Idea yang hebat selalunya datang tanpa disedari

October 30, 2007 | 3 Comments

Tahukah anda, idea yang hebat selalunya datang
tanpa kita sedari? Mungkin anda tidak perasan
atau tidak peka tapi itulah hakikatnya.

Minda kita terdiri daripada 2 komponen
utama iaitu minda sedar dan minda separa sedar.

Semua orang tahu bagaimana minda sedar
berfungsi bukan? Ia merupakan bahagian
yang mengawal proses analisis, logik
dan membuat keputusan (berfikir).

Tapi, RAKSASA yang hebat dalam diri
manusia ialah, MINDA SEPARA SEDAR. Bagaimana
ia berfungsi?

Darah anda mengalir, degupan jantung, sistem
pernafasan, pertukaran oksigen kepada karbon
dioksida, mimpi - semuanya adalah melalui
minda separa sedar. Alangkah hebatnya jika
kita boleh menggunakan minda separa sedar ini
tanpa batasan.

Namun, disebalik kehebatan minda separa sedar
ini, terselit satu kelemahan yang anda patut sedari.

Minda separa sedar tak mengenali apa yang anda fikir
itu baik atau buruk!

Jadi, jika anda kerap memikirkan sesuatu yang negatif,
maka hasil yang anda perolehi nanti juga akan negatif.

Idea yang bernas - bagaimana mendapatkannya?

Katakan anda ingin membina perniagaan tetapi tak tahu
apa yang ingin diniagakan. Baiklah, langkah pertama
yang anda lakukan adalah, lakukan “brainstorming”.

Pada peringkat ini, catatkan segala idea-idea yang terlintas
difikiran anda. Jangan membuat andaian atau apa-apa penilaian
pada masa ini. Tujuan anda hanyalah untuk mencari seberapa
banyak idea dan catatkan dalam buku idea anda.

Kemudian, bila anda merasakan cukup, simpan buku idea anda tadi
dan pergilah bersiar-siar atau lakukan aktiviti yang anda
gemari. Relaks kan diri anda. Apabila sudah berasa tenang, dapatkan
semula buku idea anda tadi dan baca kembali idea-idea yang anda tuliskan.

Pilih idea yang sesuai dengan matlamat anda dan asingkan idea-idea anda
tadi. Jangan buang idea yang tidak menjadi pilihan anda. Simpan. Mana lah
tahu, satu masa nanti ia boleh menjadi sesuatu idea yang hebat suatu masa
nanti.

Usahawan dan Penjual

October 29, 2007 | 2 Comments

Dua perkataan yang agak mengelirukan saya
satu masa dahulu. Usahawan dan penjual.

Tetapi secara jujurnya saya meminati
perkataan usahawan kerana ia lebih
bersifat “seseorang yang berusaha membina
empayar perniagaan”.

Perkataan usaha itu sendiri sudah membawa maksud pemilikan
sesebuah perniagaan kepada seseorang dan
lebih bersifat “independent”.

Dari kaca mata saya (huhu, saya memang dah rabun pun ;)),
usahawan memberi makna yang sangat karisma dan
juga tanda seseorang itu membina empayar perniagaan
dengan usahanya sendiri. Usahawan juga dilihat
sebagai golongan yang gemar membina rangkaian
perniagaan dan memperluaskannya dalam pelbagai bidang.

Penjual pula adalah golongan yang hanya menjual sesuatu
produk tetapi bukan orang yang mencipta atau pemilik sesuatu
produk. Kalau dalam perniagaan internet, ia dipanggil affiliate.
Peranannya adalah mempromosikan produk dan mendapat
komisen daripada hasil penjualan produk.

Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Menjadi usahawan
atau penjual?

Kalau saya, bidang keusahawan yang menjadi pilihan
kerana ia dapat mengajar saya satu konsep bagaimana untuk
membina sesebuah perniagaan.

Apabila sudah memahami konsep, maka ia boleh membantu saya
apabila saya ingin membina perniagaaan di dalam bidang-bidang lain pula.

Insyallah. :)

Itu adalah pendapat peribadi saya. Saya pasti ramai yang
diluar sana yang lebih memahami apa maksud keusahawan
seperti saifulsham dan smartzul yang sudahpun merasai sendiri
pengalaman sebagai usahawan ini.

17 thn - Sudah Mempunyai Syarikat Bernilai $3 juta?

October 24, 2007 | Leave a Comment

Bagaimana seorang budak berumur 17 tahun mampu membina perniagaan yang bernilai $3 juta dengan hanya mempunyai $70 ditangan dan mengajar orang ramai bagaimana bermain piano dengan telinga? Pelik?

http://www.youtube.com/watch?v=W9bDVSb_s7Q

Link website beliau : http://www.nittygrittymarketing.com/

p.s: adakah anda perlu “bakat” atau “keistimewaan” untuk BERJAYA?

p.p.s : Tawaran Istimewa masih lagi di buka. Dapatkan segera Traffic Marketing Videos sekarang sebelum 20 lesen MRR habis dijual.

7 Pemikiran Orang Berjaya

October 18, 2007 | 4 Comments

Salam sejahtera,

Macam mana dengan cuti raya anda? Meriah tak? Saya kat Sarawak ni meriah terutama kanak-kanak dan para remaja. Hehe, teringat pulak zaman kecik-kecik dulu selalu dapat “angpau”. Memang best! :) Kalau ada cerita-cerita menarik sepanjang cuti raya anda, kongsi-kongsi lah di ruangan komen. Kat Sarawak biasanya popular dengan kek lapis yang bermacam-macam jenis dan bentuk. Saya pun tak mampu nak mengingat “kejenisan” kek lapis di sini.

