Hari ini saya…

September 25, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera semua!

Hari ini saya tak berapa sihat skit. Sejak petang semalam tekak saya rasa kering semacam jer..huhu pedih gak..tapi puasa tetap diteruskan. Cuaca kat Kuching ini pun tak berapa menentu skit, sekejap panas sekejap hujan lebat tambahan lagi time2 puasa ni. Saper2 yang tak tahan mau demam dibuatnya (mcm saya lah sekarang.. ;-) ).

Tapi tak mengapa, ada hikmahnya kenapa saya jadi mcm ni ( mungkin dosa banyak sangat kot :-( ) Apa-apa pun, jagalah diri anda baik-baik. Time sahur minumlah air kosong banyak-banyak tapi jangan sampai kembung perut pulak yer.Hehe..

Baiklah, saya nak bersiap nak pergi kerja dulu.. Insyallah, bila saya sihat skit nanti saya akan postkan artikel-artikel baru di sini. Bye-bye!

Assalamualaikum…

~Johari~

Mencetus Pemikiran Besar

September 24, 2007 | Leave a Comment

Setelah melihat The Secret dan membaca bukunya, segala ilmu serta teknik bagaimana untuk berjaya adalah melalui konsep “anda adalahapa yang anda fikirkan”. Maksudnya, apa sahaja yang andafikirkan mengenai diri anda, memang itulah diri anda. Kesimpulannyadi sini, apa yang anda fikirkan memainkan peranan yang sangat penting untuk membolehkan kita berjaya. Oleh itu, anda perlu belajar bagaimana untuk mengawal pemikiran anda supaya “selari” dengan apa yang ingin anda capai.

Melihat kepada bagaimana orang-orang berjaya berfikir, mereka sebenarnya mempunyai satu habit di mana mereka selalu BERFIKIRAN BESAR. Kejayaan seseorang bukanlah bergantung kepada ketinggian, di mana asal-usul mereka, umur mahupun berat badan. Yang menjadi asas kepada kejayaan anda adalah, sejauh mana anda mampu untuk BERFIKIRAN BESAR.

Lihat kepada diri anda. Lihat apa yang boleh anda lakukan bukan sekadar pada zahirnya
sahaja. Mungkin anda seorang yang bertubuh kecil tetapi mempunyai semangat serta jiwa yang kental.Itu kelebihan anda. Mulai dengan memfokuskan kelebihan yang anda miliki. Jangan sesekali merendahkan diri anda. Kalau boleh, jauhi perasaan rendah diri.Beri perhatian kepada “aset-aset” anda. Anda adalah lebih baik daripada apa yang anda fikirkan.

Dalam kehidupan seharian pula, terapkan nahu atau bahasa sebagai seorang yang berfikiran besar. Gunakan bahasa-bahasa yang mengambarkan kejayaan, ketenangan, harapan. Jauhi perkataan dan golongan mereka yang selalu menggunakan “imej” kegagalan, kekalahan serta kesedihan.

Khas Untuk Newbies Sahaja

September 19, 2007 | 3 Comments

Salam sejahtera,

Ketika saya menulis untuk post ini, saya sedang berada dalam
keadaan yang sangat tenang. Pada masa beginilah pelbagai idea
akan mencurah-curah sehingga 3 4 helai kertas kosong akan saya
tulis. :-) Tips kali ini merupakan salah satu idea yang terlintas
difikiran saya. Nampak mudah tetapi sangat berkesan jika diaplikasikan
dengan betul. Teruskan membaca.

Read more

Update 17 September 2007!

September 17, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera semua,

Seperti yang saya janjikan , alhamdulillah saya melancarkan semula subsription di MohdJohari.com. Cuba cari kat mana saya letak link untuk subscription tu. Hehe..menarik tak?

Insyallah, pada “season” kali ini, saya akan cuba untuk lebih banyak berhubung dengan para subsribers saya. Saya juga akan memberikan tips-tips serta panduan motivasi yang bersesuaian dengan matlamat ramai pengunjung blog ini iaitu menjadi seorang usahawan bermotivasi dan berjaya.

