Mereka adalah golongan…
…sambungan dari post 23 November
Apa yang membezakan orang yang menikmati kejayaan daripada majoriti
adalah bergantung kepada cara seseorang melihat kegagalan dan tindakan
yang mereka lakukan ke atasnya.
Terdapat 3 golongan manusia:
Golongan 1 - Selalu memberi alasan, menyalahkan orang lain dan putus asa
Apa yang seseorang lakukan jika mereka gagal? Mereka akan mula memberikan banyak alasan,menyalahkan persekitaran atau orang lain dan akhirnya mereka berputus asa. Rasa-rasanya, selalu tak anda melihat keadaan ini?
Ayat yang sering dilafazkan oleh golongan ini, “aku tak layak lagi la”, “aku masih muda, enjoy la dulu”, “nantilah,bila aku ada duit baru aku setup bisnes”, ” saya tak ada nasib” dan sebagainya.
Rasa tak rendah diri dan kecewa, golongan ini akan berhenti untuk bertindak dan putus asa! Mereka akan membuat andaian yang misi dan goal mereka tidak akan dapat dicapai oleh mereka.
Golongan ini juga sering berkata, “saya dah cuba pelbagai cara, tapi masih lagi tak berjaya”. Pernah tak anda dengar ayat seperti ini? Adakah anda salah seorang daripadanya? Check it out.. ![]()
Golongan 2 - Sentiasa mencuba perkara yang sama berulang kali
Golongan ini mempunyai lebih kuat semangat berbanding dengan golongan pertama tadi. Apabila mereka tidak mendapat result seperti yang mereka mahu, mereka akan mencuba sekali lagi. Anggapan mereka, “mungkin aku belum berusaha dengan lebih kuat lagi, baiklah aku cuba sekali lagi”.Walaupun mereka gagal beberapa kali pun mereka akan terus mencuba
Adakah golongan ini akan berjaya. Bergantung. Jika mereka menetapkan matlamat yang kecil, mereka mungkin melihat peningkatan yang sedikit dari sebelumnya. Tetapi, apabila mereka meletakkan matlamat yang besar, jika masih menggunakan teknik “cuba dan cuba lagi” , mereka akan tidak berjaya. Kenapa?
Seperti yang Adam Khoo katakan dalam ebook beliau ” Master Your Mind Design Your
Destiny” - jika anda gagal dan mencuba lagi tanpa menukar strategi tindakan anda,
anda akan mendapat hasil yang sama.
Setuju dengan beliau?
Sebenarnya, terlalu ramai yang terjerumus dengan tindakan begini, termasuklah saya sendiri. Tapi, setelah menyedari kesilapan saya selama ini, saya mula sedar dan dapat melihat hasil usaha saya setelah saya meletakkan diri saya di golongan…
Golongan 3 - Lihat Kesan, Ubah Strategi dan Ambil Tindakan
Dalam setiap tindakan yang kita lakukan, ia akan menampakkan hasil sama ada hasil tersebut sama dengan dengan apa yang dihajati atau jauh daripada matlamat kita.
Golongan 3 ini tidak menganggap kegagalan itu sebagai titik noktah usaha mereka. Sebaliknya golongan ini melihat kegagalan sebagai kesan (feedback) dan merencana strategi baru dan bertindak dengan strategi tersebut. Mereka akan mengulangi teknik ini sehinggalah mereka berjaya mencapai matlamat mereka.
Satu kisah yang saya ingin kongsikan dengan anda. Kisah ini adalah antara pengalaman peribadi Adam Khoo dengan seorang ejen hartanah.
“..saya (Adam Khoo) pernah bekerja dengan seorang ejen hartanah yang memiliki perniagaan lapan tahun. Dia seorang yang rajin tetapi mempunyai semangat yang lemah untuk mencapai “top producer award” ( anda perlu capai $900,000/sebulan untuk dapat award ini). Saya bertanya kepada beliau, kenapa anda tidak mahu membuat matlamat untuk menjadi “top producer”?
Ejen tersebut menjawab, beliau telah melakukan segala yang terdaya dan mencuba beberapa kali tetapi hasil maksimum yang beliau perolehi cumalah sekitar $500,000.”
Ejen tersebut menambah, “saya tidak mempunyai nasib yang baik untuk mencapai matlamat seperti ejen yang telah berjaya mencapai award itu. Kemudian Adam Khoo bertanya, ” apakah strategi yang anda gunakan” . Ejen tersebut menjawab” saya telah cuba macam-macam cara.Saya sudah bergelumang dengan bidang ini selama 8 tahun, jangan cuba nak mengajar saya pula!”
Apa yang saya ingin kongsikan dari cerita di atas ialah, sebenarnya ejen tersebut telah
menggunakan strategi yang sama selama 8 tahun! Ini bermaksud, ejen tersebut hanya mempunyai “pengalaman setahun”, tetapi menggunakan strategi yang berusia 8 tahun!
Lihat bezanya?
Fikir-fikirkanlah…
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?

