Tak Tahu nak Start Ebiz?
July 28, 2007 | 2 Comments
Salam hujung minggu
!
Emm..kali ini saya nak promote pada anda satu info yang sangat2 lah berguna untuk mereka yang masih terkapai-kapi untuk memulakan ebiz.
Link Ekslusif - Dari SmartUsaha.Com
Opps, saya tak mendapat apa2 dari promote link ini, ia adalah sumbangan ikhlas saudara SmartZul yang saya kenali sejak dahulu orangnya memang suka over-deliver. Satu sikap yang patut dicontohi oleh para newbie2 jika mahu berjaya dalam ebiz.
Take your time, and read it carefully. Mungkin anda akan mulai sedar apa yang perlu dan tidak perlu anda lakukan dalam membina perniagaan selepas ini.
Link Ekslusif - Dari SmartUsaha.Com
Jumpa lagi!
Ubah cara kita berfikir,berubahlah kehidupan kita.
July 23, 2007 | Leave a Comment
Setiap perkara yang berlaku kepada diri kita adalah disebabkan oleh diri KITA SENDIRI. Anda yang menambah setiap makna yang difikirkan dengan penuh emosi anda di dalamnya.
Cuba fikirkan, setiap hari berapa peratuskah anda mampu berfikir positif setiap kali fikiran anda mula untuk cenderung memikirkan perkara negatif? Dapatkah anda mengatasi perasaan dan fikiran negatif itu?
Sebenarnya, fikiran kita mempunyai gelombang atau frekuensi tertentu. Frekuensi tersebut boleh berada dalam keadaan positif mahupun negatif. Anda tidak percaya?
Baiklah, satu situasi yang saya rasa anda mungkin pernah melaluinya. Pernahkah anda mengalami perasaan di mana anda dapat merasai yang diri anda sedang diperhatikan oleh seseorang? Bagaimanakah anda dapat merasainya sedangkan mata anda tidak melihat orang itu pun?
Jawapannya ialah frekuensi yang diterima oleh tubuh badan anda yang dihantar oleh fikiran orang yang melihat anda tadi.
Kesimpulannya di sini, fikiran anda mempunyai TENAGA yang anda perlu kawal melalui fikiran anda. Jadi,lebih kerap anda memikirkan sesuatu yang positif, maka lebih banyaklah perkara positif hadir dalam hidup anda. Tapi perlu diingat. Jangan beranggapan yang apa yang anda mahu itu terus jatuh di depan anda. Be rasional ok.
Kalaulah setiap apa yang kita fikir terus menjadi apa yang kita fikirkan, apa yang mungkin akan berlaku. Bahaya bukan? Allah yang lebih mengetahui kenapa dan tugas anda just keep think positively.
Latih diri anda untuk sentiasa berfikiran positif dan anda perlu melakukannya setiap hari untuk melihat kesannya terhadap diri anda. Sebagai permulaan, cuba teknik ini dalam tempoh 3 minggu dahulu.
Rasailah perbezaannya. Take an ACTION NOW!
Attitude - Penentu kejayaan anda!
July 19, 2007 | Leave a Comment
Salam ceria semua!
Seperti yang saya janjikan , saya akan memberitahu anda apakah ?? yang saya maksudkan untuk post sebelum ini. Emm..tak der komen pun yek :( Tak per, itu pilihan anda untuk mengomen.
Ok. ?? yang saya maksudkan adalah ATTITUDE atau sikap seseorang. Baiklah, biar saya terangkan dengan jelas di sini. Tak kiralah anda bekerja sendiri, bekerja makan gaji dan sebagainya,SIKAP memainkan peranan yang sangat penting.
Walaupun anda mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, tetapi jika anda MALAS, ia tidak akan mendatangkan apa-apa kepada anda. Sebaliknya, jika anda RAJIN, tetapi kurang ilmu atau kemahiran, insyallah anda boleh menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang anda ceburi.