Baiklah, sedikit motivasi untuk anda pada permulaan minggu ini :

~ Dunia tidak mengurniakan pingat disebabkan apa yang anda tahu, tetapi dunia akan memahkotakan anda dengan kemegahan dan kekayaan disebabkan apa yang anda lakukan ~ Napoleon Hill 

Ilmu pengetahuan merupakan komponen penting kejayaan dalam apa jua bidang. Untuk mencapai sesuatu yang berharga dan berbaloi, pengkajian yang memakan masa bertahun-tahun diperlukan. Tetapi ilmu pengetahuan semata-mata bukanlah kuasa. Ia akan menjadi berkuasa hanya apabila diaplikasikan menerusi tindakan positif.

Kajian demi kajian memperlihatkan orang yang berjaya mengutamakan tindakan. Mereka mengumpul fakta-fakta, menghubung-kaitkan dengan ilmu pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara, memperkembangkan pelan tindakan dan mula bertindak. Apabila merasa ragu, adalah lebih baik bertindak pantas daripada menyesal kerana lewat bertindak.

p.s : Kepada subsribers MohdJohari yang terdahulu, sila semak emel anda. Saya telah  menghantar “sesuatu” kepada anda. :-)

Ilmu..sesuatu yang tak boleh dicuri

September 14, 2007 | Leave a Comment

Alhamdulillah, sekarang kita sudah berada di dalam
bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.Sama-samalah
kita berdoa agar di dalam bulan yang penuh dengan
keberkatan ini, kita dimurahkan rezeki dan diterangkan
hati untuk lebih mudah berjaya dan cemerlang.

Semasa saya berjalan pulang selepas menunaikan
solat terawih malam tadi, terdetik hati saya
untuk melafazkan rasa syukur tak terhingga kepada-Nya
kerana memberikan segala bentuk nikmat tak ternilai
banyaknya kepada saya sehingga menjadi orang yang berguna
seperti sekarang.

Saya turut rasa bersyukur kerana dikurniakan minat dalam
membaca. Dalam sehari, at least saya membaca surat khabar
atau buku-buku tak kisahlah dalam bidang apa sekalipun.
Bagi saya, ilmu adalah sangat penting. Dan yang paling mustahak,
ilmu tidak boleh dicuri tak seperti wang, harta benda dan sebagainya.
Selagi anda hidup, maka ilmu tersebut ada dalam diri anda cuma
tugas andalah untuk mem”polish”kan ilmu itu supaya memberi manfaat
kepada anda dan juga masyarakat amnya.

Jika anda mempunyai banyak pengetahuan, kongsikanlah dengan
masyarakat. Tahukah anda, setiap ilmu yang baik anda kongsikan,
dan apabila penerima ilmu tersebut mengamalkan dan menyebarkan pula
kepada individu lain, ia telah menjadi satu ganjaran pahala kepada anda.
Nah, senang2 je bolah dapat pahala kan.:)

Jika anda tak berapa yakin untuk menyampaikan secara bersemuka, alat
yang paling senang dan tak akan diketahui identiti (kalau anda tak nak orang
tahu siapa anda) ialah melalui blog. Tak kisah lah nak guna blog percuma
atau berbayar terpulanglah kepada anda. Yang penting, ilmu anda dapat disampaikan
melalui medium yang mudah dicapai oleh ramai orang apalagi kalau bukan
melalui internet. :)

~Johari~

Hari Yang Mencabar

September 12, 2007 | 1 Comment

Salam sejahtera semua,

Semalam merupakan hari yang sangat “tough” bagi saya.
Saya telah dimarahi klien untuk kali kedua sepanjang saya berada di
tempat kerja baru saya ini. Tapi, apa yang saya ingin sampaikan bukanlah
ingin meminta simpati atau saya ingin berlagak betul. Pada kes saya
tadi, saya masih juga menang walaupun saya tak berkata apa2. Nak tahu macam mana? :)

Lebih kurang time nak lunch, saya menerima panggilan dari salah seorang klien syarikat.
Sebaik sahaja saya berkata “Helo, JOhari bercakap”, dia terus melenting dan marah-marah. Fuh..memang terus menyirap saya dibuatnya. Tapi, saya cuba kawal emosi saya pada masa itu.

