Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman

May 19, 2008 | Leave a Comment

“Senyuman membantu peribadi anda, menjadikan anda lebih baik dan anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuknya”

Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan wang. Jika hati anda berduka, keadaan persekitaran tidak menyebelahi anda, atau dimarahi oleh bos - wang bukanlah sesuatu yang dapat membantu anda. Oleh itu, mari kita mulakan minggu ini dengan satu aktiviti mudah iaitu SENYUM. :)

Biasanya kita sering menguntum senyuman apabila berada di hadapan kamera. Tak kira lah anda hensem ke, tak hensem ke, cantik ke, kurus ataupun gemuk..setiap kali anda senyum kepada seseorang pasti ia akan melahirkan satu perasaan yang boleh menenangkan anda. Saya tak dapat nak explain macam mana. Anda kenalah buat dan rasa sendiri. :)

Mengikut satu kajian saintifik, ketika anda senyum anda sebenarnya hanya menggunakan sedikit otot-otot di muka jika dibandingkan dengan penggunaan otot untuk bermasam muka. ( kalau tak silap saya 80 otot digunakan untuk proses bermasam muka ni ) ;) Haha..kalau nak awet muda..kenalah kurangkan masam-masam muka ni kan.

Bercerita tentang senyum ni teringat pula kisah ketika saya belajar dahulu. Saya tinggal serumah dengan rakan saya yang berbangsa Cina. Kawan saya ni memang senang menguntum senyuman. Walaupun dalam keadaan tertekan ( beliau bekerja sambil belajar ) beliau tetap senyum. Malah, beliau juga jenis ringan tulang dan suka menolong orang yang dalam kesusahan walaupun kadang-kadang saya fikir beliau lebih layak menerima pertolongan dari memberi pertolongan.

Pada suatu hari saya bertanya dengannya ” Bagaimana awak boleh senyum setiap masa walaupun awak selalu dalam keadaan tertekan ?( biasalah time student kekurangan wang pasti menjadi masalah utama).

Beliau menjawab ” Senyum tidak memerlukan saya mengeluarkan wang, malah dengan senyuman, saya dapat merasai ketenangan” jawabnya seraya tersenyum.

Kekuatan sebenar

May 15, 2008 | Leave a Comment

“Tiada sesiapa yang berjaya menunggang seekor kuda jika kuda menemui kekuatannya yang sebenarnya. Manusia juga demikian “

Kuda adalah sejenis makhluk Allah yang besar dan lebih kuat daripada manusia, tetapi ia mudah mematuhi perintah manusia berikan. Kelihatan seperti tidak logik seekor haiwan yang besar lagi kuat membenarkan dirinya dikuasai oleh manusia dan manusia sebaliknya telah berjaya menggunakan akal untuk menguasai dunia haiwan.

Anda boleh menggunakan kuasa yang sama untuk membenarkan perkara-perkara positif berlaku dalam hidup anda. Minda yang positif membenarkan anda menguasai sumber kekuatan yang hebat dalam diri anda, yang selama ini terpendam begitu sahaja.

Dengan menguasai minda positif ini, anda boleh menyelesaikan banyak perkara yang sebelum ini kelihatan seperti mustahil untuk dilaksanakan atau diselesaikan. Think POSITIVE!

Kejayaan…

May 14, 2008 | Leave a Comment

KEJAYAAN bermaksud banyak perkara yang POSITIF DAN INDAH. Kejayaan bermaksud keuntungan peribadi seperti rumah yang cantik, peluang untuk bercuti, membeli barangan baru, tahap kewangan yang kukuh serta berupaya memberikan kemudahan yang maksimum untuk diri dan juga anak-anak anda (jika anda sudah berkeluarga).

Kejayaan bermaksud untuk dikagumi. Kejayaan juga bermaksud kebebasan - bebas dari kebimbangan, ketakutan dan kekecewaan mahupun kegagalan.

Kejayaan bermaksud hormat diri, sentiasa menemui kebahagaian dan kepuasan sebenar dari kehidupan dan berupaya melakukan yang terbaik kepada orang yang sentiasa mengharap pada anda.

Kejayaan bermaksud kemenangan.

Kejayaan –> Pencapaian - adalah cita-cita kehidupan!

Setiap manusia inginkan kejayaan. Setiap orang mahukan yang terbaik dari kehidupan mereka. Tidak ada sesiapa mahukan kesukaran dan hidup dalam kesederhanaan. Tidak ada sesiapa mahu berada di kelas kedua dan mengharungi hidup itu sepanjang hayat.

