Khas Untuk Newbies Sahaja
Salam sejahtera,
Ketika saya menulis untuk post ini, saya sedang berada dalam
keadaan yang sangat tenang. Pada masa beginilah pelbagai idea
akan mencurah-curah sehingga 3 4 helai kertas kosong akan saya
tulis.
Tips kali ini merupakan salah satu idea yang terlintas
difikiran saya. Nampak mudah tetapi sangat berkesan jika diaplikasikan
dengan betul. Teruskan membaca.
Khas kepada newbie sahaja (ehem..saya pun masih juga belajar seperti anda yer).
Setiap kali anda membuka kotak emel (inbox) anda, pasti banyak emel-emel yang
anda terima bukan? Ada yang promote produk, bagi “teaser” nak lancarkan produk,
tengah promosi jualan murah ebook terhangat di pasaran dan bermacam-macam lagi.
Saya bukanlah nak anda fokus terhadap apa yang mereka tawarkan kepada anda tetapi saya hendak anda melihat apa yang mereka sedang lakukan.
Kajian sering menunjukkan, untuk berjaya kita perlu mengikut cara orang berjaya. Itu
sahaja. Dan dengan cara ini jugalah yang boleh membuatkan anda berjaya dengan lebih cepat.
Jadi, kepada yang newbie dan masih tercari-cari rentak untuk memulakan perniagaan, apa kata anda lakukan eksperimen ini. Pilih mana-mana usahawan internet yang ingin anda contohi. Kat Malaysia ini pun ada banyak kan?
Ok, seterusnya join komuniti atau langganan newsletter mereka. Lihat apa yang berlaku dari setiap aspek seperti bagaimana usahawan itu membuat “relationship ” dengan anda. Catat setiap step-step yang usahawan tersebut lakukan contohnya sebelum dia nak lancarkan sesuatu produk, anda bolehlah melihat bagaimana beliau menghantar emel yang membuat anda rasa “ingin tahu” dan menyebabkan anda tertunggu-tunggu untuk mendapat emel yang seterusnya.
Jika ada tajuk emel yang menarik perhatian anda, catatkan dan simpan sebagai rujukan anda. Mana tahu ia akan menolong anda membina emel yang responsive
di masa depan. Jadikan ia salah satu tools anda nanti.
Akhir sekali, cuba lakarkan dalam bentuk peta minda setiap perjalanan bermula dari produk itu dilancarkan ,emel-emel follow-up, tawaran-tawaran yang diberikan dan lihat juga hasilnya. Insyallah, secara kasarnya anda dapat melihat bagaimana satu contoh perniagaan intenet yang mudah untuk anda sendiri fahami.
Cubalah, dan nyatakan komen anda di bawah nanti.
Selamat mencuba!
~Johari~
3 Responses to “Khas Untuk Newbies Sahaja”
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?


Salam kenal.
http://www.alatsurveycenter.com/
Ye pasti..
setiap kejayaan perlu la dimulakan dari bawah
Selamat berkenalan Nav