Teladani sikap dan tindakan orang-orang yang berjaya dan cuba ikut dan serapkan dalam diri anda. Hidup ini semuanya PILIHAN. Andalah yang bertangggungjawab untuk memilih sama ada MAHU berjaya ataupun TIDAK MAHU berjaya. ( even nak buka mata pagi2 pun ada pilihan..betul tak
)
Skill + Knowledge + (??)2 = Success
July 16, 2007 | Leave a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Emm..sedar tak sedar kita sudah pun berada di pertengahan bulan Julai kan ?
Pelbagai kisah sama ada suka atau duka berlaku saban hari. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda sudah mencapai apa yang anda impikan? atau masih ke arah impian anda?
Saya biarkan dua soalan tersebut bermain di fikiran anda buat sementara.
Kadang-kadang dalam kita berusaha seharian, berminggu atau berbulan-bulan , adalah elok jika kita luangkan sedikit masa untuk bermuhasabah diri.
Sebenarnya, dalam usaha kita mencapai kejayaan, ada pelbagai faktor yang boleh kita kaitkan. Tapi, antara banyak-banyak faktor , ada 3 faktor utama yang perlu anda ambil berat. Maksud saya ialah faktor yang perlu ada dalam diri anda.
Dan dalam ketiga-tiga itu pula, ada 1 faktor yang anda perlu perhatikan lebih untuk dua kali ganda ( lebih perhatian dari 2 faktor utama tadi) . Cuba lihat rumus kejayaan yang saya gunakan dalam kehidupan saya dari dulu hingga kini.
Skill ( kemahiran) + Knowledge ( Ilmu ) + (???) 2 = Success (kejayaan)
Cuba anda teka apakah tanda soal (??) yang saya maksudkan?
Kalau anda tahu, sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah nanti yek
p.s : Dalam masa 2 hari lagi saya akan beritahu apakah perkara yang mewakili simbol ? tersebut
Agak-agaknya ape yer?
p.s.s: Rasa-rasanya misti ramai yang tahu ni
Kepada yang tahu, saya ingin mendengar pendapat dari anda. Mungkin anda boleh juga kongsikan ilmu atau pengalaman bagaimana anda boleh berjaya.
Download Report Khas -Dua Remaja Kreatif
July 3, 2007 | Leave a Comment
Semalam, saya baru dapat emel dari Team Flarebiz, ala budak remaja dua orang yang kreatif tu. Mereka baru saja menyiapkan satu report bagaimana “Ali” menjana pendapatan melalui adsense. Hehe, tajuk pun gimik semacam je..
Saya recommendkan kepada yang berminat untuk belajar bagaimana menjana pendapatan melalui adsense. Actually, method yang diajar melalui ebook ini adalah yang terkini dan sekarang semakin ramai yang menggunakannya. Rugi kalau tak nak ambil tahu
Saya pun sangat setuju dengan isi kandungan report tersebut. Saya pernah menggunakan teknik yang hampir sama dan saya berjaya memperolehi USD 10 sehari dengan teknik tersebut. ![]()
So, kepada yang berminat dapatkan segera report ini. Mana tahu nanti, Labanon letak harga pulak kat report tu nanti. Takut rugi? Cepat2 lah download k.
Huhu..dapat juga saya guna Internet
July 2, 2007 | Leave a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hehe, akhirnya saya berjaya juga mendapatkan internet connection di hotel saya duduk di Miri ini. Semalaman saya mencari alternatif mencari port nak dapat talian internet.
Rupa-rupanya kena guna cable network. Takper, yang penting ada internet hehe..saya tak boleh kalau tak der internet ni.. ![]()
Insyalah, saya try nak update blog saya dengan artikel-artikel yang boleh memberi ilmu dan panduan kepada pembaca setia MohdJohari.Com . Lagipun , dah lama jugak saya tak beri tips-tips berkaitan internet marketing ni kan.. ![]()
Akhir kata saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni..Kalau ada apa-apa komen atau idea, sila tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah. Saya sangat-sangat menghargainya.
Arigato!
Kisah ORG KAYA dengan DUITnya
July 1, 2007 | Leave a Comment
Salam hujung minggu semua!
Huhu, nampak gayanya saya hanya mampu update post di blog saya ini pada hujung minggu sahaja.
