Cara-cara menggunakan action script
November 20, 2008 | 3 Comments
Salam kawan-kawan sekalian,
Menggunakan photoshop memang memberikan kelebihan kepada sesiapa yang mahir dengannya. Apa tidaknya, dengan kepakaran photoshop, anda boleh mengambil upah sebagai designer untuk website, pelbagai jenis ecover, buat template untuk wordpress dan macam-macam lagi ( yang berkaitan dengan grafik editing lah ye)
Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang pakar mengenai photoshop. Seperti mana satu webjualan saya, www.profitniaga.com saya membuat designnya sendiri. Designnya tak lah lawa sangat tapi saya rasa puas apabila saya mendesignnya sendiri.
Sepanjang saya ‘jalan-jalan’ dalam forum, saya ternampak ada sesetengah newbie yang tak tahu apa itu action script. Action script ini adalah sebuah script yang dibina untuk mempercepatkan kerja designing terutamanya untuk ecover ( ebook,ezine,e-report, boxes, dvd cover, cd cover dsb..).
Untuk itu, saya fikir saya ingin gunakan satu kemahiran saya lagi iaitu membuat video dengan menggunakan Camtasia. Video ini berkisar mengenai apakah itu action script dan bagaimana untuk menggunakannya. Memang sebuah tutorial yang simple jer dan khas untuk newbie yang ingin tahu bagaimana nak menggunakan action script.
Selamat menonton!
p.s: Oh, ya..kalau ada apa-apa komen, sila tinggalkan komen di ruangan di bawah. Insyallah, saya cuba perbaiki kesilapan dan kekurangan untuk siri video yang akan datang pula.
Photoshop Ultimate Collection Dilancarkan!
November 5, 2008 | 2 Comments
Photoshop Ultimate Collection telah dilancarkan.
Sila ke laman web berikut untuk maklumat lanjut:
http://profitniaga.com/photoshop-ultimate/
Photoshop Ultimate Collection - Mengandungi koleksi Photoshop PSD dan Grafik Terbesar
Tawaran Terhad: Harga Promosi (RM30.00)
Harga promosi ini adalah terhad untuk 100 pembeli sahaja.
Selepas daripada itu, saya akan menaikkan harga produk ini kepada harga sebenarnya iaitu RM67.00
Tempahlah sekarang sebelum anda terlepas koleksi hebat ini.
http://profitniaga.com/photoshop-ultimate/
- Johari
Rahsia Ebiz - Sumber PSD Terbaik
January 12, 2008 | Leave a Comment
Salam hujung minggu semua,
Huhu, actually saya tengah lagi memikirkan konsep yang sesuai untuk digunakan pada theme blog saya ini. Al maklumlah, tahun baru mestilah ada ‘refresh’ skit kan?
Dalam saya terfikir-fikir nak cari theme, saya ‘terjumpa’ CD Photoshop Design Mania yang saya beli dari code7 terselit bawah buku-buku saya. ( haha..saya tak sempat nak kemaskan meja saya sebenarnya
)
Saya belum ‘godek’ habis lagi CD itu dari mula saya membelinya. Saya pun spend masa untuk ‘menelaah’ CD tersebut.
Alangkah terkujatnya (terkejut) bila saya kerana saya sebenarnya sudah pun memiliki hampir beratus tutorial photoshop yang berkualiti beserta sample-sample menarik yang diberikan melalui CD tersebut. Huhu..bukan senang nak dapatkan tutorial beserta PSD files ni. Kalau nak beli mau beratus-ratus USD jugak harganya.
Kepada yang masih baru atau meminati bidang ‘design-mendesign’ ni , saya sarankan anda untuk memiliki CD Photoshop Mania ini. Harganya sangat berpatutan dan saya jamin anda tidak akan menyesal selepas memilikinya. (terpikir pulak nak jadi designer lepas ni
)
Recommended:

