Apa Perasaan Anda Jika…

February 24, 2008 | 1 Comment

…ahli keluarga atau rakan-rakan tidak memahami kerjaya online anda?

Saya amat tertarik dengan post Zul semalam. Selepas membaca post beliau, saya sangat bersetuju dengan point-point yang diberikan terutamanya mengenai keluarga dan sahabat yang ‘memandang rendah’ perniagaan online saya.

Saya akui saya masih lagi belum betul2 established dalam perniagaan internet ini. Jumlah pendapatan saya pun masih tak berapa konsisten tetapi saya tetap merasa puas kerana itulah saya mahukan.

Saya sedang berusaha membina perniagaan saya sendiri sehingga berjaya. Tetapi, ia bukanlah mudah bagi saya kerana, yelah pendapatan saya masih lagi tak berapa kuat nak ‘mensenyapkan’ kritikan dan pandangan sinis orang di sekeliling saya. Itulah cabaran yang paling kuat yang perlu dihadapi oleh seorang newbie seperti saya.

Dan apabila dikritik, semestinya kadang-kadang hati akan terasa, semangat menjadi lemah dan mula merasa malas untuk bertindak. Saya akui saya ada mengalami situasi seperti itu seperti anda.
Apa yang saya boleh lakukan adalah menenangkan hati saya terlebih dahulu. Sebabnya, jika hati tidak  tenang kita akan lebih mudah berfikiran negatif yang semestinya semakin melunturkan lagi semangat.

Bagaimana untuk mendapat ketenangan?

Pertama yang paling penting, dekatkan diri dengan Allah dengan banyakkan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara-perkara yang anda sukai seperti bersukan atau bermain PS2 ( kalau saya, saya pergi main futsal..hehe) .

Dalam tempoh itu, elakkan dari memikirkan masalah, kritikan dan perniagaan anda. Nikmati saat tersebut untuk diri anda sahaja. Enjoy yourself!

Insyallah, selepas anda melakukan aktiviti-aktiviti yang anda sukai, anda akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi hari-hari anda seterusnya.  :)

Luaskan Perspektif Anda

February 21, 2008 | Leave a Comment

Dalam sehari ada berapa kali anda membaca?Tidak kiralah sama ada anda membaca ebook, buku-buku ilmiah, artikel, blog dan sebagainya.

Tahukah anda pembacaan yang berulang terhadap setiap bahan bacaan akan memberikan anda perspektif yang berbeza-beza?

Perkara ini mungkin jarang berlaku jika anda membaca sesuatu yang bersifat fakta atau teori. Namun, ianya masih boleh dilakukan dengan sedikit fokus yang boleh anda berikan.

Ingat lagi tak tentang kisah epal yang jatuh dari pokoknya ? Sebelum itu, ramai yang melihat epal jatuh ke bawah. Tetapi, apabila Newton memikirkan secara serius, maka lahirlah hukum graviti. Dan seterusnya hukum ini masih lagi dikaji oleh ramai saintis sehingga kini.

Perspektif yang berbeza-beza ini sebenarnya lebih mudah berlaku apabila anda membaca bahan-bahan yang berbentuk cerita contohnya bahan-bahan cerita yang bersifat motivasi, peningkatan kendiri dan kisah-kisah orang yang berjaya.

Cuba baca ayat pendek di bawah :

” Orang biasa akan berhenti mencuba selepas mengalami kegagalan pertama ” - Thomas Edison

Jika anda membacanya sepintas lalu, anda akan dapat pemahaman pertama iaitu orang yang mencuba sekali dan gagal dikategorikan sebagai orang biasa jika dia berhenti mencuba.

Sekarang, cuba anda membacanya untuk kali kedua pula. Apa perspektif baru anda?

Mungkin:

1. Orang yang berjaya memerlukan lebih banyak kegagalan untuk berjaya. Atau..
2. Orang berjaya adalah orang yang sabar.

Anda boleh meneruskan senarai di atas mengikut pemahaman anda.

