Dua Post Menarik Hari Ini

August 31, 2007 | 2 Comments

Salam Kemerdekaan semua,

Em, hari ini saya tak ke mana-mana, kalau nak keluar memang confirm tersekat kat jalan. Jammed teruk. Kalau kat Semenanjung ada perarakkan atau majlis kemerdekaan, kat Kuching pulak lain aktivitinya. Hari ini, berlansungnya aktiviti perlumbaan “sampan” yang diadakan di Waterfront,Kuching. Hehe, memang best kalau dapat pergi.

Oh ya, tengah saya “jalan-jalan” di internet, saya menjumpai dua post yang menarik dan bagus untuk diamati bersama.

1. Merdekakan Diri Anda - SmartUsaha

2. Apakah perniagaan internet? Apa yang usahawan internet lakukan? - SaifulSham

Ok, saya nak sambung baca buku pulak.Hehe. Jumpa lagi!

~ Johari ~

Kenali peluang anda

August 27, 2007 | Leave a Comment

Salam ceria! :)

 

Sedikit renungan untuk diri saya dan juga anda :

 

” Peluang akan menanti orang yang dapat mengenalinya dan bersedia mengambilnya”

 

Sesetengah orang dapat mengenali peluang manakala yang lain hanya mengenali masalah. Apabila anda melatih minda anda untuk mencari peluang, anda akan dapati bahawa dalam setiap hari itu sentiasa ada peluang yang boleh anda manfaatkan. Peluang-peluang itu ada di sekeliling anda. Peluang-peluang itu akan mencari anda. Masalah anda yang paling besar ialah memilih peluang terbaik.

 

Langkah pertama dalam memastikan anda bersedia untuk mengenali peluang-peluang yang tiba ialah dengan memastikan anda benar-benar memahami daya saing anda sendiri. Nilai kekuatan dan kelemahan anda dengan realistik sebagaimana anda menilai kekuatan dan kelemahan orang lain. Kenali bidang terbaik yang dapat anda lakukan dan juga bidang-bidang yang perlu anda perbaiki. Atasi kelemahan anda dan bina kekuatan anda supaya apabila anda telah dapat mengenali peluang-peluang, anda telah pun bersedia untuk mengambilnya.

 

~ Petikan dari buku 365 Pelan Tindakan Positif- Napoleon Hill ~

Pendapatan Tak Terduga :-)

August 24, 2007 | 8 Comments

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu lagi pengalaman manis saya sebagai usahawan part-time internet. Sebelum itu, biar saya jujur dengan anda bahawa saya sebenarnya juga masih lagi dalam peringkat belajar mengenai perniagaan internet seperti anda. Saya bukanlah golongan expert seperti SmartZul, Shuth, Saifulsham dan yang lain-lain yang memang sudah otai dalam perniagaan internet.

Tapi, satu pengajaran penting yang saya telah belajar ialah, jika ingin berjaya belajarlah dari mereka yang sudah berjaya. Dan yang paling penting PRAKTIKAN apa yang anda sudah belajar sama ada melalui ebook mahupun seminar yang pernah anda hadiri.

Cuba lihat screenshot di bawah :

Alhamdulillah, saya telah mendapat jualan pertama untuk satu produk Master Resell Right setelah mengupload mini-site sebulan yang lalu. Walaupun mengambil masa agak lama untuk melihat kesannya, sekurang-kurangnya saya tahu ilmu yang saya pelajari boleh digunakan. Betul tak ? ;)

Saya sebenarnya hanya ingin membuat “eksperimen” terhadap salah satu teknik marketing dan terbukti ianya berjaya walaupun sudah saya agak lama tidak menjenguk mini-site saya itu. Kira pendapatan tak terduga jugak lah ni :)

Kepada anda, ayuh mulakan perniagaan internet anda. Jangan tunggu-tunggu lagi. Masa yang terbaik ialah SEKARANG. Jangan takut kepada kegagalan kerana, jika ingin berjaya, cara paling cepat adalah dengan belajar dari kesilapan.

Ok, jumpa lagi! Adios!

Facing The Giant

August 20, 2007 | Leave a Comment

Selamat menonton!

Patric Chan Punya “Sunday Email”

August 15, 2007 | Leave a Comment

Em..saya nak kongsi skit dengan anda semua mengenai ebook percuma dari Patric Chan ni. Kepada yang masih belum mengenali beliau, bolehlah membaca kat blog ini.

Ok, Sunday Email ini merupakan satu slot di mana Patric akan menceritakan perjalanan beliau dari mula-mula dia berkecimpung dalam perniagaan internet hingga sekarang. Banyak kisah-kisah suka dan duka, motivasi, pengalaman dan teknik-teknik perniagaan yang boleh anda pelajari melalui slot ini.

