Kejayaan…
May 14, 2008 | Leave a Comment
KEJAYAAN bermaksud banyak perkara yang POSITIF DAN INDAH. Kejayaan bermaksud keuntungan peribadi seperti rumah yang cantik, peluang untuk bercuti, membeli barangan baru, tahap kewangan yang kukuh serta berupaya memberikan kemudahan yang maksimum untuk diri dan juga anak-anak anda (jika anda sudah berkeluarga).
Kejayaan bermaksud untuk dikagumi. Kejayaan juga bermaksud kebebasan - bebas dari kebimbangan, ketakutan dan kekecewaan mahupun kegagalan.
Kejayaan bermaksud hormat diri, sentiasa menemui kebahagaian dan kepuasan sebenar dari kehidupan dan berupaya melakukan yang terbaik kepada orang yang sentiasa mengharap pada anda.
Kejayaan bermaksud kemenangan.
Kejayaan –> Pencapaian - adalah cita-cita kehidupan!
Setiap manusia inginkan kejayaan. Setiap orang mahukan yang terbaik dari kehidupan mereka. Tidak ada sesiapa mahukan kesukaran dan hidup dalam kesederhanaan. Tidak ada sesiapa mahu berada di kelas kedua dan mengharungi hidup itu sepanjang hayat.
Ramai yang masih ragu-ragu bahawa formula utama dalam usaha mengecapi kejayaan adalah rasa KEPERCAYAAN (belief). Adakah anda percaya anda boleh berjaya? Adakah anda betul-betul percaya anda mampu lakukan? Sekiranya ada sejuta rintangan, sanggup kah anda menempuhinya?
Kita sering disuap dengan cerita-cerita kejayaan. Memang kita sangat suka melihat kejayaan seseorang dalam pelbagai aspek. Tapi amat jarang kita mendengar bagaimana seseorang itu berjaya. Apakah strategi yang mereka gunakan, bentuk pemikiran, cara menangani masalah dan bermacam-macam lagi kunci yang membantu mereka untuk berjaya.
Apa yang kita lihat hanya, perubahan keadaan iaitu sebelum berjaya dan juga selepas berjaya. Sebenarnya, formula kejayaan terletak pada perkara-perkara yang berada di tengah-tengah - sebelum berjaya dan selepas berjaya. Kenapa?
Kejayaan itu bukan satu destinasi tetapi adalah sesuatu perjalanan. Perjalanan yang anda akan membuatkan anda berasa puas selepas meningkatkan nilai dalam diri anda. Apabila anda berjaya, anda akan mahu lebih berjaya dari peringkat anda sekarang. Sebab itulah kejayaan adalah satu perjalanan dan bukannya satu destinasi.
Bagaimana mengawal minda anda?
May 5, 2008 | 1 Comment
Neuro Linguistic Program merupakan satu teknik yang digunakan untuk mem’program’kan semula pemikiran dengan mengukuhkan tahap kepercayaan kita terhadap sesuatu. Berdasarkan teknik ini, setiap yang kita fikirkan sebenarnya dipengaruhi oleh tahap emosi yang anda rasai ketika itu.
Dalam ilmu Law Of Attraction pula, para penyelidik telah merumuskan bahawa setiap apa yang kita fikirkan sekarang akan menjadi masa depan kita. Oleh itu, dengan mengawal apa yang kita fikirkan sekarang , kita boleh menentukan masa depan yang kita mahukan dalam kehidupan kita. ( jangan lupa untuk berusaha juga
)
Persoalannya, adakah anda mampu mengawal pemikiran anda setiap hari?
Mengikut kajian saintifik, manusia mampu berfikir sebanyak 60 billion perkara setiap hari. Cuba anda bayangkan berapa banyak tenaga yang anda perlukan untuk mengawal pemikiran sebanyak itu? Tentu amat meletihkan…
Oleh yang demikian, terdapat satu cara bagaimana anda boleh mengawal pemikiran anda dengan lebih mudah.