Lihat. Dengan hanya ayat pendek itu sahaja, ia memberikan banyak makna kepada anda dan setiap makna yang terhasil adalah melalui perspektif anda.

Begitu juga halnya apabila anda cuba memotivasikan diri anda. Membaca buku-buku motivasi adalah sangat digalakkan. Tetapi anda lebih digalakkan untuk membacanya berulang kali kerana perspektif anda akan semakin luas apabila melakukan proses pengulangan. Setiap pengulangan yang dilakukan akan memberikan anda ilmu yang baru yang berbeza-beza.

Sesuatu yang memberi makna akan lebih lama tersemat dalam diri berbanding sesuatu yang anda baca hanya seimbas sahaja. Meluaskan persepektif anda akan membenarkan potensi anda untuk mengetahui lebih banyak perkara yang belum anda tahu.

2 CheckOut, Clickbank atau Paypal?

February 19, 2008 | Leave a Comment

Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet oleh Zamri Nanyan

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatanpenerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet,terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal
menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

* Berapakah kos atau yuran yang perlu
dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?

* Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap
transaksi kad kredit?

* Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran
kad kredit ini mempunyai reputasi (track record)
yang baik.

* Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang
menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?

* Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?

* dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

* 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja
dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual
barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem
affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada
setiap nilai jualan dikenakan.

* ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95
sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia
mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan
servis mereka. Ebook “Missing Chapter” ada
membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem
affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga
menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD
daripada setiap nilai jualan dikenakan.

* PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh
mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam
kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan
kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama,
terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak
mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda
boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk
tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% +
$0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com
untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

================================================

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan
meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda
selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini
dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak
dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link
“Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk
menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Impian “John Rambo” Menjadi Kenyataan

February 11, 2008 | 1 Comment

Salah satu kisah bagaimana dengan memberi 100% komitmen akan memberikan anda hasil lumayan yang bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit semata-mata tetapi juga untuk kepuasan diri dan impian anda.

Pada masa sekarang, Sylvester Stallone adalah seorang pelakon Hollywood yang paling popular dan antara aktor yang mendapat bayaran tertinggi iaitu hampir US$20 juta untuk satu filem sahaja!

Pada pendapat anda, adakah beliau dilahirkan dengan anugerah atau memiliki nasib yang baik?

Mari kita sama-sama renungi kisah perjalanan beliau dalam menjadi seorang aktor yang  ternama sehingga kini.

Stallone memiliki keluarga yang sangat miskin sehinggakan Stallone dilahirkan oleh ibunya di pintu sekolah. Sejak kecil lagi , Stallone mengalami masalah pada mukanya yang akhirnya menyebabkan bahagian kanan mukanya menjadi cacat. Oleh sebab itu, Stallone terpaksa mengharungi hidupnya dengan pelbagai kekurangan tetapi beliau tetap mempunyai IMPIAN yang BESAR.

Impian beliau ialah untuk menjadi seorang pelakon dan menjadi ikon untuk memberi semangat dan inspirasi melalui filem-filem yang beliau lakonkan.

Langkah beliau bermula pada saat beliau memasuki kelas lakonan dan mula pergi untuk uji bakat. Walaubagaimanapun, dengan cara lakonannya yang kaku pada masa itu telah menyebabkan Stallone tidak diterima untuk menjadi pelakon. Namun, beliau tidak mudah berputus-asa. Beliau mengubah strategi dan mencubanya berkali-kali.

Malangnya, walaupun telah mencuba pelbagai strategi dan mencuba berkali-kali, impian Stallone masih juga tidak menjadi kenyataan. Sehinggakan isteri beliau menyarankan Stallone agar melupakan saja niat “bodoh” beliau untuk itu untuk menjadi pelakon dan pergi mencari kerja seperti orang lain.

Stallone mengalami hidup yang sangat tertekan yang memaksa beliau menjual anjingnya dengan harga $50 dan menggunakan duit itu untuk meneruskan hidup. Itu adalah saat paling menyedihkan dalam hidupnya kerana anjing beliau itulah yang menjadi teman sejatinya selama ini.

