Rahsia Menjana Trafik Ke Blog Anda

May 30, 2007 | Leave a Comment

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan projek saya ini yang agak lama tertangguh. Pelbagai masalah saya hadapi sebelum ini dan kini ia sudah selamat untuk dilancarkan. :)

Secara rasminya saya ingin mengumumkan pelancaran produk resell rights pertama saya iaitu “Easy Blog Traffic” oleh Mr Gobala Krishnan.

Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang masih belum tahu bagaimana untuk menjana trafik ke blog mereka. Di samping itu, anda juga akan diajar satu persatu bagaimana untuk menjana trafik dengan bantuan 12 video tutorial yang pada saya sangat lengkap dan mudah untuk dipraktikkan. Hampir 80% teknik menjana trafik yang diajar adalah dengan cara PERCUMA !

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila ke link di bawah
http://www.blogtrafficsecret.com/

:)

Post menarik dari SmartZul

May 23, 2007 | 2 Comments

Salam ceria!

Hari ini, pagi-pagi lagi saya terus buka blog smartusaha.com dan saya sangat suka dengan post beliau pada 21 Mei lepas.

http://blog.smartusaha.com/

Saya galakkan anda untuk membaca post menarik ini. Ia menceritakan bagaimana SmartZul bermula sehinggalah di mana beliau berada sekarang. So interesting! :)

p.s: Saya “mengamati” saudara SmartZul ini sejak domain beliau masih smartusaha.com sehinggalah sekarang. Beliau mungkin tidak mengenali saya, tapi saya tahu mengenainya dan serba sedikit mengenai kronologi beliau sebagai usahawan. He’s one of my idol in internet marketing. :)

Ukur Trafik Anda

May 21, 2007 | 2 Comments

Pernahkan anda mendengar Google Analytics?

Google Analytics adalah salah satu perkhidmatan yang boleh anda gunakan untuk mengukur jumlah trafik atau pelawat ke web/blog anda. Melaluinya, kita boleh mengkaji dari mana trafik kita datang dan bagaimana anda boleh mendapat trafik.

Dalam Google Analytics ini juga, anda boleh melihat keyword-keyword yang kebanyakkannya merujuk kepada website / blog anda.

Saya baru sahaja menggunakan perkhidmatan ini sejak 2 bulan yang lalu. Banyak info dan sumber yang boleh anda perolehi dengan menggunakan perkhidmatan ini. Lagipun ianya PERCUMA ! :) Menariknya, ia mempunyai interface seperti graf, carta pai dan juga peratusan bagi jenis-jenis trafik yang anda perolehi.

Saya amat sarankan anda untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ada satu lagi fungsi penting yang boleh anda gunakan iaitu mengkaji jumlah “conversions rate” bagi website anda.

Ini sangat sesuai bagi mereka yang membuat mini-site atau website menjual yang hendak mengkaji “conversion rates” website mereka. Saya masih lagi belum mengguna fungsi tersebut dan masih lagi dalam proses mengkajinya. Insyallah jika ada info terbaru saya akan share dengan anda nanti. Ok :)
Selamat mencuba! :)

Update Terkini

May 15, 2007 | Leave a Comment

Apa khabar anda sekarang?

Lama jugak saya tak buat post kat blog ni. Maafkan saya :)

Sebenarnya saya sangat sibuk untuk menyiapkan sesuatu untuk para subscribers saya nanti. Jadi kepada yang masih belum menjadi subscribers saya, anda boleh mendaftar diri anda di ruangan download di atas. Selepas ini, saya akan lebih banyak info dan ebook-ebook percuma untuk para subscribers saya sahaja.

Oh ya, sudahkah anda mendapatkan ebook Easy Blog Traffic yang saya lancarkan minggu lepas? Belum lagi? Ok, saya ada berita baik untuk anda yang berada di Malaysia.

Saya bakal membuat satu tawaran HEBAT yang bagi saya SANGAT RUGI jika anda terlepas peluang ini. Saya bakal mengumumkan tawaran ini dalam masa terdekat.