Cara tersebut adalah dengan mengawal tahap emosi anda. Emosi sangat berkait rapat dengan tahap pemikiran. Emosi juga boleh dijadikan sebagai ‘benchmark’ untuk melihat keadaan atau ‘state’ fikiran kita sama ada dalam keadaan positif ataupun negatif.
Anda boleh mencubanya sendiri. Jika anda berfikiran positif, apakah keadaan emosi anda ketika itu dan bila anda berfikiran negatif pula, apakah tahap emosi yang anda alami waktu itu.
Bagaimana pula untuk mengawal emosi?
Banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengawal emosi. Salah satu teknik yang selalu digunakan ramai adalah dengan melakukan perkara yang disukai seperti mendengar muzik.
Selain itu, anda juga boleh bersukan atau melakukan sedikit senaman.Pergerakkan anggota badan juga boleh mempengaruhi keadaan emosi kita.
Melalui pembacaan saya, apabila kita bersenam, kita sebenarnya menghasilkan satu enzim yang boleh meransang tubuh badan untuk berasa lebih tenang dan yakin.
Anda tidak percaya? Ok…mari kita buat sedikit pemerhatian. Cuba kita lihat orang yang sedang mengalami perasaan sedih.
Bagaimanakah bentuk postur badan mereka seperti cara duduk, raut wajah dan intonasi mereka ketika bercakap.
Sebenarnya, keadaan-keadaan ini adalah indikator yang terbaik yang boleh anda gunakan untuk mengetahui tahap fikiran seseorang sama ada mereka dalam keadaan positif ataupun negatif.
Pengalaman dan Pemerhatian
April 23, 2008 | Leave a Comment
Tiga minggu sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa untuk membaca buku-buku motivasi (buku -buku yang tak sempat nak baca), menghadiri seminar jati diri dan menonton video-video dari pakar motivasi seperti Anthony Robbins, Joe Vitale dan Stephen Pierce.
Saya juga memberi ruang kepada diri sendiri untuk meneliti usaha yang saya telah lakukan untuk membina perniagaan internet saya sehingga kini.
Dengan keadaan perkembangan usahawan-usahawan internet dan juga pelbagai produk-produk baru yang tumbuh bagaikan cendawan setiap minggu, saya kini perlu lebih berhati-hati sama ada dalam berbelanja atau menimba ilmu ( information overload)
Pengalaman benar dari saya
Saya mengakui saya pernah menghabiskan banyak wang untuk membeli produk-produk di pasaran. Tetapi yang menyedihkan saya ialah, hasilnya tidak seperti yang saya harapkan malah ada yang tidak memberikan hasil.
Namun saya tidak ingin menyalahkan sesiapa tetapi saya hanya akan menyalahkan diri saya. Ya, semuanya berlaku kerana tindakan saya dan saya harus bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku sama ada yang baik mahupun buruk.
Dari saat itu saya mulai sedar untuk berbelanja hanya untuk sesuatu yang benar-benar dapat menolong saya untuk mencapai target saya. Alhamdulilah, dengan tindakan itu saya rasa lebih berpuas hati dan dapat menghasilkan sesuatu yang saya inginkan.
Nasihat saya adalah elakkan diri anda daripada membeli produk-produk lain yang tidak dapat membantu untuk mencapai target anda. Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih fokus dengan apa yang anda lakukan dan anda juga akan berbelanja dengan bijak.
Hasil pemerhatian saya
Satu trend yang saya lihat sekarang adalah ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang baik iaitu boleh membantu orang ramai untuk menjana wang. Walaupun begitu, masih banyak juga cerita dan feedback yang kurang enak untuk didengari.
Setelah mendapat produk tersebut, rata-rata pembelinya akan mengeluh kerana produk itu sama sahaja dengan produk-produk yang lain. Dengan perkataan mudahnya produk mereka kebanyakkannya ‘crap’ . ‘Keluhan-keluhan’ ini pula saya lihat melalui forum-forum dari luar negara yang saya sertai.
