Kenapa kita mencari motivasi? - Sambungan

November 23, 2007 | Leave a Comment

Baiklah, bertemu lagi pada post untuk sambungan semalam.

Ada tak sesiapa yang memikirkan soalan yang saya berikan kepada anda semalam? Em..tak de yang tinggalkan komen untuk beritahu saya? Ok tak mengapalah..mungkin anda malu kot..:)

Ok, sebelum saya menceritakan kenapa kita mencari motivasi, boleh beritahu saya berapa banyak ebook, buku-buku dan audio motivasi yang anda ada atau beli? Dan berapa banyak ilmu yang anda sudah praktikkan darinya?

Tahukah anda mengapa anda memerlukan ebook atau alat-alat tersebut untuk membantu meningkatkan motivasi anda?

Saya suka  memberi soalan-soalan begini kerana setiap orang mempunyai tujuan mereka masing-masing dalam mencari motivasi.

Ada yang ingin meningkatkan tahap keyakinan diri, menaikkan semangat, ada pula yang mencari bagaimana untuk menjadi orang berjaya dan bermacam-macam lagi. Memang seronok membaca kisah-kisah motivasi ni. Selain boleh memotivasikan diri, ia juga memberitahu kita kronologi seseorang yang sudah berjaya.

Satu analogi mudah untuk menggambarkan kepada anda mengapa kita mencari motivasi.

Anda tahu tak getah paip, ala yang selalu digunakan untuk cuci kereta, siram pokok bunga dan kadang-kadang boleh untuk siram orang jugak. Hehe.. :)

Cuba anda buka pili air dan sambungkan getah paip itu tadi pada pili air.Kemudian pegang pada salah satu bahagian getah paip itu tadi? Lihat bagaimana bentuk aliran air tersebut?

Tentu sekali aliran air menjadi kurang lancar dan aliran air yang tersebut kecil . Kenapa? Kerana anda telah meletakkan’rintangan’ pada salah satu bahagian paip itu tadi. Betul tak?

Begitu juga dengan persoalan kita.

Kita mencari motivasi kerana sebenarnya kita ingin mengurangkan ‘rintangan’. Contoh ‘rintangan’ yang saya maksudkan ialah seperti perasaan mudah berputus-asa, kurang keyakinan diri,selalu termenung, berfikiran negatif dan sebagainya. (yang negatif-negatif)

Apabila kita dapat mengurangkan kadar ‘rintangan’ itu melalui motivasi, maka segala potensi yang ada dalam diri anda akan lebih mudah terpancar ( potensi anda adalah ibarat seperti aliran air).  Anda perlu tahu potensi anda kerana melalui potensi inilah anda membina kekuatan untuk berjaya.

Secara kesimpulannya, lebih banyak kadar ‘rintangan’ yang boleh anda kurangkan, maka lagi cepatlah potensi anda akan terpancar. Itulah sebenarnya mengapa kita perlu mencari motivasi - untuk mengurangkan ‘rintangan’ .

p.s: Thanks to Allan Says :)

Kenapa Kita Mencari Motivasi?

November 22, 2007 | Leave a Comment

Salam semua,

Saya memohon maaf kerana tak update blog ini sejak beberapa hari lepas. Saya sebenarnya terlalu sibuk dengan urusan di tempat kerja dan pada sebelah malamnya pula saya berusaha untuk menyiapkan ’sesuatu’ untuk susbscibers saya. Kalau nak tahu, kenalah jadi subsriber saya k…

Insyallah, saya akan membuat membuat sedikit ‘replacement’ untuk ebook 7 Pemikiran Orang Berjaya kepada satu ebook yang lebih ‘fresh’ dan khas untuk mereka yang newbie. ( Emm, entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya rajin pulak menulis. Hehe..)

Kepada subscibers MohdJohari.Com, anda akan mendapat akses direct dari saya nanti. Jangan risau. Semestinya anda perlu didahulukan daripada yang lain.

Berbalik kepada topik kita : Kenapa Kita Mencari Motivasi?

Pernah tak anda terfikir soalan di atas?

