Melancarkan Produk Anda Seperti Virus
Sepanjang minggu lalu saya banyak menghabiskan masa saya membelek-belek emel-emel di dalam inbox saya. Tujuan saya adalah untuk mempelajari sesuatu bagaimana sesuatu produk dilancarkan.Mungkin ramai yang melanggan newsletter dengan IM luar negara. Perasan tak anda mereka menggunakan teknik pemasaran yang sama untuk melancarkan produk terbaru mereka.
Satu teknik yang saya lihat adalah, mereka menggunakan sebaik mungkin list yang mereka miliki.
Contohnya, apabila Gobala Krishnan (local IM) membuat pelancaran produk, anda juga akan menerima emel promosi dari rakan-rakan JV-nya ( Edmund Loh, Vince Tan, Melvin Ng). Rakan-rakannya punya menyebarkan melalui list mereka masing-masing dan proses ini akan berterusan dengan cepat dalam tempoh pelancaran tersebut.
Di sini kita dapat melihat, proses penyampaian maklumat pelancaran produk terbaru berlaku seperti virus yang merebak.
Jadi tidak mustahil mereka boleh mencapai pendapatan sehingga 5 - 6 angka hanya dalam tempoh 24 jam. Jadi , apakah yang perlu anda lakukan untuk mencapai ke tahap ini?
1. Membina seberapa besar list yang anda boleh
2. Membina hubungan baik dengan list - emel secara berhemah, bukan asyik promosi sahaja.
3. Utamakan list dalam apa jua pelancaran produk atau projek terbaru - mereka akanĀ rasa anda mengutamakan mereka.
4. Melakukan JV dengan list anda dengan menawarkan pakej-pakej bonus atau payment plan ( kalau produk anda mahal)
5. Ber-JV dengan IM yang berkaliber - inilah “masterkey” sebenarnya
Itulah antara beberapa tips yang saya perolehi melalui pembacaan dan mengkaji secara langsung setiap pelancaran produk yang berlaku. Teknik ini bukanlah baru tetapi jika anda bijak, anda boleh membuat sedikit “twist” untuk menjadikannya unik dan trademark anda.
2 Responses to “Melancarkan Produk Anda Seperti Virus”
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?


ehm..memang virus sekarang. sampai pening aku nak beli atau tak. tapi selalunya aku tak beli sebab aku tahu aku boleh dapatkan info itu sendiri.
so far, promosi dan list tak dapat dipisahkan. huhu..
betul tu titan..
promosi dan list memang menjadi ‘kunci’ kejayaan pelancaran sesuatu produk dan juga untuk masa panjang.