Tetapi tidak semua produk dihasilkan sebegitu. Masih ada juga yang ‘walk the talk’ iaitu usahawan-usahawan yang benar-benar mempunyai kredibiliti dalam bidang tertentu. Saya akui mereka memang pakar dan tahu apa yang mereka lakukan untuk pelanggan mereka.
Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi golongan ini. Anda perlu sentiasa berusaha untuk memuaskan hati para pelanggan dengan mutu produk dan perkhidmatan.
Pada pandangan anda bagaimana agaknya cara newbie untuk bersaing dengan mereka yang sudah mempunyai kredibiliti ini? Oh, itu anda kena tanya pada usahawan-usahawan yang lebih arif tentangnya.
Satu rahsia yang saya dapat lihat iaitu bagaimana untuk memperolehi kejayaan dengan cepat adalah dengan meningkatkan nilai yang ada pada diri kita. Memang menjadi lumrah manusia, barang siapa yang memiliki lebih banyak ilmu akan lebih mudah dihormati dan dipercayai kemampuan atau kepakarannya.
Dalam perniagaan pula, jika anda ingin mendapat banyak keuntungan, maka anda perlu berusaha membina kepercayaan bakal pelanggan anda terhadap anda terlebih dahulu. Lakukan sesuatu supaya mereka percaya kepada anda dan ilmu yang anda ada. Ini tentunya akan mengambil masa tetapi insyallah jika anda sabar dan istiqamah anda akan dapat menikmati hasil yang sangat lumayan.
Perlu diingat juga. Pastikan anda kotakan setiap janji dan jaminan yang anda berikan kepada pelanggan samada melalui surat jualan mahupun emel ‘follow-up’ yang anda hantar kepada pelanggan anda. Jangan cuba untuk mempermainkan mereka kerana natijahnya anda yang akan merana selama-lamanya.
Akhir kata untuk post kali ini ;
Untuk buat jahat amatlah mudah tetapi untuk membina kepercayaan seseorang, ia amatlah sukar dan memerlukan masa yang sangat lama untuk mendapatkannya
Apa Perasaan Anda Jika…
February 24, 2008 | 1 Comment
…ahli keluarga atau rakan-rakan tidak memahami kerjaya online anda?
Saya amat tertarik dengan post Zul semalam. Selepas membaca post beliau, saya sangat bersetuju dengan point-point yang diberikan terutamanya mengenai keluarga dan sahabat yang ‘memandang rendah’ perniagaan online saya.
Saya akui saya masih lagi belum betul2 established dalam perniagaan internet ini. Jumlah pendapatan saya pun masih tak berapa konsisten tetapi saya tetap merasa puas kerana itulah saya mahukan.
Saya sedang berusaha membina perniagaan saya sendiri sehingga berjaya. Tetapi, ia bukanlah mudah bagi saya kerana, yelah pendapatan saya masih lagi tak berapa kuat nak ‘mensenyapkan’ kritikan dan pandangan sinis orang di sekeliling saya. Itulah cabaran yang paling kuat yang perlu dihadapi oleh seorang newbie seperti saya.
Dan apabila dikritik, semestinya kadang-kadang hati akan terasa, semangat menjadi lemah dan mula merasa malas untuk bertindak. Saya akui saya ada mengalami situasi seperti itu seperti anda.
Apa yang saya boleh lakukan adalah menenangkan hati saya terlebih dahulu. Sebabnya, jika hati tidak tenang kita akan lebih mudah berfikiran negatif yang semestinya semakin melunturkan lagi semangat.
Bagaimana untuk mendapat ketenangan?
Pertama yang paling penting, dekatkan diri dengan Allah dengan banyakkan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara-perkara yang anda sukai seperti bersukan atau bermain PS2 ( kalau saya, saya pergi main futsal..hehe) .
Dalam tempoh itu, elakkan dari memikirkan masalah, kritikan dan perniagaan anda. Nikmati saat tersebut untuk diri anda sahaja. Enjoy yourself!
Insyallah, selepas anda melakukan aktiviti-aktiviti yang anda sukai, anda akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi hari-hari anda seterusnya.
