Artikel Yang Mengingatkan Saya

Untuk mereka yang baru mengenali peluang serta kelebihan melalui perniagaan internet, pasti akan teruja sama seperti saya pada suatu ketika dahulu. Jujurnya, pada waktu itu saya memang terlalu taksub dan yakin bahawa perniagaan internet itu senang dan untungnya berganda-ganda. Anda tentu tahu perasaannya bagaimana kan? ;)

Namun apabila saya mula melakukannya sendiri, ia sebenarnya tidaklah sesenang yang disangka saya. Saya tetap perlu juga berusaha dan mengeluarkan sedikit modal ( sekurang-kurangnya untuk membeli domain+hosting - paling kurang pun kena ada RM100 - RM300).

Pada waktu itu, saya mulai sedar maksud ’senang’ yang dikatakan oleh pakar-pakar IM. ‘Senang’ pada maksud mereka yang saya fahami adalah setiap teknik yang diajar boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (asalkan ada keinginan + sanggup belajar) . Tapi ia bukanlah ‘mudah’ kerana memerlukan anda konsisten dengan usaha anda. Bagaimana untuk konsisten? Cuba anda fahami artikel yang ditulis oleh SaifulSham di sini –> Saya Misti Pilih

Saya yakin anda misti pernah mengalami kesulitan sebegitu kan? Saya pun sama seperti anda :)

Sama-samalah kita fikirkan..

============================================

p.s: Artikel mengenai cara buat duit dari clickbank terpaksa saya tangguhkan dahulu. Pada mulanya saya nak letakkan sebagai artikel tetapi panjang sangat la pulak jadinya. Langkah terbaiknya ialah saya menyediakannya dalam satu bentuk laporan pendek untuk anda. Jangan risau, ianya masih percuma. Dijamin. Direct download jer.. :)

============================================

One Response to “Artikel Yang Mengingatkan Saya”

  1. usri on July 20th, 2008 4:54 am

    bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah…
    utk senang kita perlu berusaha dan utk susah xpyhla kita berusaha…

Apa pendapat anda tentang artikel di atas?