Melancarkan Produk Anda Seperti Virus

March 3, 2008 | 2 Comments

Sepanjang minggu lalu saya banyak menghabiskan masa saya membelek-belek emel-emel di dalam inbox saya. Tujuan saya adalah untuk mempelajari sesuatu bagaimana sesuatu produk dilancarkan.Mungkin ramai yang melanggan newsletter dengan IM luar negara. Perasan tak anda mereka menggunakan teknik pemasaran yang sama untuk melancarkan produk terbaru mereka.

Satu teknik yang saya lihat adalah, mereka menggunakan sebaik mungkin list yang mereka miliki.

Contohnya, apabila Gobala Krishnan (local IM) membuat pelancaran produk, anda juga akan menerima emel promosi dari rakan-rakan JV-nya ( Edmund Loh, Vince Tan, Melvin Ng). Rakan-rakannya punya menyebarkan melalui list mereka masing-masing dan proses ini akan berterusan dengan cepat dalam tempoh pelancaran tersebut.

Di sini kita dapat melihat, proses penyampaian maklumat pelancaran produk terbaru berlaku seperti virus yang merebak.

Jadi tidak mustahil mereka boleh mencapai pendapatan sehingga 5 - 6 angka hanya dalam tempoh 24 jam. Jadi , apakah yang perlu anda lakukan untuk mencapai ke tahap ini?

1. Membina seberapa besar list yang anda boleh

2. Membina hubungan baik dengan list - emel secara berhemah, bukan asyik promosi sahaja.

3. Utamakan list dalam apa jua pelancaran produk atau projek terbaru - mereka akan  rasa anda mengutamakan mereka.

4. Melakukan JV dengan list anda dengan menawarkan pakej-pakej bonus atau payment plan ( kalau produk anda mahal)

5. Ber-JV dengan IM yang berkaliber - inilah “masterkey” sebenarnya

Itulah antara beberapa tips yang saya perolehi melalui pembacaan dan mengkaji secara langsung setiap pelancaran produk yang berlaku. Teknik ini bukanlah baru tetapi jika anda bijak, anda boleh membuat sedikit “twist” untuk menjadikannya unik dan trademark anda.

Panduan Social Bookmarking - Sham RajaAdsense

December 20, 2007 | Leave a Comment

Saya baru saja membaca ebook free dari Sham Raja Adsense. Ebook kali ini adalah mengenai kes study bagaimana Sham menggunakan MalaysiaStory. Net untuk mendapatkan  backlink dan tersenari  di nombor  3  di Google  untuk keyword “panduan  jimat  duit ” kalau tak salah saya lah.

Anda boleh dapatkan ebook Sham secara percuma melalui link di bawah :

http://rajaadsense.com/blog/2007/12/16/panduan-social-bookmarking.html 

Selamat bercuti! :)

17 thn - Sudah Mempunyai Syarikat Bernilai $3 juta?

October 24, 2007 | Leave a Comment

Bagaimana seorang budak berumur 17 tahun mampu membina perniagaan yang bernilai $3 juta dengan hanya mempunyai $70 ditangan dan mengajar orang ramai bagaimana bermain piano dengan telinga? Pelik?

http://www.youtube.com/watch?v=W9bDVSb_s7Q

Link website beliau : http://www.nittygrittymarketing.com/

p.s: adakah anda perlu “bakat” atau “keistimewaan” untuk BERJAYA?

p.p.s : Tawaran Istimewa masih lagi di buka. Dapatkan segera Traffic Marketing Videos sekarang sebelum 20 lesen MRR habis dijual.

Khas Untuk Newbies Sahaja

September 19, 2007 | 3 Comments

Salam sejahtera,

Ketika saya menulis untuk post ini, saya sedang berada dalam
keadaan yang sangat tenang. Pada masa beginilah pelbagai idea
akan mencurah-curah sehingga 3 4 helai kertas kosong akan saya
tulis. :-) Tips kali ini merupakan salah satu idea yang terlintas
difikiran saya. Nampak mudah tetapi sangat berkesan jika diaplikasikan
dengan betul. Teruskan membaca.