7 Huruf Magik Adalah..
February 1, 2008 | 1 Comment
B-E-R-U-B-A-H
Inilah 7 huruf magik yang berkuasa yang saya maksudkan kepada anda.
Kenapa BERUBAH?
Mari kita kaji kenapa.
Manusia dilahirkan dengan gen masing-masing. Setiap DNA dipengaruhi oleh kedua ibu bapa mereka.
Yang paling menarik, setiap daripada kita sebenarnya dilahirkan dengan sama keupayaan, sumber dan sifat. Tidak ada apa yang kurangnya. Anda dengan saya sama sahaja ( tapi laki dan pompuan tu lain ceritanya pulak )
Apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah sifat atau perangai kita. Sifat atau perangai dipengaruhi oleh bagaimana kita dibesarkan, cara didikan kedua ibu bapa, pergaulan dengan rakan-rakan sebaya dan juga pengaruh persekitaran. Hasil daripada pengaruh inilah, kita memiliki sifat yang berbeza-beza.
Sebagai contoh saya sendiri. Saya merupakan seorang yang suka membaca. Tak kiralah membaca buku, majalah ataupun artikel. Tapi saya tak pula suka membaca komik. Hehe.
Saya suka membaca kerana sejak saya kecil, saya sering melihat bapa saya selalu membaca buku, menulis cerpen , sajak , mengarang puisi dan melukis. Jadi saya pun terikut-ikut sedikit dengan sifatnya itu.
Anda pun pasti ada sifat anda yang mirip dengan kedua ibu bapa dan juga rakan-rakan sebaya anda.
Point yang ingin saya kaitkan di sini adalah, apabila kita ingin berjaya, cara terbaik yang boleh kita lakukan untuk berjaya dalam masa singkat adalah dengan ‘meniru’ sifat dan perangai orang berjaya.Daripada situlah anda kena BERUBAH.
Saya paham, untuk berubah memang sukar. Anda ‘terpaksa’ mengorbankan rasa selesa anda untuk mencuba ‘zon’ baru yang anda perlu sesuaikan dengan anda. Contoh, jika sebelum ini anda jenis malas nak menulis di blog, tetapi anda tahu jika anda tidak menulis, anda tidak dapat mengekalkan jumlah pelawat yang melawat blog anda. Mahu atau tak, anda terpaksa juga menulis walaupun hati anda berkata malas. Tapi jika anda lakukannya dengan kerap, anda pasti akan mencapai satu tahap di mana anda seronok melakukkannya dan rasa ‘terpaksa’ tadi hilang.
BERUBAH memang akan melalui saat begitu. Tapi ia adalah HANYA bersifat sementara.
Saya ingin ceritakan kisah saya sendiri bagaimana dengan BERUBAH, saya kini yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris di khalayak ramai walaupun ada banyak masalah grammar. Hehe.
Saya merupakan seorang pelajar yang tak suka bahasa inggeris. Yelah, kalau dulu kita lihat orang yang cakap inggeris ni rupanya macam mengada-ngada dan tunjuk terer. Tambahan pula masa MUET exam, saya dapat band 3 jer.
Apabila saya tamat pengajian dan grade dalam IT, saya mula mencari pekerjaan. Malangnya, setiap perkerjaan yang saya pohon memerlukan saya bercakap dalam bahasa inggeris. Aduh, payahnya nak cari kerja macam ni
Setelah hampir 3 bulan mencari, saya masih juga tidak mendapat kerja. Saya muhasabah diri kenapa saya tidak mendapat kerja. Saya duduk dalam bilik dan mengambil kertas dan pen. Saya menulis semua kelebihan saya rasakan ada dalam diri saya. Kemudian saya listkan pula kelemahan-kelemahan yang saya nampak dalam diri saya.
Dalam banyak-banyak kelemahan itu, saya ingin mengubah kelemahan berbahasa inggeris saya.