Masalahnya begini, klien syarikat saya ini memarahi saya kerana saya tidak menghantar surat dokumen lengkap kepada dia. Apabila saya mendengar dengan jelas dan memeriksa dokumen2 yang ada, saya menyatakan kepada dia bahawa saya sudah memberikannya semula pada hari semasa beliau mendaftar. Namun, beliau terus berkata saya tak ada memberikannya dokumen tersebut malah menyuruh saya mengaku bahawa saya menghilangkannya. “Aikk..apesal pulak aku nak mengaku hilangkan sedangkan aku tak buat” detik hati saya. Saya pun berkata dengan dia dengan baik, “jika benar saya cuai sehingga hilangkan dokumen tersebut, ya saya boleh mengaku bersalah. Tetapi saya telah pulangkan kepada anda di depan anda sendiri. Bagaimana pula saya nak mengaku itu kecuaian saya?” kata saya dengan nada biasa tapi tegas skit..hehe

Klien tersebut terus memarahi saya sehingga mengutuk-kutuk syarikat saya macam2. Akhirnya saya memberi beliau cadangan untuk berhubung terus dengan bos saya. Tak lama selepas itu, beliau menelefon saya semula dan meminta maaf kerana tidak memeriksa dahulu keadaan sebenar.

Rupa-rupanya beliau ada menerima dokumen tersebut daripada saya malah sudahpun diproses oleh jabatan beliau untuk proses pembayaran.

Alhamdulillah, kebenaran tetap berpihak pada saya. Saya percaya, jika kita benar tegakkan kebenaran itu walaupun anda dimarah sekalipun. Memang sakit hati bila dimarahi seperti saya tadi tapi saya fikir, jika api ditambah lagi dengan api, makin maraklah ia. Sebaliknya, jadilah air supaya kita boleh mengawal api tersebut dari terus marah dan padamkan terus api kemarahan seseorang.

Memang susah, but keep working on it. Insyallah.

~Johari~

Alamak! Tak ada idea nak tulis

September 10, 2007 | Leave a Comment

Huh, macam mana ni yek, saya tengah kekeringan idea untuk menulis di blog ini sekarang. Walaupun dah banyak ebook, buku-buku, jurnal mahupun artikel sudahpun dibaca dan dibelek2, namun masih tak terkeluar juga idea nak menulis… :(

Tentu ramai yang perasan saya menulis post pendek2 jer semenjak dua menjak ni kan..Huhu kesian pulak dengan pelawat yang penat datang kat blog saya menantikan post terbaru.

Jangan khuatir, saya nak bagi “buah tangan” skit kepada anda.. Ini dia “buah tangan” tersebut . Jeng..jeng..jeng :

http://www.mohdjohari.com/LazyMansWayToWritingArticles.rar

http://www.mohdjohari.com/InsidetheMindsofWinners.rar

http://www.mohdjohari.com/BloggersGuideToProfits.rar

Tak ada opt-in page, cuma klik jer link download kat atas tu..orait!

Selamat membaca :)

Nasihat Untuk Para Penulis Blog

September 9, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera,

Huh, hari ini saya agak keletihan kerana malam tadi saya penat bermain futsal bersama rakan-rakan. Itulah aktiviti yang selalu saya lakukan di hujung minggu. Kalau tak ada game, saya akan menghadap PC saya ni jer.Teman setia saya..Hehe :)

Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan satu tips yang saya perolehi dari website  Fadzli Yusuf. Dalam salah satu postnya , beliau dan rakannya meminta nasihat dari Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk para penulis. Seperti biasa, Dr akan berdiam diri seketika merenung mata beliau ke bawah dan seraya beliau menjawab “menulislah macam kita nak mati esok..Bayangkan kita meninggal esok dan apa yang kita tulis hari ini akan menjadi amal jariah untuk bekalan di alam kubur nanti” 

Fuh..satu jawapan yang sangat ringkas tapi mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Apa kata kita sebagai penulis blog menyahut nasihat tersebut bersama.. :)

Theme baru dan update terkini

September 8, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera pembaca yang dihormati,

Setelah hampir seminggu saya tercari-cari dan mengodek-godek beberapa template, alhamdulillah saya memilih untuk mengunakan theme yang saya gunakan sekarang. Huh, nampak gaya saya memang tak dapat nak lari dari menggunakan warna biru. Entahlah, mungkin dah sebati dalam jiwa kot ;)

Oh ya, selain dari mengupdate blog, saya ada berita baik untuk anda. Tapi buat masa ini saya masih lagi dalam proses menyiapkan “berita baik” itu . Projek ini saya lakukannya buat pertama kali untuk market Malaysia. Nak tahu apa dia? Tunggu post pada Isnin ( 17 September) nanti , insyallah…

Orait, itu saja untuk post kali ini.

Selamat bercuti di hujung minggu… Peace! :)