Pada satu hari, beliau melihat satu rancangan tinju antara juara tinju dunia, Muhammad Ali dengan Chuck Wepner, seorang peninju underdog yang semua orang fikir Muhammad Ali boleh kalahkan dalam masa tidak sampai pusingan ketiga. Tiada sesiapa pun menyangka keyakinan dan kesungguhan Chuck Wepner pada masa itu. Walaupun sudah melebihi pusingan ke-15, Wepner masih juga tidak mahu menyerah kalah.

Stallone teruja melihat kisah tersebut dan mendapat inspirasi melalui filem yang akan beliau akan tulis. Beliau mula menulis selama 84 jam tanpa henti sehingga skrip pertamanya itu siap. Beliau sangat gembira dengan hasilnya itu dan percaya skrip itu bakal merubah hidupnya. Nama manuskrip itu adalah “Rocky”.

Seperti biasa, tidak semua yang kita lakukan akan berjalan lancar dan sama seperti usaha baru Stallone kali ini. Beliau berusaha menjual skripnya di serata tempat namun tidak ada seorang pun yang meminati skrip beliau. Dan, seperti anda kenal watak ‘Rocky’, Stallone juga tidak mudah putus asa.

Pada suatu hari sebuah syarikat berminat untuk membeli skrip beliau dengan tawaran US$75,000 untuk skrip dan juga hak untuk membuat filem. Tawaran ini pastinya membuatkan Stallone gembira tetapi ingat, IMPIAN Stallone adalah untuk menjadi seorang pelakon bukan penulis!

Jadi, Stallone berbincang semula dengan syarikat tersebut. Beliau menambah syarat, beliau boleh menjual skrip tersebut tetapi watak utama untuk filem ‘Rocky’ mestilah diberikan kepadanya.

Lantas syarikat tersebut tidak bersetuju dan menyatakan beliau hanyalah seorang penulis bukannya pelakon. Stallone masih juga tidak berganjak dengan keputusan beliau dan enggan menjual skripnya jika beliau tidak diambil berlakon untuk filem itu. Syarikat tersebut kemudiannya menambah tawaran untuk skrip Stallone sehingga US$ 255,000 dan US$1 juta, tetapi Stallone masih juga yakin yang watak ‘Rocky’ dalam filem tersebut hanya layak dilakonkan olehnya dan bukan orang lain.

Akhirnya, syarikat tersebut bersetuju tetapi mereka meletakkan syarat filem tersebut hanya dibuat dengan budget kurang dari 1 juta dan Stallone hanya akan mendapat US$35,000 untuk upah penulisan dan lakonannya. Walaubagaimanapun, Stallone masih mendapat peratus keuntungan melalui royalti jika filem tersebut memberi pulangan kepada mereka. Stallone bersetuju dengan syarat tersebut tanpa berfikir panjang lagi.

Perkara pertama yang Stallone lakukan selepas mendapat wangnya adalah membeli semula anjing yang dijualnya dahulu. Beliau berjumpa dengan orang yang membeli anjingnya dan membuat tawaran US$100. Lelaki itu enggan menerima tawaran Stallone dengan alasan beliau tidak berminat dengan tawaran itu. Stallone menambah lagi tawarannya sehingga US$1000 namun lelaki itu masih juga enggan menjual anjing itu. Lelaki itu berkata “ tidak ada satu jumlah wang yang boleh membeli anjing ini daripada saya”.

Mungkin pada ketika ini, ramai yang akan mula berputus asa tetapi bukan Stallone. Beliau percaya dengan komitmen, beliau boleh mendapatkan apa sahaja yang beliau mahu. Akhirnya beliau menawarkan US$15,000 untuk membeli anjingnya. Stallone mendapat anjingnya semula . Beliau juga menambah tawarannya dengan memberi sebahagian watak untuk filemnya kepada lelaki itu.

Apabila filem ‘Rocky’ dilancarkan, jumlah keuntungan melalui filem itu mencecah US$171 million dan telah dinobatkan sebanyak 10 anugerah akademi termasuklah lakonan terbaik dan juga Oscar for Best Picture and Director.