Walaupun saya tahu saya tak menyukainya, tetapi saya
Pada awal bulan Februari 2007, saya dijemput untukmenghadiri interview di salah sebuah syarikat corporat yang sangat esteblished. Paham-paham je lah
Pada saat interview, saya beranikan diri saya bercakap dalam bahasa inggeris. Saya buat sehabis baik yang saya mampu. Pada saya, bukan kerja tersebut menjadi fokus utama tapi pengalaman bercakap bahasa inggeris itulah penting buat saya.
Selang beberapa minggu, saya telah dihubungi oleh HR syarikat itu dan ditawarkan bekerja di syarikat tersebut. Alangkah gembiranya saya apabila ‘pelaburan’ saya sebelum ini untuk memberanikan diri berbahasa inggeris memberi impak yang besar kepada saya. Secara tidak langsung motivasi saya pun meningkat .
Kini saya tak lagi segan untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Memanglah masih ada kesalahan tapi apa yang paling penting, the next person yang kita cakap itu faham apa yang kita maksudkan. Bukankah itu yang lebih penting?
Itulah pengalaman saya bagaimana dengan MENGUBAH diri saya , saya dapat mengubah persekitaran dan juga kehidupan saya.
Nasihat saya, jangan fikir anda boleh mengubah persekitaran anda begitu sahaja. UBAH diri anda terlebih dahulu dan persekitaran turut berubah mengikut perubahan yang anda lakukan.
Perjalanan Hidup Saya Sepanjang 2007
December 27, 2007 | 3 Comments
Salam semua,
Actually, post kali ini saya tak merancang nak tulis tapi saye ter “inspired” selepas membaca post di satu blog pagi ini tadi. Jadi, saya pun menulis post ini secara spontan.
Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2007 dan bermulalah tahun baru 2008. Huhu, umur pun dah naik jugak kan?
Tahun 2007 pada saya adalah tahun yang banyak mengajar saya mengenali diri saya sendiri, melihat apa kelebihan dan juga kekurangan saya.
Saya memulakan tahun 2007 dengan mempelajari ilmu “The Secret”. Ya, saya tahu mungkin ada sesetengah daripada yang membaca post ini berasa was-was dengan ilmu ini.
Tapi, pada saya ia berkesan cuma saya mengubah sedikit caranya supaya sesuai dengan budaya dan agama kita. ( contohnya, dalam ilmu “The Secret” ada menyatakan kita perlu membuat ‘wish’ kepada universe, tapi saya ubah dengan berdoa kepada-Nya kerana Allah yang mencipta alam semesta ini bukannya jin atau alam ini sendiri
)
Setelah beberapa bulan saya menggunakan ilmu tersebut, saya dapat melihat hidup saya mula berubah. Dengan sifat saya yang suka berfikiran negatif, saya mula melihat kehidupan dalam perspektif yang lebih baik, menikmati kehidupan dan mempunyai ‘passion’ untuk mencapai cita-cita saya iaitu memiliki perniagaan internet saya sendiri.
Melihat kepada perubahan saya ini, saya terus ke hadapan untuk menambah ‘value’ ke dalam diri saya dengan membaca berpuluh-puluh buku motivasi, ebook-ebook mengenai perniagaan internet dan juga buku-buku mengenai financial.
Kiranya dalam tahun ini saya lebih banyak mengkaji ‘kesinambungan’ ilmu dan memahaminya satu persatu dengan membuat beberapa research dan “try and error”.
Semestinya hidup tak selalu indah. Saya pun ada mengalami beberapa ‘kegagalan sementara’ seperti jualan tak mencapai target, kena marah dengan customer, gangguan emosi ( sebab family tak faham apa yang saya buat ) , lemah semangat , duit habis kerana membeli ebook-ebook dan software yang merapu dan macam-macam lagi.
