Laporan Percuma Dari Saya

July 21, 2008 | 4 Comments

Salam sejahtera

Alhamdulillah, akhirnya siap juga laporan ini seperti yang saya janjikan kepada anda semua. Saya memohon maaf kerana membiarkan anda menunggu lama kemunculan laporan ini.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan daripada laporan ini.

Saya juga amat mengalu-alukan komen-komen daripada anda semua.

Insyallah, daripada komen anda nanti saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya dari semasa ke semasa.

Jadi, tanpa membuang masa anda lagi, saya ingin mempersilakan anda untuk download laporan ini dengan meng-klik image di bawah.

Laporan Percuma Clickbank

Selamat mendownload! :)

- Johari

Artikel Yang Mengingatkan Saya

July 15, 2008 | 1 Comment

Untuk mereka yang baru mengenali peluang serta kelebihan melalui perniagaan internet, pasti akan teruja sama seperti saya pada suatu ketika dahulu. Jujurnya, pada waktu itu saya memang terlalu taksub dan yakin bahawa perniagaan internet itu senang dan untungnya berganda-ganda. Anda tentu tahu perasaannya bagaimana kan? ;)

Namun apabila saya mula melakukannya sendiri, ia sebenarnya tidaklah sesenang yang disangka saya. Saya tetap perlu juga berusaha dan mengeluarkan sedikit modal ( sekurang-kurangnya untuk membeli domain+hosting - paling kurang pun kena ada RM100 - RM300).

Pada waktu itu, saya mulai sedar maksud ’senang’ yang dikatakan oleh pakar-pakar IM. ‘Senang’ pada maksud mereka yang saya fahami adalah setiap teknik yang diajar boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (asalkan ada keinginan + sanggup belajar) . Tapi ia bukanlah ‘mudah’ kerana memerlukan anda konsisten dengan usaha anda. Bagaimana untuk konsisten? Cuba anda fahami artikel yang ditulis oleh SaifulSham di sini –> Saya Misti Pilih

Saya yakin anda misti pernah mengalami kesulitan sebegitu kan? Saya pun sama seperti anda :)

Sama-samalah kita fikirkan..

============================================

p.s: Artikel mengenai cara buat duit dari clickbank terpaksa saya tangguhkan dahulu. Pada mulanya saya nak letakkan sebagai artikel tetapi panjang sangat la pulak jadinya. Langkah terbaiknya ialah saya menyediakannya dalam satu bentuk laporan pendek untuk anda. Jangan risau, ianya masih percuma. Dijamin. Direct download jer.. :)

============================================

Cara Mengelak Rugi Besar Dalam Perniagaan

July 10, 2008 | 1 Comment

Menjual produk yang terlaris di pasaran menjadi impian setiap usahawan mahupun peniaga. Seperti yang anda tahu, peniaga atau usahawan merupakan golongan yang berupaya memenuhi permintaan masyarakat di sekitarnya. Dengan ayat mudahnya, mereka adalah penyelesai kepada setiap masalah.

Perniagaan internet turut menggunakan konsep yang sama. Anda mungkin pernah melihat dan tertanya-tanya kenapa sesuatu produk itu berjaya dan gagal pada waktu pelancarannya. Apabila dikaji, keadaan ini sebenarnya dipengaruhi oleh kebolehan anda untuk mengenalpasti potensi pasaran dan memenuhi kehendak pengguna.

Bagaimanakah untuk melihat potensi sekaligus memenuhi kehendak pengguna?

Mudah sahaja. Lakukanlah survey!

Apakah tujuan survey dilakukan dan mengapa?

  1. Bagi mengenalpasti masalah pengguna - ingat! masalah adalah peluang bisnes bagi para peniaga.
  2. Cuba menyelami masalah pengguna dan meminta feedback mengenai kualiti sesuatu produk - ini bertujuan untuk menghasilkan produk yang lebih sempurna.
  3. Untuk meningkatkan reputasi. Dengan melakukan survey, ia mengambarkan anda seorang yang bersedia menerima pendapat dan mengambil berat terhadap kualiti yang anda berikan kepada pengguna. Anda juga akan mendapat kepercayaan pengguna dan ini akan pastinya memudahkan anda untuk menjual produk-produk anda yang lain pada masa akan datang.
  4. Dapat menghasilkan produk yang laris kerana anda sudah pun mempunyai permintaan yang tinggi terhadap produk anda melalui indicator survey yang telah anda lakukan.

Jadi, apakah medium atau tools yang dapat digunakan untuk menjalankan survey ini secara online?

Terdapat satu skrip PHP mudah yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan borang survey seperti di atas.

Produk tersebut adalah Sistem EzSurvey.

Kelebihan menggunakan skrip ini adalah anda tidak perlu bersusah-payah untuk menyediakan database bagi menyimpan segala maklumat survey seperti sistem survey yang lain. Apa yang anda perlu hanyalah satu alamat emel ( Google,Yahoo atau Hotmail) untuk menerima survey yang bakal anda terima. Setiap borang yang dihantar oleh pengirim survey akan dihantar terus ke emel yang telah anda tetapkan.

Kaedah meng-install skrip ini juga sangat mudah. Saya jamin anda boleh lakukannya walaupun ini kali pertama anda melihat skrip php.Ia semudah A-B-C . Anda boleh melihat contohnya di sini Sample EzSurvey

Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan skrip tersebut melalui link di bawah. Ingat. Lakukan survey dahulu sebelum anda menghasilkan produk jika anda tidak mahu rugi besar. ;)

Dapatkan Sistem EzSurvey Sekarang!

Artikel Akan Datang : Bagaimana Menggunakan Clickbank Untuk Menjana Pendapatan Lumayan