Oh ya, saya baru saja “touch-up” skit ebook pertama yang saya pernah hasilkan dulu : 7 Pemikiran Orang Berjaya. Ebook ini saya hasilkan untuk saya kongsikan pengetahuan dan juga pemerhatian saya mengenai cara-cara orang-orang berjaya berfikir.

7 Pemikiran Orang Berjaya

Kepada yang sudah membacanya, saya meminta komen daripada anda . Insyallah, dari komen anda nanti saya harap dapat meningkatkan lagi kualiti penulisan saya di masa hadapan.

Download jangan tak download.. :)

[ Edited 24/10/2008 : Ebook masih dalam proses update ]

Selamat Hari Raya

October 11, 2007 | Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Jika ada salah silap dan tutur kata, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Kepada yang memandu untuk balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat, asalkan selamat. :)

Selamat Hari Raya!

Kawal Minda Anda

October 10, 2007 | 2 Comments

Salam sejahtera semua!

Alhamdulillah, saya baru sahaja balik dari outstation untuk urusan kerja pejabat. Kepada pembaca yang selalu menjenguk blog ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Insyallah, nanti ada sesuatu yang akan menanti anda. :)

Dalam saya duduk dalam flight ( on the way nak balik Kuching) saya terbaca sesuatu ungkapan motivasi yang simple tetapi memberi maksud yang sangat mendalam. Ungkapan tersebut berbunyi begini :

” Kawal minda anda dan anda tidak akan dikawal oleh minda orang lain”

Sebaik saja saya membaca ungkapan ini, saya terus teringat ilmu The Secret yang saya belajar dahulu. Ya, memang benar. Minda kita adalah satu anugerah yang tak ternilai yang diberikan oleh-Nya. Namun, masih ramai lagi yang belum mampu untuk mengawal minda dirinya sendiri walaupun mereka menyedari bahawa hanya mereka sendiri lah yang mampu mengawal minda mereka.

Sama ada anda percaya atau tidak, ilmu mengawal minda ini sentiasa wujud. Malah, kita sering menggunakannya tanpa kita sedari (minda separa sedar). Oleh itu, berhati-hatilah ketika berfikir kerana apa yang anda fikir sekarang merupakan “masa depan” anda.

 

Saya outstation

October 7, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera pembaca setia MohdJohari.com! :)

Saya ingin membuat sedikit pengumuman. Saya akan mula outstation bermula dari Ahad (7/10) - Selasa (9/10) atas urusan kerja. Oleh yang demikian, saya akan kembali menulis di blog ini pada Rabu ( 10/10) nanti, insyallah. Kepada yang ingin menghubungi saya, sila gunakan borang pada tab “Hubungi Saya” di atas. Insyallah, sekembalinya saya nanti saya akan membalas emel-emel anda.

Jumpa lagi! :)

Apakah anda lakukan jika…

October 1, 2007 | Leave a Comment

…anda mengalami KEKECEWAAN?

Adakah anda terus menyalahkan takdir? menyalahkan orang lain atau merosakkan diri sendiri dan masa depan anda?

Saya yakin ramai yang pernah mengalami KEKECEWAAN. Kekecewaan tersebut mungkin kerana anda gagal dengan usaha anda, gagal dalam perhubungan cinta atau sebagainya. Apa pun jenis kekecewaan anda, anda perlu tahu bagaimana untuk menganganinya dengan segera. Kerana, jika tidak, anda akan menjadi lebih “teruk” dan dikhuatiri boleh membahayakan diri anda juga nanti.

Baiklah, bagaimana untuk mengatasi kekecewaan anda? Langkah pertama sekali, tanamkan dalam diri anda yang “kehidupan adalah satu proses”. Setiap titik penghujung yang sering kita anggap sebagai titik penghujung sebenarnya adalah satu titik permulaan. Ini bermakna, anda sebenarnya diberi peluang untuk memulakan sesuatu yang baru dan memperbaiki kelemahan. Secara amnya, kehidupan merupakan sesuatu proses yang boleh membawa anda ke satu tahap yang lebih baik jika anda berusaha mencari kekurangan anda dan memperbaikinya secara perlahan-lahan.

Langkah kedua pula ialah, tatkala anda merasai kekecewaaan, JANGAN sesekali anda membuat apa-apa KEPUTUSAN terlebih dahulu. Beri ruang kepada diri anda untuk memulihkan kembali semangat anda. Tahukah anda apabila anda merasa kecewa, sebenarnya anda sudahpun kekurangan “tenaga”?

“Tenaga” ini ialah SEMANGAT yang perlu anda pulihkan terlebih dahulu. Memulihkan semangat ini pula memerlukan masa. Yang penting, jangan paksa diri anda. Hadapi realiti dengan tabah dan sabar. Saya tahu ia bukannya semudah kita berkata. Tetapi, apa lagi pilihan yang anda ada selain menerimanya secara realiti kehidupan?

Buat sementara waktu, ambil masa untuk pergi bercuti , bersiar-siar atau berhenti sebentar dari melakukan tugas-tugas seharian. Beri masa untuk diri anda pulih dengan berehat, mencari ketenangan dan yang paling penting mendekatkan diri anda dengan-Nya.  Apa yang perlu dicari adalah ketenangan. Apabila anda sudah merasai ketenangan melalui kaedah memulihkan semangat, barulah anda boleh berfikir secara rasional dan membuat keputusan dengan lebih bijak.