Pada saat itu, saya mula terfikir untuk putus asa, tetapi alangkah bertuahnya saya kerana saya mempunyai ‘inner voice’ yang positif. Sekali lagi, saya bangkit dan kali ini, saya menjadi lebih hati-hati dan rancang setiap tindakan yang saya buat. ( tak lah main redah jer lepas ni)
Pertengahan tahun 2007, saya mula melihat hasil daripada usaha saya selama beberapa bulan sebelumnya ( walaupun tak la berapa nampak ). Saya mula mendapat ’sedikit rentak’ dalam usaha saya untuk mempraktikkan ilmu perniagaan. Jualan pun menampakkan hasil dan duit Adsense saya pun semakin bertambah sedikit demi sedikit. Huhu
Then, saya pun mula menyimpan duit sedikit demi sedikit kerana saya berazam untuk belajar directly dengan Patric Chan. Alhamdulillah, pada bulan November lepas saya berjaya mengikuti ecourse beliau. Melalui ecourse ini, saya ‘lebih nampak’ apa yang sebenarnya berlaku dalam perniagaan internet. Saya mendapat beberapa tips dari Patric bagaimana untuk berjaya sebagai usahawan. Tekniknya yang beliau berikan ’simple’ tapi memerlukan usaha dan komitmen yang sangat tinggi.
Kini, saya rasa lebih bersedia sedikit untuk menempuhi alam perniagaan, tapi saya tetap akan belajar sepanjang hayat saya. Perlu di ingat, setiap ilmu yang kita belajar hari ini tak semestinya boleh digunakan lagi dalam tempoh 4 hingga 10 tahun akan datang. That’s why we have to keep learning day by day ( salah satu sebab kenapa orang berjaya semakin berjaya ) .
Mereka adalah golongan…
December 25, 2007 | Leave a Comment
…sambungan dari post 23 November
Apa yang membezakan orang yang menikmati kejayaan daripada majoriti
adalah bergantung kepada cara seseorang melihat kegagalan dan tindakan
yang mereka lakukan ke atasnya.
Terdapat 3 golongan manusia:
Golongan 1 - Selalu memberi alasan, menyalahkan orang lain dan putus asa
Apa yang seseorang lakukan jika mereka gagal? Mereka akan mula memberikan banyak alasan,menyalahkan persekitaran atau orang lain dan akhirnya mereka berputus asa. Rasa-rasanya, selalu tak anda melihat keadaan ini?
Ayat yang sering dilafazkan oleh golongan ini, “aku tak layak lagi la”, “aku masih muda, enjoy la dulu”, “nantilah,bila aku ada duit baru aku setup bisnes”, ” saya tak ada nasib” dan sebagainya.
Rasa tak rendah diri dan kecewa, golongan ini akan berhenti untuk bertindak dan putus asa! Mereka akan membuat andaian yang misi dan goal mereka tidak akan dapat dicapai oleh mereka.
Golongan ini juga sering berkata, “saya dah cuba pelbagai cara, tapi masih lagi tak berjaya”. Pernah tak anda dengar ayat seperti ini? Adakah anda salah seorang daripadanya? Check it out.. ![]()
Golongan 2 - Sentiasa mencuba perkara yang sama berulang kali
Golongan ini mempunyai lebih kuat semangat berbanding dengan golongan pertama tadi. Apabila mereka tidak mendapat result seperti yang mereka mahu, mereka akan mencuba sekali lagi. Anggapan mereka, “mungkin aku belum berusaha dengan lebih kuat lagi, baiklah aku cuba sekali lagi”.Walaupun mereka gagal beberapa kali pun mereka akan terus mencuba
Adakah golongan ini akan berjaya. Bergantung. Jika mereka menetapkan matlamat yang kecil, mereka mungkin melihat peningkatan yang sedikit dari sebelumnya. Tetapi, apabila mereka meletakkan matlamat yang besar, jika masih menggunakan teknik “cuba dan cuba lagi” , mereka akan tidak berjaya. Kenapa?
Seperti yang Adam Khoo katakan dalam ebook beliau ” Master Your Mind Design Your
Destiny” - jika anda gagal dan mencuba lagi tanpa menukar strategi tindakan anda,
anda akan mendapat hasil yang sama.
Setuju dengan beliau?