Tawaran ini akan terbahagi kepada 2 fasa, iaitu kepada para subscriber dan pembaca-pembaca di MohdJohari.com. Jika ingin mendapat info yang lebih awal mengenai apakah tawaran saya nanti, jadilah subsciber di MohdJohari.com :) (tentunya subscriber dapat faedah yang lebih banyak ;) )
Ok,sampai sini sahaja untuk kali ini..Adios! :)

Bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog anda

May 3, 2007 | Leave a Comment

Entah tetiba saya rasa minda saya mengeluarkan idea-idea selepas saya selesai menunaikan solat maghrib. Alhamduillah :)

Ok, saya nak share sesuatu dengan anda beberapa tips yang saya rasa anda boleh cuba gunakan untuk meningkatkan kadar trafik ke blog anda. Apa yang saya beritahu anda adalah dari pemerhatian dan juga pengalaman saya sendiri selepas beberapa bulan mencuba bermacam-macam teknik menjana trafik.

Baiklah, mari kita mulakan..

1. Anda perlu tahu apa fokus blog anda, topik apakah yang akan anda selalu bincangkan dan bagaimana anda menggunakan kekuatan anda untuk menjadikan blog anda lebih menarik.

2. Anda perlu mengenalpasti  jenis trafik yang bagaimana yang anda ingin perolehi. Jika anda inginkan trafik yang berulang-ulang, maka tugas anda ialah membina kredibiliti anda terlebih dahulu melalui penyampaian anda menerusi blog. Yang penting, biarkan artikel yang anda tulis nampak bersahaja tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Cuba bermain dengan emosi pembaca mengikut kesesuaian dan elakkan pembaca menjadi bosan dengan artikel-artikel anda.

3. Cuba berikan insentif kepada para pembaca setia anda. Anda perlu ingat, anda boleh mencipta lebih banyak trafik melalui mereka ini. Bagaimana? Tuliskan satu laporan atau ebook yang membincangkan sesuatu masalah yang selalu menjadi pertanyaan oleh pembaca anda. Lebih menarik jika anda adakan satu “survey poll” dan sesiapa yang menyumbang idea mereka, hadiahkan mereka dengan sesuatu yang bernilai. Dengan cara ini, pembaca anda akan merasakan diri mereka dihargai dan secara psikologi nya pula, mereka akan menjadi lebih setia dengan blog anda.

4. Blog anda melambangkan buah fikiran anda. Hati-hati dengan setiap ayat yang bakal anda tulis. Pastikan ianya tidak menyentuh hal-hal yang terlalu peribadi dan mencabuli hak asasi seseorang. Jika ingin menegur, gunakan kaedah yang bijak, gunakan sebuah cerita dan selitkan apakah jenis teguran yang anda maksudkan. Secara lumrahnya, manusia akan lebih mudah menerima teguran dengan syarat anda tidak menyalahkannya secara total tetapi jadikan diri anda sebahagian dari mereka. Tentunya mereka akan berasa lebih tenang menerima teguran anda tadi. Jika anda secara tidak sengaja menyakiti hati ahli pembaca anda, minta maaf dengan kadar yang segera. Anda perlu pandai menjaga hati pembaca anda. You got what I mean, right?

5. Kekalkan tempo membuat post-post di blog anda. Gunakan juga konsep ketika anda ingin mendownload guna torrent.  Anda tentunya tahukan bila masa dan ketika fail-fail torrent akan diupload oleh seeders. Gunakan konsep yang sama juga. Lebih baik jika anda mampu membuatkan pembaca anda tertanya-tanya tetapi perlu pandailah main peranan ok.

6. Jangan saratkan blog anda dengan iklan-iklan atau affiliate-affiliate link. Bukan maksud saya tidak boleh terus tapi anda perlu mengawalnya bagi memastikan blog anda tidak menjadi tempat pengiklanan. Letakkan 1 hingga 3 affiliate link sudah memadai. Apa yang penting bagaimana anda menarik pembaca untuk mengklik link anda itu.
Harap tips-tips di atas dapat membantu anda. Gud Luck! :)