saya telah mendapati ada beberapa perkara yang dapat memberi kesan dan tidak memberi kesan. Jadi saya pilih yang terbaik dan saya tetapkan matlamat untuk mencapai USD 10 sehari melalui Adsense dengan cara yang saya telah pilih tadi.

Alhamdulillah, hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja saya mencapai impian saya itu tadi. Perlu diingat, saya tidak goyang kaki selama 2 minggu itu. Saya hanya tidur 3-4 jam sehari dan selebihnya saya gunakan masa untuk trial and error. Tiada jalan singkat ok ;) (usaha tangga kejayaan)

Ini merupakan contoh konsep yang saya sendiri praktikkan setiap kali saya menginginkan sesuatu.Konsep yang hampir sama juga saya gunakan untuk projek-projek saya yang tengah berjalan sekarang. :)

So, bagaimana pula dengan anda? Kalau anda ada cara anda sendiri, mari kita kongsikan sama-sama di ruangan komen di bawah. :)

Selamat berusaha!

Baru balik kursus

April 7, 2007 | 2 Comments

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah saya hari ini. Saya baru sahaja selesai menghadiri kursus di Bangi selama satu minggu.

Maafkan saya kerana saya tak sempat nak bagi tahu yang saya ada tugas luar sepanjang minggu ini. Rasa rindu plak dengan blog saya ini selama saya berada di sana. :)

Insyallah, dalam beberapa hari ini, saya akan berikan beberapa tips motivasi untuk anda. Tips-tips saya perolehi itu datangnya dari hasil kursus yang saya hadiri itu.

Jadi,saya berniat untuk kongsikan bersama anda semua nanti. So,stay tuned! :)

p.s: Nak rehat kejap coz saya sampai-sampai je terus buka PC untuk jenguk blog saya ni. Huhu rindu nyer!! :)
p.p.s: Ada banyak perkara yang saya nak kongsikan bersama anda dalam beberapa hari ini dan semuanya akan menyentuh tentang hal-hal motivasi. So..rajin-rajinlah jenguk blog saya ni k.. ;)

Trafik yang berkualiti

April 2, 2007 | 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Kini kita sudahpun masuk bulan April. Bagaimana perkembangan perniagaan anda sekarang, sudah maju atau masih dalam proses perancangan? Saya pula kini masih lagi membuat beberapa siri eksperimen terhadap salah satu website saya yang lain. Insyalah, kalau berjaya atau tidak eksperimen saya nanti, saya akan kongsikan apa yang saya lakukan kepada anda.

Ok, kali ini saya ingin bercakap mengenai traffik. Adakah anda percaya traffik memainkan peranan penting dalam sesuatu perniagaan internet. Jika anda lihat perniagaan konvensinal, apakah perkara yang menjadi kunci terhadap kejayaan perniagaan mereka. Tentunya mempunyai strategi pemasaran yang baik dan pelanggan yang ramai.

Tapi perlu diingat, bukan bermakna anda memperolehi traffik yang tinggi, anda sudah boleh relax atau pun goyang kaki. Itu hanyalah satu permulaan. Anda mungkin berjaya menarik ramai trafik ke web anda tapi adakah anda berjaya mendapatkan trafik yang akan datang semula ke web atau blog anda?

Cuba anda perhatikan Youtube dan Myspace untuk seketika. Apakah yang menjadikan mereka di antara salah satu website komuniti yang mempunyai tahap bilangan pelawat yang tinggi? Ok. Salah satu sebabnya ialah , Youtube dan Myspace mempunyai kandungan yang sentiasa “fresh”. Oleh sebab itu, ramai yang akan pergi ke sana untuk mencari sesautu yang baru dan menarik. Sekali lagi kandungan yang menarik menjadi sebab penarikkan trafik ke wesite atau blog.

Dan, saya pasti Youtube dan Myspace sentiasa mempunyai “returning visitors” mereka sendiri. Itulah kualiti trafik yang sebenar. Youtube dan Myspace telah berjaya mendapatkan “trafik yang setia dengan mereka”.

p.s: Untuk rujukan tempatan, anda boleh lihat blog-blog seperti SmartUsaha, Saifulsham atau Dr Irfan. Apa yang menjadikan blog mereka sentiasa dilawati pengunjung. ;)

Menjejaki Pembunuh Sebenar

April 1, 2007 | 2 Comments

Akum dan salam sejahtera,

Hehe..Sori, tajuk nampak gempak skit. Jangan risau, tak ada apa2 yang berlaku seperti tajuk tersebut.

Sebenarnya saya dapat rasakan minggu ini pasti ramai yang tahu akan pelancaran ebook Sales Membunuh kan? Dan, pastinya ada yang sudah pun membelinya bukan. Ebook tersebut menceritakan bagaimana untuk menghasilkan salesletter yang mampu meningkatkan conversion rate untuk website jualan anda.

Saya tidak dapat nak beri apa-apa ulasan mengenai ebook tersebut kerana saya pun baru sahaja membeli ebook tersebut dari 2 orang insan yang bagi saya mempunyai potensi besar menjadi internet marketer berjaya di Malaysia.

Saya masih lagi dalam proses membaca dan mengkaji setiap teknik yang diterangkan. Insyallah jika berkesempatan saya cuba beri komen mengenai ebook tersebut kepada anda nanti.

Selamat bercuti di hujung minggu! :)