Sebenarnya, terlalu ramai yang terjerumus dengan tindakan begini, termasuklah saya sendiri. Tapi, setelah menyedari kesilapan saya selama ini, saya mula sedar dan dapat melihat hasil usaha saya setelah saya meletakkan diri saya di golongan…
Golongan 3 - Lihat Kesan, Ubah Strategi dan Ambil Tindakan
Dalam setiap tindakan yang kita lakukan, ia akan menampakkan hasil sama ada hasil tersebut sama dengan dengan apa yang dihajati atau jauh daripada matlamat kita.
Golongan 3 ini tidak menganggap kegagalan itu sebagai titik noktah usaha mereka. Sebaliknya golongan ini melihat kegagalan sebagai kesan (feedback) dan merencana strategi baru dan bertindak dengan strategi tersebut. Mereka akan mengulangi teknik ini sehinggalah mereka berjaya mencapai matlamat mereka.
Satu kisah yang saya ingin kongsikan dengan anda. Kisah ini adalah antara pengalaman peribadi Adam Khoo dengan seorang ejen hartanah.
“..saya (Adam Khoo) pernah bekerja dengan seorang ejen hartanah yang memiliki perniagaan lapan tahun. Dia seorang yang rajin tetapi mempunyai semangat yang lemah untuk mencapai “top producer award” ( anda perlu capai $900,000/sebulan untuk dapat award ini). Saya bertanya kepada beliau, kenapa anda tidak mahu membuat matlamat untuk menjadi “top producer”?
Ejen tersebut menjawab, beliau telah melakukan segala yang terdaya dan mencuba beberapa kali tetapi hasil maksimum yang beliau perolehi cumalah sekitar $500,000.”
Ejen tersebut menambah, “saya tidak mempunyai nasib yang baik untuk mencapai matlamat seperti ejen yang telah berjaya mencapai award itu. Kemudian Adam Khoo bertanya, ” apakah strategi yang anda gunakan” . Ejen tersebut menjawab” saya telah cuba macam-macam cara.Saya sudah bergelumang dengan bidang ini selama 8 tahun, jangan cuba nak mengajar saya pula!”
Apa yang saya ingin kongsikan dari cerita di atas ialah, sebenarnya ejen tersebut telah
menggunakan strategi yang sama selama 8 tahun! Ini bermaksud, ejen tersebut hanya mempunyai “pengalaman setahun”, tetapi menggunakan strategi yang berusia 8 tahun!
Lihat bezanya?
Fikir-fikirkanlah…
Berjaya, Sederhana dan Gagal
December 23, 2007 | 1 Comment
Apabila melihat kepada golongan yang berjaya, anda akan dapat melihat satu yang dianggap “pattern” sama ada melalui tindakan mereka, cara mereka berfikir dan cara mereka menjalani kehidupan mereka.
Walaupun mereka berjaya dalam pelbagai bidang, sebagai insan yang ingin berjaya, kita perlu menganalisis serta mengenalpasti bagaimanakah “pattern” mereka.
Terdapat tiga jenis golongan manusia yang ada di muka bumi ini. Melalui tiga golongan inilah yang sebenarnya membezakan orang yang berjaya, sederhana dan gagal.
Saya akan terangkan siapakah tiga golongan tersebut pada post esok hari.
Kenapa kita mencari motivasi? - Sambungan
November 23, 2007 | Leave a Comment
Baiklah, bertemu lagi pada post untuk sambungan semalam.
Ada tak sesiapa yang memikirkan soalan yang saya berikan kepada anda semalam? Em..tak de yang tinggalkan komen untuk beritahu saya? Ok tak mengapalah..mungkin anda malu kot..:)
Ok, sebelum saya menceritakan kenapa kita mencari motivasi, boleh beritahu saya berapa banyak ebook, buku-buku dan audio motivasi yang anda ada atau beli? Dan berapa banyak ilmu yang anda sudah praktikkan darinya?
Tahukah anda mengapa anda memerlukan ebook atau alat-alat tersebut untuk membantu meningkatkan motivasi anda?
