Bagaimana Menjana Duit Online

March 10, 2008 | 3 Comments

Opps…ini bukan skim cepat kaya atau yang sewaktu dengannya.

Oleh kerana saya masih melihat ramai yang ingin menjana duit online tetapi tidak tahu bagaimana nak mula, saya ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana untuk menjana duit secara online.

Ada bermacam-macam cara boleh anda gunakan untuk menjana wang secara online sebenarnya. Tetapi apa yang lebih penting, anda perlu mengetahui konsepnya supaya anda tidak mengalami ‘kerugian’ masa dan wang yang banyak seperti saya mula-mula dahulu. Huhu..

Jum kita mulakan.

Pertama, anda perlu ada akaun di Maybank2u atau CIMB dan juga akaun Paypal. Anda perlu mempunyai akaun di atas kerana itu adalah ‘merchant’ yang bakal anda gunakan untuk menerima wang secara online. Kalau tak tahu bagaimana nak buka akaun Paypal, boleh merujuk kepada website Malaysiapal.com . Ingat, at least anda kena ada akaun Maybank ( untuk terima wang bagi pasaran tempatan) dan Paypal ( untuk pasaran antarabangsa).

Setelah ada akaun-akaun di atas, kini kita mulakan langkah yang kedua. Mencari peluang menjana wang secara online.

Bagi yang  masih lagi newbie, saya sarankan anda join forum-forum seperti wangcyber.com dan forums.digitalpoint.com . Tujuannya untuk melihat apa yang boleh anda lakukan untuk membuat duit online pertama anda. So, pada waktu ini anda kena jadi ’spy’ skit. Lihat apakah tawaran-tawaran, servis dan cara-cara ahli forum menjual di forum. Luangkan lebih masa memerhati pada sub-forum seperti ‘Pengiklanan dan Pemasaran’ atau ‘Buy,Sell and Trade’. Kaji bagaimana mereka melakukan servis dan tawaran mereka dan catatkan untuk rujukan anda nanti.

Langkah ketiga, setelah anda berjaya ‘track’ sesuatu sistem yang dapat menjana wang  melalui pemerhatian tadi, kini tiba masa anda untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan anda. Jangan takut untuk mulakannya kerana kalau anda tak mula macam mana anda nak tahu ianya berkesan ataupun tidak. “Progress is more important than perfection”

Rancang dahulu apa yang ingin anda lakukan di atas kertas  dan lihat ‘flow’ plan perniagaan anda. Tak perlulah detail sangat. Cukuplah sekadar ia dapat memberikan anda gambaran kasar apakah proses-proses yang bakal terlibat di dalam usaha anda nanti. Jika ada bahagian yang anda masih ‘blur’ pergi semula ke forum dan cari maklumat yang berkaitan.

Tips utama ,  berikan servis dan tawaran yang terbaik yang anda boleh buat. Ini kerana, perniagaan adalah satu proses ‘mencipta nilai’ terhadap sesuatu. So, sentiasa cuba berikan nilai yang terbaik kepada pelanggan anda. Insyallah, hasilnya nanti pasti mengembirakan anda. :)

Melancarkan Produk Anda Seperti Virus

March 3, 2008 | 2 Comments

Sepanjang minggu lalu saya banyak menghabiskan masa saya membelek-belek emel-emel di dalam inbox saya. Tujuan saya adalah untuk mempelajari sesuatu bagaimana sesuatu produk dilancarkan.Mungkin ramai yang melanggan newsletter dengan IM luar negara. Perasan tak anda mereka menggunakan teknik pemasaran yang sama untuk melancarkan produk terbaru mereka.

Satu teknik yang saya lihat adalah, mereka menggunakan sebaik mungkin list yang mereka miliki.

Contohnya, apabila Gobala Krishnan (local IM) membuat pelancaran produk, anda juga akan menerima emel promosi dari rakan-rakan JV-nya ( Edmund Loh, Vince Tan, Melvin Ng). Rakan-rakannya punya menyebarkan melalui list mereka masing-masing dan proses ini akan berterusan dengan cepat dalam tempoh pelancaran tersebut.

Di sini kita dapat melihat, proses penyampaian maklumat pelancaran produk terbaru berlaku seperti virus yang merebak.

Jadi tidak mustahil mereka boleh mencapai pendapatan sehingga 5 - 6 angka hanya dalam tempoh 24 jam. Jadi , apakah yang perlu anda lakukan untuk mencapai ke tahap ini?

1. Membina seberapa besar list yang anda boleh

2. Membina hubungan baik dengan list - emel secara berhemah, bukan asyik promosi sahaja.

3. Utamakan list dalam apa jua pelancaran produk atau projek terbaru - mereka akan  rasa anda mengutamakan mereka.

4. Melakukan JV dengan list anda dengan menawarkan pakej-pakej bonus atau payment plan ( kalau produk anda mahal)

5. Ber-JV dengan IM yang berkaliber - inilah “masterkey” sebenarnya

Itulah antara beberapa tips yang saya perolehi melalui pembacaan dan mengkaji secara langsung setiap pelancaran produk yang berlaku. Teknik ini bukanlah baru tetapi jika anda bijak, anda boleh membuat sedikit “twist” untuk menjadikannya unik dan trademark anda.