Pendapatan Tak Terduga :-)
Salam sejahtera semua,
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu lagi pengalaman manis saya sebagai usahawan part-time internet. Sebelum itu, biar saya jujur dengan anda bahawa saya sebenarnya juga masih lagi dalam peringkat belajar mengenai perniagaan internet seperti anda. Saya bukanlah golongan expert seperti SmartZul, Shuth, Saifulsham dan yang lain-lain yang memang sudah otai dalam perniagaan internet.
Tapi, satu pengajaran penting yang saya telah belajar ialah, jika ingin berjaya belajarlah dari mereka yang sudah berjaya. Dan yang paling penting PRAKTIKAN apa yang anda sudah belajar sama ada melalui ebook mahupun seminar yang pernah anda hadiri.
Cuba lihat screenshot di bawah :

Alhamdulillah, saya telah mendapat jualan pertama untuk satu produk Master Resell Right setelah mengupload mini-site sebulan yang lalu. Walaupun mengambil masa agak lama untuk melihat kesannya, sekurang-kurangnya saya tahu ilmu yang saya pelajari boleh digunakan. Betul tak ?
Saya sebenarnya hanya ingin membuat “eksperimen” terhadap salah satu teknik marketing dan terbukti ianya berjaya walaupun sudah saya agak lama tidak menjenguk mini-site saya itu. Kira pendapatan tak terduga jugak lah ni
Kepada anda, ayuh mulakan perniagaan internet anda. Jangan tunggu-tunggu lagi. Masa yang terbaik ialah SEKARANG. Jangan takut kepada kegagalan kerana, jika ingin berjaya, cara paling cepat adalah dengan belajar dari kesilapan.
Ok, jumpa lagi! Adios!
8 Responses to “Pendapatan Tak Terduga :-)”
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?


Tahniah Mohd Johari.
Terima kasih, Maizul
mcmna nak sertai kalau cara x tau…
Deqna,boleh saya bertanya.Apa sebenarnnya yang anda cuba maksudkan?
Ye berusaha..InsyaAllah akan berjaya.
leh tahu produk MMR apa yang anda jual?
Hamid..emm maaf kerana tak leh nak bagitahu saudara nama produk tersebut..actually saya nak buat eksperimen for certain types of marketing sahaja.
Cuma yang saya boleh katakan produk MRR itu adalah “how-to” produk
Eh eh berniaga pun nak rahsia ker?
ok tak per la
best giler cerita pasal nie