Usahawan dan Penjual
Dua perkataan yang agak mengelirukan saya
satu masa dahulu. Usahawan dan penjual.
Tetapi secara jujurnya saya meminati
perkataan usahawan kerana ia lebih
bersifat “seseorang yang berusaha membina
empayar perniagaan”.
Perkataan usaha itu sendiri sudah membawa maksud pemilikan
sesebuah perniagaan kepada seseorang dan
lebih bersifat “independent”.
Dari kaca mata saya (huhu, saya memang dah rabun pun ;)),
usahawan memberi makna yang sangat karisma dan
juga tanda seseorang itu membina empayar perniagaan
dengan usahanya sendiri. Usahawan juga dilihat
sebagai golongan yang gemar membina rangkaian
perniagaan dan memperluaskannya dalam pelbagai bidang.
Penjual pula adalah golongan yang hanya menjual sesuatu
produk tetapi bukan orang yang mencipta atau pemilik sesuatu
produk. Kalau dalam perniagaan internet, ia dipanggil affiliate.
Peranannya adalah mempromosikan produk dan mendapat
komisen daripada hasil penjualan produk.
Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Menjadi usahawan
atau penjual?
Kalau saya, bidang keusahawan yang menjadi pilihan
kerana ia dapat mengajar saya satu konsep bagaimana untuk
membina sesebuah perniagaan.
Apabila sudah memahami konsep, maka ia boleh membantu saya
apabila saya ingin membina perniagaaan di dalam bidang-bidang lain pula.
Insyallah.
Itu adalah pendapat peribadi saya. Saya pasti ramai yang
diluar sana yang lebih memahami apa maksud keusahawan
seperti saifulsham dan smartzul yang sudahpun merasai sendiri
pengalaman sebagai usahawan ini.

2 Responses to “Usahawan dan Penjual”
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?


bidang keusahawanan memang satu bidang yang mencabar. bagi saya siapa yang berkecimpung dalam bidang ini memanglah seseorang yang berani serta bijak kerana mereka sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan mereka. konsep perniagaan internet yang makin berkembang juga menunjukkan memang sudah ramai rakyat malaysia yang berani untuk menyahut cabaran di dalam bidang keusahawanan ini.
Betul tu hafiza. Bagi saya seorang usahawan ialah mereka yang sentiasa ingin memajukan diri dan juga sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik.