Tutorial : 5 Langkah Sahaja Terus Siap
Fuh, saya baru sahaja selesai install satu blog wordpress di salah satu domain baru saya.
Saya hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk install wordpress 2.6 (latest) secara manual.
Sebenarnya, nak install blog wordpress ini mudah. Bagi mereka yang berani mencuba atau memiliki kemahiran teknikal dalam IT, ia pastinya tidak mendatangkan masalah.
Di sini saya sediakan step-step mudah bagi mereka yang ada keinginan nak mencuba install blog wordpress ke dalam domain sendiri.
Pertama, anda perlu mendapatkan domain+hosting - saya sarankan cari servis yg gunakan Cpanel sebagai interface control panel hosting anda.
Kemudian download Wordpress 2.6 dari http://wordpress.org/download/
Seterusnya, login ke dalam Cpanel domain anda. Pergi ke bahagian MySQL dan cari phpMyAdmin. Bina satu database dan username serta password untuk database tersebut.


Sebaik sahaja selesai step di atas, ikuti pula step untuk install dengan mudah di bawah.
Hanya ada 5 langkah untuk menginstall blog wordpress :
1. Edit file wp-config-sample.php dengan menggunakan Notepad. Tukar nama database, username databas dan juga password database. Kemudian, save semula dengan nama wp-config.php.
2. Upload semua file-file tersebut dengan menggunakan FileZilla ke dalam folder www atau public_html.
3. Selesai upload, buka paparan Window Explorer atau Firefox, dan taipkan http://www.websiteanda.com/wp-admin/install.php
4. Sila isikan maklumat yang berkaitan dan ingat password yang telah diberikan untuk proses login nanti.
5. Selepas itu, anda akan dibawa ke paparan login. Login semula dengan username dan password tadi dan pergi ke bahagian “Profil”. Tukar password anda kepada password yang mudah anda untuk ingat - tetapi cukar untuk orang meneka ;).
Ok, siap sudah blog anda!
p.s : Jika anda inginkan panduan yang lebih lengkap beserta gambar, saudara SmartZul ada menyediakan satu Panduan Asas Wordpress . Anda boleh dapatkannya melalui link ini .
2 Responses to “Tutorial : 5 Langkah Sahaja Terus Siap”
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?


sy dah cuba.. tp xmo msuk.. bleh tlong sy x, apa silap sy.. sblm ni ok jer sy install.. bls kt email yer
Boleh anda terangkan lebih detail apa masalah anda? Apa yang anda tak boleh masuk?