Ramai yang masih ragu-ragu bahawa formula utama dalam usaha mengecapi kejayaan adalah rasa KEPERCAYAAN (belief). Adakah anda percaya anda boleh berjaya? Adakah anda betul-betul percaya anda mampu lakukan? Sekiranya ada sejuta rintangan, sanggup kah anda menempuhinya?

Kita sering disuap dengan cerita-cerita kejayaan. Memang kita sangat suka melihat kejayaan seseorang dalam pelbagai aspek. Tapi amat jarang kita mendengar bagaimana seseorang itu berjaya. Apakah strategi yang mereka gunakan, bentuk pemikiran, cara menangani masalah dan bermacam-macam lagi kunci yang membantu mereka untuk berjaya.

Apa yang kita lihat hanya, perubahan keadaan iaitu sebelum berjaya dan juga selepas berjaya. Sebenarnya, formula kejayaan terletak pada perkara-perkara yang berada di tengah-tengah - sebelum berjaya dan selepas berjaya. Kenapa?

Kejayaan itu bukan satu destinasi tetapi adalah sesuatu perjalanan. Perjalanan yang anda akan membuatkan anda berasa puas selepas meningkatkan nilai dalam diri anda. Apabila anda berjaya, anda akan mahu lebih berjaya dari peringkat anda sekarang. Sebab itulah kejayaan adalah satu perjalanan dan bukannya satu destinasi.

Pursuit Your Happyness

May 10, 2008 | 1 Comment

Bagaimana mengawal minda anda?

May 5, 2008 | 1 Comment

Neuro Linguistic Program merupakan satu teknik yang digunakan untuk mem’program’kan semula pemikiran dengan mengukuhkan tahap kepercayaan kita terhadap sesuatu. Berdasarkan teknik ini, setiap yang kita fikirkan sebenarnya dipengaruhi oleh tahap emosi yang anda rasai ketika itu.

Dalam ilmu Law Of Attraction pula, para penyelidik telah merumuskan bahawa setiap apa yang kita fikirkan sekarang akan menjadi masa depan kita. Oleh itu, dengan mengawal apa yang kita fikirkan sekarang , kita boleh menentukan masa depan yang kita mahukan dalam kehidupan kita. ( jangan lupa untuk berusaha juga ;) )

Persoalannya, adakah anda mampu mengawal pemikiran anda setiap hari?

Mengikut kajian saintifik, manusia mampu berfikir sebanyak 60 billion perkara setiap hari. Cuba anda bayangkan berapa banyak tenaga yang anda perlukan untuk mengawal pemikiran sebanyak itu? Tentu amat meletihkan…

Oleh yang demikian, terdapat satu cara bagaimana anda boleh mengawal pemikiran anda dengan lebih mudah.

Cara tersebut adalah dengan mengawal tahap emosi anda. Emosi sangat berkait rapat dengan tahap pemikiran. Emosi juga boleh dijadikan sebagai ‘benchmark’ untuk melihat keadaan atau ‘state’ fikiran kita sama ada dalam keadaan positif ataupun negatif.

Anda boleh mencubanya sendiri. Jika anda berfikiran positif, apakah keadaan emosi anda ketika itu dan bila anda berfikiran negatif pula, apakah tahap emosi yang anda alami waktu itu.

Bagaimana pula untuk mengawal emosi?

Banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengawal emosi. Salah satu teknik yang selalu digunakan ramai adalah dengan melakukan perkara yang disukai seperti mendengar muzik.

Selain itu, anda juga boleh bersukan atau melakukan sedikit senaman.Pergerakkan anggota badan juga boleh mempengaruhi keadaan emosi kita.

Melalui pembacaan saya, apabila kita bersenam, kita sebenarnya menghasilkan satu enzim yang boleh meransang tubuh badan untuk berasa lebih tenang dan yakin.

Anda tidak percaya? Ok…mari kita buat sedikit pemerhatian. Cuba kita lihat orang yang sedang mengalami perasaan sedih.

Bagaimanakah bentuk postur badan mereka seperti cara duduk, raut wajah dan intonasi mereka ketika bercakap.

Sebenarnya, keadaan-keadaan ini adalah indikator yang terbaik yang boleh anda gunakan untuk mengetahui tahap fikiran seseorang sama ada mereka dalam keadaan positif ataupun negatif.