Bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog anda
Entah tetiba saya rasa minda saya mengeluarkan idea-idea selepas saya selesai menunaikan solat maghrib. Alhamduillah
Ok, saya nak share sesuatu dengan anda beberapa tips yang saya rasa anda boleh cuba gunakan untuk meningkatkan kadar trafik ke blog anda. Apa yang saya beritahu anda adalah dari pemerhatian dan juga pengalaman saya sendiri selepas beberapa bulan mencuba bermacam-macam teknik menjana trafik.
Baiklah, mari kita mulakan..
1. Anda perlu tahu apa fokus blog anda, topik apakah yang akan anda selalu bincangkan dan bagaimana anda menggunakan kekuatan anda untuk menjadikan blog anda lebih menarik.
2. Anda perlu mengenalpasti jenis trafik yang bagaimana yang anda ingin perolehi. Jika anda inginkan trafik yang berulang-ulang, maka tugas anda ialah membina kredibiliti anda terlebih dahulu melalui penyampaian anda menerusi blog. Yang penting, biarkan artikel yang anda tulis nampak bersahaja tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Cuba bermain dengan emosi pembaca mengikut kesesuaian dan elakkan pembaca menjadi bosan dengan artikel-artikel anda.
3. Cuba berikan insentif kepada para pembaca setia anda. Anda perlu ingat, anda boleh mencipta lebih banyak trafik melalui mereka ini. Bagaimana? Tuliskan satu laporan atau ebook yang membincangkan sesuatu masalah yang selalu menjadi pertanyaan oleh pembaca anda. Lebih menarik jika anda adakan satu “survey poll†dan sesiapa yang menyumbang idea mereka, hadiahkan mereka dengan sesuatu yang bernilai. Dengan cara ini, pembaca anda akan merasakan diri mereka dihargai dan secara psikologi nya pula, mereka akan menjadi lebih setia dengan blog anda.
4. Blog anda melambangkan buah fikiran anda. Hati-hati dengan setiap ayat yang bakal anda tulis. Pastikan ianya tidak menyentuh hal-hal yang terlalu peribadi dan mencabuli hak asasi seseorang. Jika ingin menegur, gunakan kaedah yang bijak, gunakan sebuah cerita dan selitkan apakah jenis teguran yang anda maksudkan. Secara lumrahnya, manusia akan lebih mudah menerima teguran dengan syarat anda tidak menyalahkannya secara total tetapi jadikan diri anda sebahagian dari mereka. Tentunya mereka akan berasa lebih tenang menerima teguran anda tadi. Jika anda secara tidak sengaja menyakiti hati ahli pembaca anda, minta maaf dengan kadar yang segera. Anda perlu pandai menjaga hati pembaca anda. You got what I mean, right?
5. Kekalkan tempo membuat post-post di blog anda. Gunakan juga konsep ketika anda ingin mendownload guna torrent. ïŠ Anda tentunya tahukan bila masa dan ketika fail-fail torrent akan diupload oleh seeders. Gunakan konsep yang sama juga. Lebih baik jika anda mampu membuatkan pembaca anda tertanya-tanya tetapi perlu pandailah main peranan ok.
6. Jangan saratkan blog anda dengan iklan-iklan atau affiliate-affiliate link. Bukan maksud saya tidak boleh terus tapi anda perlu mengawalnya bagi memastikan blog anda tidak menjadi tempat pengiklanan. Letakkan 1 hingga 3 affiliate link sudah memadai. Apa yang penting bagaimana anda menarik pembaca untuk mengklik link anda itu.
Harap tips-tips di atas dapat membantu anda. Gud Luck!
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?