Orang-orang yang berjaya ialah golongan yang dilihat sentiasa bermotivasi tinggi setiap masa. Mereka perlu memastikan diri mereka begitu kerana, secara realitinya semakin tinggi tanggungjawab yang anda pikul, maka lagi besarlah cabaran yang bakal anda tempuhi. Dan, motivasi inilah yang membantu mereka untuk kekalkan momentum terhadap usaha yang mereka lakukan. - Ini cuma salah satu sebabnya sahaja tetapi ada lagi SATU sebab yang menjadi SEBAB UTAMA terhadap sebab-sebab yang lain.. :)

Kenapa kita mencari MOTIVASI? ;)

Esok saya akan beritahu anda..

Lagi Peluang Buat Duit Dengan Mudah

November 16, 2007 | 2 Comments

Huhu..

Sejak malam tadi saya masih lagi terasa teruja dengan produk baru keluaran Mr SmartZul kita. Mesti semua dah tahukan? Kepada yang belum tahu..produk tersebut adalah seperti gambar di bawah ini :

Ops..jangan sangka produk ini cuma ebook ok. Ianya lebih daripada itu sebenarnya. Saya akui masih ramai yang belum tahu macam mana nak upload/download menggunakan ftp. Yes, produk ini sepatutnya anda miliki.Wajib!

Tetapi, ada satu lagi “sistem” yang bakal anda perolehi jika anda mendapatkannya sekarang. Jika anda masih belum merasai pendapatan melalui internet, apa kata anda cuba produk ini. Pelaburannya murah iaitu cuma RM 20.00 sahaja.
Saya sudah mencuba “sistem” tersebut malam tadi dan anda perlu tahu perkara ini. Saya berjaya menyiapkan satu laman web yang lengkap dengan borang pengesahan bayaran hanya dalam masa 15 minit. Fuh..

Kebiasaannya, saya memerlukan hampir 3 hari nak siapkan satu laman web jualan yang lengkap.. ;)

Tak caya?

Boleh check kat sini : http://www.mohdjohari.com/ftpmudah

Kepada yang sudah membeli, saya ucapkan tahniah.Praktikkan ilmu yang anda perolehi dan lihat balance akaun bank anda bertambah-tambah :)

Perniagaan Internet

November 15, 2007 | 1 Comment

Apa yang anda bayangkan sebaik sahaja melihat tajuk di atas? Memiliki laman web yang menjana $$$ setiap masa, duduk bersenang-lenang, memiliki sistem 24/7 yang bekerja untuk anda, rumah mewah, kereta besar, handphone canggih dan sebagainya..

Namun, sedarkah anda hakikatnya yang sebenar?

Memang saya tidak nafikan, sudah ramai yang memiliki kehidupan seperti yang saya nyatakan di atas TETAPI hanya selepas mereka berusaha dengan gigih sebelumnya!

Saya ingin mengajak para pembaca menyelami sedikit apa itu sebenarnya perniagaan internet. Membina perniagaan internet tidaklah semudah yang disangka. Ya, saya cakap betul ni.

Kalau senang, takkan ramai yang masih tak boleh berjaya dalam perniagaan internet?

Kalau senang kenapa ramai yang masih bertanya guru-guru usahawan internet yang berjaya dan kalau senang kenapa perlu ada usahawan pakar seperti Irfan Khairi?

Cuba kita lihat HARGA sesebuah E-Kursus atau seminar perniagaan yang ada. Rata-rata harganya tidak akan kurang dari RM 200 malah ada yang sehingga beribu-ribu ringgit.

Itu tandanya, ilmu perniagaan internet mempunyai NILAI yang tinggi.

Ingat senang ker para usahawan mendedahkan rahsia kejayaan mereka free-free?

Kalau anda berjaya seperti mereka, pasti anda minta bayaran juga bukan? Kalau saya pun, kena charge juga.. ;)

Maafkan saya kerana artikel kali ini agak keras sedikit. Saya cuma terkilan dengan segelintir pihak yang asyik menuduh usahawan internet yang mereka anggap menipu untuk dapat income yang banyak. Malah,ada yang siap mengutuk-gutuk menghantar emel yang pada saya hanya merugikan mereka sendiri.