Sebelum ini, beliau hanya post-kan pada setiap hari Ahad, tapi kali ini Patric telah membuat ebook yang merangkumi setiap “Sunday Email” yang pernah beliau postkan di blog.

Ok..kalau berminat nak tahu lebih lanjut, sila ke  “Sunday Email Report By Patric Chan”

Selamat membaca! :)

Alhamdulillah…

August 14, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera,

Alhamdulillah saya kembali di MohdJohari.Com…

Alhamdulillah..akhirnya saya berjaya “meluangkan” masa untuk diri sendiri hujung minggu lepas. Sebenarnya, sejak 3 minggu lalu saya terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Bayangkan pukul 7.00 pg pergi kerja dan pukul 9.00 mlm balik ke rumah.Memang memenatkan. :(
Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya masih lagi bekerja dengan orang lain sedangkan saya boleh fokuskan kepada perniagaan internet. Jawapan saya ialah, saya ingin belajar dahulu bagaimana alam pekerjaan. Ya, saya tahu memang ramai yang akan berfikir kan lebih baik bekerja sendiri dari bekerja dengan orang lain. Benar, tapi pendapat tersebut ada pro dan kontranya juga . ;)

Pada pendapat saya, apabila bekerja dengan orang dahulu, saya dapat belajar banyak perkara mengenai urusan-urusan penting seperti berkomunikasi dengan klien, membuat kerja-kerja admin, mengajar dan sebagainya.

Sebenarnya ia boleh menjadi salah satu landasan di mana kita boleh memperbaiki diri dan juga menambah ilmu. Dan pada masa yang sama juga, saya akan gunakan ilmu saya itu ketika saya dalam menguruskan perniagaan internet secara sampingan. Apabila sudah menampakkan impak yang saya harapkan, barulah saya akan fikirkan untuk memfokuskan lebih kepada usaha membina perniagaan saya tadi.

Itu merupakan planning saya setakat ini. Memang memenatkan dan alhamdulillah setakat ini saya rasa enjoy melakukannya. :)

To be Great You Should Always A.S.K !

August 6, 2007 | Leave a Comment

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Semalam merupakan pengalaman yang paling bermakna kepada saya kerana saya telah mempelajari satu ilmu kehidupan dari salah seorang yang saya anggap sebagai abang saya.

Saya menceritakan dilema yang saya alami sejak dua tiga minggu lepas ( salah satu sebab mengapa saya kurang membuat post sejak akhir-akhir ini). Disebabkan oleh masalah tersebut, semangat dan motivasi saya menurun sedikit. Setelah saya ceritakan dengannya apa masalah saya, berikut adalah nasihat abang saya tadi.

” To be a great person you have to ASK. ASK whatever you are wondering about even it look so silly to other people. Be realistic. There is no such SILLY questions! ASK here mean, you must have Attitude, Skill and Knowledge. That’s it! “

Pada mulanya saya agak pelik, tetapi akhirnya saya memahami sesuatu yang sangat berharga. Ya, untuk berjaya kita perlu rajin BERTANYA. Jika anda berada dalam keadaan stress, bermasalah atau pening untuk membuat sesuatu keputusan, carilah teman yang boleh dibawa berbincang dan minta nasihat daripada beliau. Lihat sesuatu masalah anda secara all-rounder, ibarat anda melihatnya secara keseluruhan dari tempat tinggi. Dengan cara itu, anda dapat mengenalpasti dari mana puncanya masalah anda dan MULAKAN penyelesaian dari punca yang anda kenali tadi.

Tanamkan sifat SABAR dan FOKUS dengan setiap kerja yang anda lakukan.

FOKUS di sini bukan bermaksud anda hanya boleh FOKUS kepada satu perkara sahaja. Anda boleh melakukan banyak kerja tapi anda perlu FOKUS dengan setiap kerja yang anda lakukan. Dua perkara yang berbeza. :)

MohdJohari.Com akan berubah wajah

August 4, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera semua,

Maafkan saya kerana dua tiga-menjak ni saya sibuk dengan urusan pejabat. Sampai-sampai je kat umah, badan dah letih, lepas solat terus tidur..Tak sempat nak update blog kesayangan saya ni. Huhu…

Lepas check WebStat, visitors ke blog saya pun semakin menurun dan insyallah saya cuba update artikel-artikel terkini mulai minggu depan. Sekarang artikel sudah ada, cuma saya masih belum sempat lagi nak meng-edit.

Kalau anda perasan, sekarang ni saya tengah guna theme lain buat sementara kerana saya tengah membuat perubahan ‘wajah’ blog saya ni dan ianya masih lagi dalam peringkat testing.

So, kepada kawan-kawan sekalian, selamat bercuti di hujung minggu. Tapi, dalam bercuti tu, fikir-fikirkan juga bagaimana untuk meningkatkan kualiti diri, at least 1% setiap hari. (kat blog maner yer saya baca ayat ni).

 :)