Hari ini, saya hendak bertolak ke Miri atas urusan kerja pejabat. Mungkin saya akan update lagi blog saya selepas balik dari outstation nanti.
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dengan anda semalam mengenai kisah “Orang Kaya Dengan Duitnya.” Seorang rakan karib saya datang menemui saya dan menceritakan kisah rakan saya yang seorang lagi yang kini boleh dikatakan bergelar “orang kaya” selepas berjaya dengan perniagaan yang diceburinya. Saya sebenarnya tidak begitu kisah bagaimana sesorang itu memperolehi banyak wang kerana dalam dunia yang serba berteknologi sekarang, apa saja yang anda lakukan boleh memberikan pendapatan cuma yang membezakannya adalah sama ada ianya halal ataupun haram . (p.s: rakan saya yang “kaya” itu buat perniagaan yang halal k :))
Apa yang menarik minat saya pada cerita kawan saya tadi ialah, bagaimana kawan saya yang “kaya” itu tadi membelanjakan duitnya yang banyak itu. Anda tahu, apakah benda pertama yang kawan saya yang “kaya” itu beli? Kereta sport mewah berharga hampir setengah juta
Terkejut saya apabila mendengarnya. Saya bukannya terkejut kerana beliau dapat beli kereta tersebut tetapi saya terkejut kerana beliau berani membeli kereta tersebut selepas perniagaannya baru meningkat naik hanya dalam masa 2 bulan.
Yes, saya akui itu duitnya dan suka hati beliau untuk menggunakan duitnya untuk tujuan apa. Tapi, alangkah bijaknya jika dia membeli sesuatu yang lebih bermakna seperti tanah, rumah atau sesuatu yang tidak susut nilainya. Di sini, saya lebih menekankan kepada betapa pentingnya kebijaksanaan dalam menguruskan duit yang kita ada. Ada duit banyak sekalipun tetapi tidak diuruskan sebaik-baiknya, ia akan membawa kita kepada masalah yang lebih teruk nanti.
Kemudian saya teringat kisah Warren Buffet. Siapa yang tak kenal beliau kan. Lihat bagaimana beliau membelanjakan duit dan nasihatnya yang unik

Saya memperolehi maklumat ini dari enjin carian pakcik Google. Ia merupakan ringkasan temuramah pihak CNBC dengan Warren Buffet. Berikut adalah intipati temuramah menarik tersebut.
1. Beliau telah membeli “share” pada umur beliau 11 tahun, namun beliau tetap menyesal kerana tidak bermula lebih awal dari umur tersebut.
2. Beliau membeli ladang kecil pada umur 14 tahun hasil dari duit simpanan beliau bekerja menghantar surat khabar.
3. Sehingga hari ini, beliau mendiami sebuah rumah kecil yang hanya mempunyai 3 bilik tidur di tengah-tangah bandar Omaha. Rumah didiami beliau sejak 50 tahun dahulu selepas beliau berkahwin . Buffet menyatakan rumah itu sudah mempunyai segalanya bagi beliau. Nak tahu, rumah itu juga tidak mempunyai pagar di sekelilingnya.
4. Buffet tidak mempunyai pemandu malah beliau lebih senang untuk memandu sendiri keretanya ke tempat yang ingin beliau tuju.
Berikut pula nasihat beliau kepada orang muda (macam kita lah kan :)):
1. Duit tidak membuat seseorang tetapi seseorang boleh membuat duit.
2. Hiduplah dalam keadaan yang “simple” yang boleh.
3. Jangan peduli apa yang diperkatakan orang, cuma dengar sahaja. Tapi lakukan perkara yang memberi kepuasan kepada anda.
4. Jangan terlalu taksub dengan barangan berjenama.Gunalah barangan yang anda selesa menggunakannya.
5. Jangan bazirkan duit anda kepada perkara-perkara yang tak penting. Gunakan duit anda terhadap perkara yang penting sahaja.
Saya rasa nasihat beliau sangat2 berguna kepada kita bersama. Kita bukan sahaja perlu tahu menjana duit tetapi perlu juga tahu dan mempunyai ilmu untuk menguruskan kewangan kita.
Selamat beramal!
