Selamat Hari Merdeka ke-51 dan Selamat Berpuasa

August 31, 2008 | Leave a Comment

Alhamdulillah, kita masih lagi berada dalam keadaan yang
aman dan sejahtera di bumi Malaysia yang tercinta.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51
dan Selamat Menyambut
Bulan Ramadhan
yang mulia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga dengan kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini,
kita semua akan dilindungi dan dimurahkan rezeki oleh Nya

Insyallah.

Tiga Kisah Saya - Steve Jobs

August 28, 2008 | 2 Comments

Video ini merupakan rakaman ucapan Steve Jobs ( CEO Apple dan Pixar Animation) pada majlis konvokesyen di Stanford University.

Kesilapan Dalam Menentukan Matlamat

August 25, 2008 | Leave a Comment

Sama ada anda berniaga sendiri atau bekerja dengan orang lain, setiap pekerjaan memerlukan sekurang-kurangnya satu matlamat untuk dicapai.

Alangkah peliknya jika anda membuat suatu pekerjaan tanpa mengetahui apakah matlamat atau tujuan anda melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Matlamat yang terlalu besar

Ini bukan menjadi masalah sekiranya anda mempunyai impian atau matlamat besar seperti mahu menjadi jutawan. Cuma anda perlu bertanya dengan diri sendiri terlebih dahulu, pernahkah anda menjana wang RM500 sehari? RM1000 seminggu ? ataupun RM10,000 sebulan?

Sekiranya belum, apakah logiknya anda mahu menjana RM1 juta dalam masa sebulan? ;)

Oleh itu, anda perlu melalui beberapa peringkat-peringkat untuk menuju ke matlamat utama anda. Mulakan dengan meletakkan matlamat kecil seperti menjana RM100 dari internet kemudian RM500 kemudian RM1000 dan seterusnya.

Kenapa?

Sebab dengan cara ini, anda tidak ‘memusnahkan’ terus semangat anda yang utama iaitu ingin untuk menjadi seorang jutawan. Anda dapat melihat perkembangan usaha anda sedikit demi sedikit dan inilah yang sebenarnya akan menaikkan lagi semangat anda untuk meningkatkan lagi usaha anda ke arah matlamat utama anda.

Anda perlu ingat. Tidak semua perkara yang anda lakukan terus menjadi. Ada seorang mentor saya berusaha hampir 7 tahun baru menjumpai ramuan sebenar cara menjana wang dari internet. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan ini yang bakal menentukan cepat atau lambatnya proses kejayaan hadir dalam hidup anda.

Dalam setiap step yang anda lakukan mungkin mempunyai potensi untuk mengalami kegagalan sementara dan jika matlamat anda tidak terlalu tinggi pada waktu itu, kegagalan sementara anda tadi tidak melunturkan semangat anda untuk mencuba sekali lagi.

Kesimpulannya, anda perlu menjaga “bara” semangat anda untuk berjaya. Ini adalah asas kepada semua kejayaan yang anda lihat pada orang lain.

Saya tahu, walaupun cara ini memerlukan masa yang agak lama tetapi saya yakin pada satu peringkat nanti anda akan mengalami situasi di mana anda boleh melipat-gandakan pendapatan secara exponen. Insyallah.

Masalah Teknikal

August 18, 2008 | Leave a Comment

Saya ingin memohon maaf kerana blog ini tidak dapat diakses pada 14 Ogos sehingga  16 Ogos yang lalu. Keadaan ini disebabkan oleh server pada pihak hosting saya langgani mengalami masalah server yang telah di-hack dengan teruk.

Semua data-data telah hilang dan memerlukan proses restore dari backup yang memerlukan beberapa hari untuk siap sepenuhnya.

Pada waktu ini pun, blog saya masih belum agak stabil. Saya masih memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat penyelengaraan pada beberapa file bagi memastikan blog ini boleh dilayari oleh anda tanpa ada masalah.

- Johari

Blog Sana-Sini

August 13, 2008 | 1 Comment

Assalamualaikum,

Saya tak berapa sihat sejak Isnin lepas. Mungkin kerana cuaca yang tak menentu di Bandaraya Kuching sejak akhir-akhir ini. Sekejap hujan sekejap panas terik. Kepala saya berdenyut-denyut sahaja sehingga saya tak mempunyai mood nak menulis. Susah nak fokus kalau kepala pening macam ni. :( So, saya ambil keputusan untuk berehat sambil membuat kerja yang ringan-ringan.

Walaupun tak sihat, saya masih juga sempat ‘menjelajah’ blog-blog kegemaran saya. Berikut adalah beberapa artikel yang menarik yang saya rasa anda boleh gunakan sebagai rujukan dan pembelajaran.

1. Cabaran Usahawan Sepenuh Masa

2. Kenapa Laman Web Tak Pernah Siap

3. Antara Minat, Passion dan Wang

Coretan Hujung Minggu

August 9, 2008 | Leave a Comment

Hari ini saya rasa macam stress sedikit. Beberapa “masalah teknikal” berlaku kepada saya tapi alhamdulillah saya boleh control jiwa lagi. :)

Antara masalah saya hari ini:

1. Monitor PC saya off sendiri berkali-kali –> ni nak mintak beli monitor baru kot. Umur monitor ni pun dah 6 tahun. Huhu.