Saya suka memberi soalan-soalan begini kerana setiap orang mempunyai tujuan mereka masing-masing dalam mencari motivasi.
Ada yang ingin meningkatkan tahap keyakinan diri, menaikkan semangat, ada pula yang mencari bagaimana untuk menjadi orang berjaya dan bermacam-macam lagi. Memang seronok membaca kisah-kisah motivasi ni. Selain boleh memotivasikan diri, ia juga memberitahu kita kronologi seseorang yang sudah berjaya.
Satu analogi mudah untuk menggambarkan kepada anda mengapa kita mencari motivasi.
Anda tahu tak getah paip, ala yang selalu digunakan untuk cuci kereta, siram pokok bunga dan kadang-kadang boleh untuk siram orang jugak. Hehe..
Cuba anda buka pili air dan sambungkan getah paip itu tadi pada pili air.Kemudian pegang pada salah satu bahagian getah paip itu tadi? Lihat bagaimana bentuk aliran air tersebut?
Tentu sekali aliran air menjadi kurang lancar dan aliran air yang tersebut kecil . Kenapa? Kerana anda telah meletakkan’rintangan’ pada salah satu bahagian paip itu tadi. Betul tak?
Begitu juga dengan persoalan kita.
Kita mencari motivasi kerana sebenarnya kita ingin mengurangkan ‘rintangan’. Contoh ‘rintangan’ yang saya maksudkan ialah seperti perasaan mudah berputus-asa, kurang keyakinan diri,selalu termenung, berfikiran negatif dan sebagainya. (yang negatif-negatif)
Apabila kita dapat mengurangkan kadar ‘rintangan’ itu melalui motivasi, maka segala potensi yang ada dalam diri anda akan lebih mudah terpancar ( potensi anda adalah ibarat seperti aliran air). Anda perlu tahu potensi anda kerana melalui potensi inilah anda membina kekuatan untuk berjaya.
Secara kesimpulannya, lebih banyak kadar ‘rintangan’ yang boleh anda kurangkan, maka lagi cepatlah potensi anda akan terpancar. Itulah sebenarnya mengapa kita perlu mencari motivasi - untuk mengurangkan ‘rintangan’ .
p.s: Thanks to Allan Says
Kenapa Kita Mencari Motivasi?
November 22, 2007 | Leave a Comment
Salam semua,
Saya memohon maaf kerana tak update blog ini sejak beberapa hari lepas. Saya sebenarnya terlalu sibuk dengan urusan di tempat kerja dan pada sebelah malamnya pula saya berusaha untuk menyiapkan ’sesuatu’ untuk susbscibers saya. Kalau nak tahu, kenalah jadi subsriber saya k…
Insyallah, saya akan membuat membuat sedikit ‘replacement’ untuk ebook 7 Pemikiran Orang Berjaya kepada satu ebook yang lebih ‘fresh’ dan khas untuk mereka yang newbie. ( Emm, entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya rajin pulak menulis. Hehe..)
Kepada subscibers MohdJohari.Com, anda akan mendapat akses direct dari saya nanti. Jangan risau. Semestinya anda perlu didahulukan daripada yang lain.
Berbalik kepada topik kita : Kenapa Kita Mencari Motivasi?
Pernah tak anda terfikir soalan di atas?
Orang-orang yang berjaya ialah golongan yang dilihat sentiasa bermotivasi tinggi setiap masa. Mereka perlu memastikan diri mereka begitu kerana, secara realitinya semakin tinggi tanggungjawab yang anda pikul, maka lagi besarlah cabaran yang bakal anda tempuhi. Dan, motivasi inilah yang membantu mereka untuk kekalkan momentum terhadap usaha yang mereka lakukan. - Ini cuma salah satu sebabnya sahaja tetapi ada lagi SATU sebab yang menjadi SEBAB UTAMA terhadap sebab-sebab yang lain..
Kenapa kita mencari MOTIVASI?
Esok saya akan beritahu anda..