Video Panas : http://www.youtube.com/watch?v=ry7bqq7jxOo

Mereka ini sebenarnya terlalu NAIF. Kenapa saya berkata begitu?

Menuduh seseorang tanpa mengkaji dan mendalami ilmu adalah tindakan orang yang tidak bijak. Dek kerana skim-skim pelaburan haram yang mereka masuk tak mendatangkan hasil, kemudian nak salahkan usahawan yang benar-benar berniaga yang hakikatnya ada unsur JUAL BELI yang sah.

Kenapa mereka tak berani nak salahkan diri mereka sendiri? Peliklah..

Sebab itulah, dalam Islam sendiri ada menyebut menuntut ILMU adalah wajib dan melakukannya adalah salah satu daripada cara kita beribadah kepada-Nya. Tanpa ilmu, hidup tidak akan berubah ke arah yang lebih baik.

Allah mengurniakan akal fikiran supaya kita boleh menilai sesuatu itu baik atau buruk.Bagaimana untuk menilai? Itulah pentingnya ILMU yang anda pelajari. Gunakan ilmu yang anda ada untuk menilai dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Nasihat saya, tanamkan sikap rajin membaca sekurang-kurangnya satu buku seminggu.Kalau tak mampu, bermulalah dengan membaca artikel-artikel atau layari blog-blog yang berfaedah.

p.s: sekali lagi saya ingin memohon maaf jika saya ada tersalah bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa yang membaca artikel ini.

Adakah anda seorang yang produktif?

November 14, 2007 | Leave a Comment

Salam semua,

Ada satu kartun yang sangat sesuai dengan situasi sekarang iaitu peningkatan kesedaran terhadap peluang untuk berniaga melalui internet. Tapi, dalam usaha kita untuk membina “empayar” perniagaan kita, adakah anda pasti yang diri anda benar-benar produktif? Adakah setiap usaha anda menghadap PC dan melayari internet memberi impak kepada matlamat yang kita sendiri sasarkan? Apa pendapat anda…

Cipta Rahsia Kejayaan Anda

November 6, 2007 | 1 Comment

Pernahkah anda terfikir untuk berjaya untuk memiliki perniagaan sendiri? Pasti pernahkan?

Berapa pula besarnya impian yang anda mahu dalam hidup anda? Adakah usaha anda sekarang sedang menuju ke arah impian anda tadi.

Perlu diingat, cita-cita yang dibina TANPA disusuli dengan usaha yang konsisten dan juga strategi yang berkesan hanya akan jadi ANGAN-ANGAN sahaja.

Read more

Fikir apa yang anda boleh lakukan

November 4, 2007 | 1 Comment

Salam hujung minggu,

Biasanya saya jarang akan membuat post di hujung minggu. Entah kenapa hari ini saya berasa sedikit “down” dan saya pun tak tahu kenapa. Kemudian saya teringat dengan blog Adam Khoo , seorang pakar motivasi dari Singapura.

Beliau baru melancarkan satu blog yang bertajuk “Pattern Of Excellent”. Jadi terjumpalah saya dengan satu video ini di blog beliau. Sebaik saja saya selesai melihat video ini, perkara pertama yang saya fikirkan adalah untuk share kepada anda.

Nama insan istimewa ini ialah Nick Vujicic berasal dari Melbourne, Australia. Sejak lahir lagi, Nick tidak mempunyai tangan dan juga kaki. Namun begitu, beliau masih lagi mampu untuk memiliki ijazah walaupun dari kaca mata kita beliau banyak kekurangannya.

Beliau berpendapat bahawa, tentu ada sebab mengapa beliau dilahirkan begitu dan tidak pernah menyalahkan takdir di atas kekurangannya. Beliau hanya berusaha fokus dengan kelebihan lain yang ada dalam diri beliau.

Jadi, jika orang yang serba kekurangan lagi ini mampu berjaya, apa pula alasan kita untuk tidak mahu berjaya?