2. Laptop baru adik saya ada masalah nak install Microsoft Net Framework. –> tak biasa guna Vista baru je belajar skit2 dgn interface dia. Selalu guna Linux ngan Window Xp Pro jer.

3. Blog saya ini mengalami masalah dengan beberapa plugin dan widget sebab theme saya tak ‘mesra’ dgn widget. So, kenalah buat function.php sendiri tapi masih belum berjaya :( –> nak tukar theme rasa malas pulak sebab banyak kerja nak buat terutama kat bahagian sidebar.php

Inilah antara masalah-masalah saya setakat ini. Sekarang tengah rehat jap sebelum nak sambung repair mana-mana yang patut.

Oh, ya..kongsilah skit apa yang anda buat pada hujung minggu ini. Takkan jenguk jer. Boleh share2 ngan kawan-kawan.

Sudi-sudilah menghantar komen anda di atas. Jumpa lagi!

Adios!

-Johari :)

p.s:  Jangan tegur kalau ada apa-apa yang pelik muncul masa anda surf blog ini. Biasalah, masih tengah nak repair. Hehe

Memilih Produk MRR dan PLR Yang Berkualiti

August 7, 2008 | 1 Comment

Semasa saya bermula berjinak-jinak dengan perniagaan internet suatu masa dahulu, saya sering berfikir apakah produk yang saya mahu jual.

Menurut kata-kata Anthony Robbins, anda boleh memiliki segala-galanya di dunia ini ( kemewahan, kebahagiaan dan penghormatan) jika anda tahu bagaimana untuk memenuhi keperluan manusia keseluruhannya.

Oleh itu, dengan perkembangan produk-produk yang berlesenkan Master Resell Rights dan Private Label Rights sekarang, ia telah banyak mengubah kehidupan seseorang.

Sumber Image : http://www.papertrail.co.za/sa/resellers.htm

Seperti Edmund Loh, seorang usahawan internet berjaya yang memulakan bisnes internet beliau dengan cara menjual semula produk orang lain mengatakan, peluang dalam bidang ini telah memberi banyak kelebihan jika anda tahu menggunakannya.

Bagaimana caranya memilih produk-produk reseller yang berkualiti bagi memastikan anda dapat memaksimakan keuntungan?

Beberapa kriteria yang patut anda ketahui sebelum membeli produk-produk MRR / PLR adalah:

  1. Pilih produk yang mempunyai maklumat yang TIADA dalam laporan percuma atau artikel percuma.
  2. Produk yang dapat membantu seseorang untuk menyimpan duit.
  3. Produk yang dapat membantu untuk menjimatkan masa.
  4. Produk yang dapat membantu untuk mengurangkan tenaga (usaha)
  5. Produk yang menyediakan rekomendasi yang berkualiti
  6. Produk yang dapat menyelesaikan masalah
  7. Produk yang dapat membuat DUIT. ;)

Gunakan kriteria-kriteria di atas dalam memilih produk-produk resell anda. Cara di atas sangat sesuai untuk memastikan produk-produk pilihan anda berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran semasa. :)

Yang membantu bisnes online anda,

- Johari

Tutorial : 5 Langkah Sahaja Terus Siap

August 1, 2008 | 2 Comments

Fuh, saya baru sahaja selesai install satu blog wordpress di salah satu domain baru saya.

Saya hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk install wordpress 2.6 (latest) secara manual.

Sebenarnya, nak install blog wordpress ini mudah. Bagi mereka yang berani mencuba atau memiliki kemahiran teknikal dalam IT, ia pastinya tidak mendatangkan masalah.

Di sini saya sediakan step-step mudah bagi mereka yang ada keinginan nak mencuba install blog wordpress ke dalam domain sendiri.

Pertama, anda perlu mendapatkan domain+hosting - saya sarankan cari servis yg gunakan Cpanel sebagai interface control panel hosting anda.

Kemudian download Wordpress 2.6 dari http://wordpress.org/download/

Seterusnya, login ke dalam Cpanel domain anda. Pergi ke bahagian MySQL dan cari phpMyAdmin. Bina satu database dan username serta password untuk database tersebut.

Sebaik sahaja selesai step di atas, ikuti pula step untuk install dengan mudah di bawah.

Hanya ada 5 langkah untuk menginstall blog wordpress  :

1. Edit file wp-config-sample.php dengan menggunakan Notepad. Tukar nama database, username databas dan juga password database. Kemudian, save semula dengan nama wp-config.php.
2. Upload semua file-file tersebut dengan menggunakan FileZilla ke dalam folder www atau public_html.
3. Selesai upload, buka paparan Window Explorer atau Firefox, dan taipkan http://www.websiteanda.com/wp-admin/install.php
4. Sila isikan maklumat yang berkaitan dan ingat password yang telah diberikan untuk proses login nanti.
5. Selepas itu, anda akan dibawa ke paparan login. Login semula dengan username dan password tadi dan pergi ke bahagian “Profil”. Tukar password anda kepada password yang mudah anda untuk ingat - tetapi cukar untuk orang meneka ;).

Ok, siap sudah blog anda! :)

p.s : Jika anda inginkan panduan yang lebih lengkap beserta gambar, saudara SmartZul ada menyediakan satu Panduan Asas Wordpress . Anda boleh dapatkannya melalui link ini .