Stallone dengan pantasnya melonjakkan nama sebagai aktor dalam kelasnya tersendiri. Beliau  menjadi sangat popular. Hasil daripada kejayaan ini, Stallone mendapat lebih banyak tawaran lakonan antaranya untuk filem First Blood, Rambo dan filem sekuel Rocky.

Stallone percaya, dengan memberi 100% komitmen, pasti ada jalan untuk mendapatkannya.

 

 

 

Ambil 100% Tanggungjawab Anda

February 4, 2008 | Leave a Comment

Dalam kebanyakkan sifat orang-orang berjaya, mengambil 100%  tanggungjawab adalah antara sifat ‘kejayaan’ mereka. Maksud di sini ialah, dalam setiap yang anda lakukan sama ada yang anda fikirkan, lakukan atau rancangkan, anda perlu bertanggungjawab di atas apa sahaja yang berlaku.

Sebagai contoh, sekiranya anda gagal, cuba ambil kegagalan tersebut sebagai tanggungjawab anda. Apabila anda mengambil kegagalan sebagai tanggungjawab , minda anda akan mula mencari cara atau idea bagaimana untuk mengatasi kegagalan dan menukarnya menjadi kejayaan. Anda juga akan menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah tanpa anda sedari!

Tetapi malangnya, ramai yang bertindak sebaliknya. Apabila mengalami kegagalan, mereka sering menyalahkan orang lain dan persekitaran mereka. Dan apabila anda menyalahkan orang lain, anda telah menghadkan kemampuan diri anda sendiri untuk mencari penyelesaian dan dalam jangka masa panjang pula, anda tidak akan menikmati kekayaan.

Di saat anda tidak mengambil 100% tanggungjawab tadi, maka anda tidak akan memiliki ‘tenaga’ untuk mengubah keadaan anda. Kegagalan untuk mengubah keadaan akan membawa seseorang untuk mengalami perasaan negatif dan akhirnya berputus asa.

Jadi, mulai sekarang ambil 100% tanggungjawab terhadap apa jua yang anda lakukan.  Insyallah, anda kan melihat perubahan pada diri anda. Dengan cara ini, ia secara tidak langsung akan membina jati diri anda supaya lebih kuat dan sentiasa bermotivasi.

7 Huruf Magik Adalah..

February 1, 2008 | 1 Comment

B-E-R-U-B-A-H

Inilah 7 huruf magik yang berkuasa yang saya maksudkan kepada anda.

Kenapa BERUBAH?

Mari kita kaji kenapa.

Manusia dilahirkan dengan gen  masing-masing. Setiap DNA  dipengaruhi oleh kedua ibu bapa mereka.

Yang paling menarik, setiap daripada kita sebenarnya dilahirkan dengan sama keupayaan, sumber dan sifat. Tidak ada apa yang kurangnya. Anda dengan saya sama sahaja ( tapi laki dan pompuan tu lain ceritanya pulak )

Apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah sifat atau perangai kita. Sifat atau perangai dipengaruhi oleh bagaimana kita dibesarkan, cara didikan kedua ibu bapa, pergaulan dengan rakan-rakan sebaya dan juga pengaruh persekitaran. Hasil daripada pengaruh inilah, kita memiliki sifat yang berbeza-beza.

Sebagai contoh saya sendiri. Saya merupakan seorang yang suka membaca. Tak kiralah membaca buku, majalah ataupun artikel. Tapi saya tak pula suka membaca komik. Hehe.

Saya suka membaca kerana sejak saya kecil, saya sering melihat bapa saya selalu membaca buku, menulis cerpen , sajak , mengarang puisi dan melukis. Jadi saya pun terikut-ikut sedikit dengan sifatnya itu.

Anda pun pasti ada sifat anda yang mirip dengan kedua ibu bapa dan juga rakan-rakan sebaya anda.

