Kisah Seekor Panda Nak Belajar Kung-fu

Po adalah seekor panda yang sangat menyukai seni kung-fu sehingga beliau terbawa-bawa kisah-kisah kungfu di dalam mimpinya. Malah, dia juga terlalu taksub dengan master-master kungfu yang tinggal di kawasan pergunungan berhampiran dengan tempat tinggalnya dan memilki koleksi peribadi setiap master kungfu yang menjadi idolanya.
Pada satu hari, akademi kungfu tersebut mengadakan satu majlis untuk memilih seorang ‘Wira Naga’ bagi melindungi keselamatan kampung dan juga menghalang ancaman Tai Lung ( seekor harimau warna kelabu yang mengkhianati akademi kungfu tersebut demi mencapai impiannya untuk mencuri scroll rahsia Wira Naga).
Dalam mas pemilihan itu, Master Uguay ( seekor kura-kura yang penuh karisma) telah memilih Po, seekor panda yang gemuk yang langsung tidak menampakkan potensinya untuk layak bergelar seorang wira. Malah,lima orang anak didik Master Sifu pun tak yakin yang Po layak menjadi Wira Naga. Yelah, asas kungfu pun tak ada, macam mana nak jadi wira kan?
Tetapi, setelah menghadapi pelbagai rintangan dan takut dengan ancaman Tai Lung yang terlepas dari tahanan, Master Sifu terpaksa menerima hakikat yang Poo adalah Wira Naga yang dicari selama ini.
Dengan hanya berbekalkan “kepercayaan” , Master Sifu mendidik Po dengan seni kungfu di satu tempat belajar kungfu yang terpencil . Dalam tempoh pembelajaran itu, Master Sifu telah nampak “sesuatu” yang sangat istimewa dalam diri Po.
Dalam tak sedar, Po berjaya menguasai seni kungfu hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Master Sifu sangat terkejut dengan kebolehan Po dan mula berasa yakin dengan Master Uguay yang Po adalah Wira Naga yang dicari selama ini.
Maka, tiba masanya untuk Master Sifu menyerahkan satu ‘scroll’ yang hanya boleh dibaca oleh seseorang yang ditabalkan sebagai Wira Naga. Scroll tersebut sangat ISTIMEWA sehingga Master Sifu itu sendiri pun tidak boleh membaca apa yang terkandung dalam scroll itu.
Dengan memiliki dan membaca ‘scroll’ itu, seseorang itu bakal mempunyai kemahiran kungfu yang luar biasa hingga tiada yang dapat menandinginya. Oleh kerana itu, ia hanya dikhaskan kepada seseorang yang bergelar Wira Naga dan sebab itu jugalah kenapa Tai Lung beria-ia ingin memilikinya.
Scroll tersebut diserahkan kepada Po dan beliau pun disuruh Master Sifu membaca kandungan scroll tersebut. Alangkah terkejutnya Po kerana sebenarnya tiada apa-apa pun yang tertulis pada scroll itu!
Master Sifu pun terpinga-pinga kenapa boleh jadi begini dan memikirkan apa yang dimaksudkan cuba dimaksudkan oleh scroll itu. Po akhirnya berasa rendah diri dan kembali ke kampung halamannya untuk membawa orang-orang kampung berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum Tai Lung datang merosakkan kampung dan membunuh penduduk-penduduk di situ.
Pada masa Po berjalan bersama ayahnya, ayahnya ingin memberi tahu Po apakah rahsia ramuan sup mee ayahnya yang membuatkan ramai orang menyukai resepi beliau.
Ayah Po menyatakan kepadanya bahawa sebenarnya tiada RAHSIA pun dalam resepinya itu. Malah, sup mee yang dihasilkannya adalah sama sahaja dengan sup mee yang dihasilkan oleh orang lain. Po masih tidak percaya dan bertanya ” Jika sup mee ayah tiada ramuan istimewa, jadi apa yang membuatkannya istimewa pada orang lain?”
Ayahnya menjawab ” Anda hanya perlu percaya sesuatu itu istimewa untuk membuatkannya istimewa” . Po seperti cuba memahami maksud ayahnya dan melihat scroll yang dipegangnya. Apabila beliau membuka scroll itu semula, Po nampak wajahnya terpantul pada kertas scroll itu. Poo tersenyum dan dapat memahami rahsia yang terkandung di dalam scroll yang kosong itu.
Cuba anda cari apakah rahsia itu dan apakah pelajaran yang dapat anda pelajari dari cerita di atas ?
One Response to “Kisah Seekor Panda Nak Belajar Kung-fu”
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?


SALAM JOHARI….
BAGI SAYA RAHSIA DALAM CERITA DIATAS ADA LAH PERCAYA PADA KEBOLEHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG ADA DALAM DIRI KITA…SO FAR IF KITA TAK PERCAYA PADA DIRI KITA…MACAM MANE ORANG NAK PERCAYA KAT KITA KAN….
PANDA TU RASANYA TAK MUDAH PUTUS ASA DALAM APA YANG DIA BUAT…TU YANG SAYA RASA DIA BOLEH CAPAI APA YANG DIA NAK…
BERSIFAT TERBUKA…SBB SAYA RASA APA JE ORANG KUTUK TTG DIA…DIA BUAT TAK TAU JE…DIA PEKAK KAN TELINGA…PENAH DGR CITA KATAK YG PEKAK TAK? SAYA SUKA BACA CITA TU….TAK PAYAH DGR APA ORANG CAKAP…YG PERNTING KITA TAU APA YANG KITA NAK CAPAI…