Memilih Produk MRR dan PLR Yang Berkualiti

Semasa saya bermula berjinak-jinak dengan perniagaan internet suatu masa dahulu, saya sering berfikir apakah produk yang saya mahu jual.

Menurut kata-kata Anthony Robbins, anda boleh memiliki segala-galanya di dunia ini ( kemewahan, kebahagiaan dan penghormatan) jika anda tahu bagaimana untuk memenuhi keperluan manusia keseluruhannya.

Oleh itu, dengan perkembangan produk-produk yang berlesenkan Master Resell Rights dan Private Label Rights sekarang, ia telah banyak mengubah kehidupan seseorang.

Sumber Image : http://www.papertrail.co.za/sa/resellers.htm

Seperti Edmund Loh, seorang usahawan internet berjaya yang memulakan bisnes internet beliau dengan cara menjual semula produk orang lain mengatakan, peluang dalam bidang ini telah memberi banyak kelebihan jika anda tahu menggunakannya.

Bagaimana caranya memilih produk-produk reseller yang berkualiti bagi memastikan anda dapat memaksimakan keuntungan?

Beberapa kriteria yang patut anda ketahui sebelum membeli produk-produk MRR / PLR adalah:

  1. Pilih produk yang mempunyai maklumat yang TIADA dalam laporan percuma atau artikel percuma.
  2. Produk yang dapat membantu seseorang untuk menyimpan duit.
  3. Produk yang dapat membantu untuk menjimatkan masa.
  4. Produk yang dapat membantu untuk mengurangkan tenaga (usaha)
  5. Produk yang menyediakan rekomendasi yang berkualiti
  6. Produk yang dapat menyelesaikan masalah
  7. Produk yang dapat membuat DUIT. ;)

Gunakan kriteria-kriteria di atas dalam memilih produk-produk resell anda. Cara di atas sangat sesuai untuk memastikan produk-produk pilihan anda berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran semasa. :)

Yang membantu bisnes online anda,

- Johari

One Response to “Memilih Produk MRR dan PLR Yang Berkualiti”

  1. Dev on October 25th, 2008 12:31 am

    Terima kasih kerna berkongsi begitu banyak maklumat. Saya baru dalam dunia internet. Tolong periksa web site saya and lihat jika kami boleh JV?

    Terima Kasih.

Apa pendapat anda tentang artikel di atas?