Perjalanan Hidup Saya Sepanjang 2007

Salam semua,

Actually, post kali ini saya tak  merancang nak tulis tapi saye ter “inspired” selepas membaca post di satu blog pagi ini tadi. Jadi, saya pun menulis post ini secara spontan.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2007 dan bermulalah tahun baru 2008. Huhu, umur pun dah naik jugak kan? :)

Tahun 2007 pada saya adalah tahun yang banyak mengajar saya mengenali diri saya sendiri, melihat apa kelebihan dan juga kekurangan saya.

Saya memulakan tahun 2007 dengan mempelajari ilmu “The Secret”. Ya, saya tahu mungkin ada sesetengah daripada yang membaca post ini berasa was-was dengan ilmu ini.

Tapi, pada saya ia berkesan cuma saya mengubah sedikit caranya supaya sesuai dengan budaya dan agama kita. ( contohnya, dalam ilmu “The Secret” ada menyatakan kita perlu membuat ‘wish’ kepada universe, tapi saya ubah dengan berdoa kepada-Nya kerana Allah yang mencipta alam semesta ini bukannya jin atau alam ini sendiri ;) )

Setelah beberapa bulan saya menggunakan ilmu tersebut, saya dapat melihat hidup saya mula berubah. Dengan sifat saya yang suka berfikiran negatif, saya mula melihat kehidupan dalam perspektif yang lebih baik, menikmati kehidupan dan mempunyai ‘passion’ untuk mencapai cita-cita saya iaitu memiliki perniagaan internet saya sendiri.

Melihat kepada perubahan saya ini, saya terus ke hadapan untuk menambah ‘value’ ke dalam diri saya dengan membaca berpuluh-puluh buku motivasi, ebook-ebook mengenai perniagaan internet dan juga buku-buku mengenai financial.

Kiranya dalam tahun ini saya lebih banyak mengkaji ‘kesinambungan’ ilmu dan memahaminya satu persatu dengan membuat beberapa research dan “try and error”.

Semestinya hidup tak selalu indah. Saya pun ada mengalami beberapa ‘kegagalan sementara’ seperti jualan tak mencapai target, kena marah dengan customer, gangguan emosi ( sebab family tak faham apa yang saya buat ) , lemah semangat , duit habis kerana membeli ebook-ebook dan software yang merapu dan macam-macam lagi.

Pada saat itu, saya mula terfikir untuk putus asa, tetapi alangkah bertuahnya saya kerana saya mempunyai ‘inner voice’ yang positif. Sekali lagi, saya bangkit dan kali ini, saya menjadi lebih hati-hati dan rancang setiap tindakan yang saya buat. ( tak lah main redah jer lepas ni)

Pertengahan tahun 2007,  saya mula melihat hasil daripada usaha saya selama beberapa bulan sebelumnya ( walaupun tak la berapa nampak ). Saya mula mendapat ’sedikit rentak’ dalam usaha saya untuk mempraktikkan ilmu perniagaan. Jualan pun menampakkan hasil dan duit Adsense saya pun semakin bertambah sedikit demi sedikit. Huhu :)

Then, saya pun mula menyimpan duit sedikit demi sedikit kerana saya berazam untuk belajar directly dengan Patric Chan. Alhamdulillah, pada bulan November lepas saya berjaya mengikuti ecourse beliau. Melalui ecourse ini, saya ‘lebih nampak’ apa yang sebenarnya berlaku dalam perniagaan internet. Saya mendapat beberapa tips dari Patric bagaimana untuk berjaya sebagai usahawan. Tekniknya yang beliau berikan ’simple’ tapi memerlukan usaha dan komitmen yang sangat tinggi.

Kini, saya rasa lebih bersedia sedikit untuk menempuhi alam perniagaan, tapi saya tetap akan belajar sepanjang hayat saya. Perlu di ingat, setiap ilmu yang kita belajar hari ini tak semestinya boleh digunakan lagi dalam tempoh 4 hingga 10 tahun akan datang. That’s why we have to keep learning day by day ( salah satu sebab kenapa orang berjaya semakin berjaya ) .

:)

3 Responses to “Perjalanan Hidup Saya Sepanjang 2007”

  1. titan on December 27th, 2007 7:08 am

    Semoga lebih berjaya pada tahun hadapan. Tahniah!

  2. Johari on December 27th, 2007 9:26 am

    Insyallah Titan, saya harap awak pun sama-sama berjaya juga :)

  3. silentleo on January 6th, 2008 9:24 am

    Good luck. Hope the best for this year!!

Apa pendapat anda tentang artikel di atas?