Point yang ingin saya kaitkan di sini adalah, apabila kita ingin berjaya, cara terbaik yang boleh kita lakukan untuk berjaya dalam masa singkat adalah dengan ‘meniru’ sifat dan perangai orang berjaya.Daripada situlah anda kena BERUBAH.

Saya paham, untuk berubah memang sukar. Anda ‘terpaksa’ mengorbankan rasa selesa anda untuk mencuba ‘zon’ baru yang anda perlu sesuaikan dengan anda. Contoh, jika sebelum ini anda jenis malas nak menulis di blog, tetapi anda tahu jika anda tidak menulis, anda tidak dapat mengekalkan jumlah pelawat yang melawat blog anda. Mahu atau tak, anda terpaksa juga menulis walaupun hati anda berkata malas. Tapi jika anda lakukannya dengan kerap, anda pasti akan mencapai satu tahap di mana anda seronok melakukkannya dan rasa ‘terpaksa’ tadi hilang.

BERUBAH memang akan melalui saat begitu. Tapi ia adalah HANYA bersifat sementara. 

Saya ingin ceritakan kisah saya sendiri bagaimana dengan BERUBAH, saya kini yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris di khalayak ramai walaupun ada banyak masalah grammar. Hehe.

Saya merupakan seorang pelajar yang tak suka bahasa inggeris. Yelah, kalau dulu kita lihat orang yang cakap inggeris ni rupanya macam mengada-ngada dan tunjuk terer. Tambahan pula masa MUET exam, saya dapat band 3 jer.

Apabila saya tamat pengajian dan grade dalam IT, saya mula mencari pekerjaan. Malangnya, setiap perkerjaan yang saya pohon memerlukan saya bercakap dalam bahasa inggeris. Aduh, payahnya nak cari kerja macam ni kan? Mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang sama seperti saya.

Setelah hampir 3 bulan mencari, saya masih juga tidak mendapat kerja. Saya muhasabah diri kenapa saya tidak mendapat kerja. Saya duduk dalam bilik dan mengambil kertas dan pen. Saya menulis semua kelebihan saya rasakan ada dalam diri saya. Kemudian saya listkan pula kelemahan-kelemahan yang saya nampak dalam diri saya.

Dalam banyak-banyak kelemahan itu, saya ingin mengubah kelemahan berbahasa inggeris saya.

Walaupun saya tahu saya tak menyukainya, tetapi saya cuba paksa diri untuk belajar. Sejak hari itu, saya membaca buku-buku dan surat khabar dalam bahasa inggeris. Kalau melihat movie pula, saya akan cari yang tak ada subtitle dan amati percakapan pelakon-pelakon yang berbahasa inggeris.

Pada awal bulan Februari 2007, saya dijemput untukmenghadiri  interview di salah sebuah syarikat corporat yang sangat esteblished. Paham-paham je lah kan, kalau sesebuah syarikat established, pekerja mereka pun berkualiti dan semestinya mahir berbahasa inggeris.

Pada saat interview, saya beranikan diri saya bercakap dalam bahasa inggeris. Saya buat sehabis baik yang saya mampu. Pada saya, bukan kerja tersebut menjadi fokus utama tapi pengalaman bercakap bahasa inggeris itulah penting buat saya.

Selang beberapa minggu, saya telah dihubungi oleh HR syarikat itu dan ditawarkan bekerja di syarikat tersebut. Alangkah gembiranya saya apabila ‘pelaburan’ saya sebelum ini untuk memberanikan diri berbahasa inggeris memberi impak yang besar kepada saya. Secara tidak langsung motivasi saya pun meningkat .

Kini saya tak lagi segan untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Memanglah masih ada kesalahan tapi apa yang paling penting, the next person yang kita cakap itu faham apa yang kita maksudkan. Bukankah itu yang lebih penting?

Itulah pengalaman saya bagaimana dengan MENGUBAH diri saya , saya dapat mengubah persekitaran dan juga kehidupan saya.

Nasihat saya, jangan fikir anda boleh mengubah persekitaran anda begitu sahaja. UBAH diri anda terlebih dahulu dan persekitaran turut berubah mengikut perubahan yang anda lakukan.