Read more

Pendapatan Tak Terduga :-)

August 24, 2007 | 8 Comments

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu lagi pengalaman manis saya sebagai usahawan part-time internet. Sebelum itu, biar saya jujur dengan anda bahawa saya sebenarnya juga masih lagi dalam peringkat belajar mengenai perniagaan internet seperti anda. Saya bukanlah golongan expert seperti SmartZul, Shuth, Saifulsham dan yang lain-lain yang memang sudah otai dalam perniagaan internet.

Tapi, satu pengajaran penting yang saya telah belajar ialah, jika ingin berjaya belajarlah dari mereka yang sudah berjaya. Dan yang paling penting PRAKTIKAN apa yang anda sudah belajar sama ada melalui ebook mahupun seminar yang pernah anda hadiri.

Cuba lihat screenshot di bawah :

Alhamdulillah, saya telah mendapat jualan pertama untuk satu produk Master Resell Right setelah mengupload mini-site sebulan yang lalu. Walaupun mengambil masa agak lama untuk melihat kesannya, sekurang-kurangnya saya tahu ilmu yang saya pelajari boleh digunakan. Betul tak ? ;)

Saya sebenarnya hanya ingin membuat “eksperimen” terhadap salah satu teknik marketing dan terbukti ianya berjaya walaupun sudah saya agak lama tidak menjenguk mini-site saya itu. Kira pendapatan tak terduga jugak lah ni :)

Kepada anda, ayuh mulakan perniagaan internet anda. Jangan tunggu-tunggu lagi. Masa yang terbaik ialah SEKARANG. Jangan takut kepada kegagalan kerana, jika ingin berjaya, cara paling cepat adalah dengan belajar dari kesilapan.

Ok, jumpa lagi! Adios!

Patric Chan Punya “Sunday Email”

August 15, 2007 | Leave a Comment

Em..saya nak kongsi skit dengan anda semua mengenai ebook percuma dari Patric Chan ni. Kepada yang masih belum mengenali beliau, bolehlah membaca kat blog ini.

Ok, Sunday Email ini merupakan satu slot di mana Patric akan menceritakan perjalanan beliau dari mula-mula dia berkecimpung dalam perniagaan internet hingga sekarang. Banyak kisah-kisah suka dan duka, motivasi, pengalaman dan teknik-teknik perniagaan yang boleh anda pelajari melalui slot ini.

Sebelum ini, beliau hanya post-kan pada setiap hari Ahad, tapi kali ini Patric telah membuat ebook yang merangkumi setiap “Sunday Email” yang pernah beliau postkan di blog.

Ok..kalau berminat nak tahu lebih lanjut, sila ke  “Sunday Email Report By Patric Chan”

Selamat membaca! :)

Download Report Khas -Dua Remaja Kreatif

July 3, 2007 | Leave a Comment

Semalam, saya baru dapat emel dari Team Flarebiz, ala budak remaja dua orang yang kreatif tu. Mereka baru saja menyiapkan satu report bagaimana “Ali” menjana pendapatan melalui adsense. Hehe, tajuk pun gimik semacam je.. :)

http://tipadsense.com/report/

Saya recommendkan kepada yang berminat untuk belajar bagaimana menjana pendapatan melalui adsense. Actually, method yang diajar melalui ebook ini adalah yang terkini dan sekarang semakin ramai yang menggunakannya. Rugi kalau tak nak ambil tahu ;)

Saya pun sangat setuju dengan isi kandungan report tersebut. Saya pernah menggunakan teknik yang hampir sama dan saya berjaya memperolehi USD 10 sehari dengan teknik tersebut. :)
So, kepada yang berminat dapatkan segera report ini. Mana tahu nanti, Labanon letak harga pulak kat report tu nanti. Takut rugi? Cepat2 lah download k. :)

http://tipadsense.com/report/

Bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog anda

May 3, 2007 | Leave a Comment

Entah tetiba saya rasa minda saya mengeluarkan idea-idea selepas saya selesai menunaikan solat maghrib. Alhamduillah :)

Ok, saya nak share sesuatu dengan anda beberapa tips yang saya rasa anda boleh cuba gunakan untuk meningkatkan kadar trafik ke blog anda. Apa yang saya beritahu anda adalah dari pemerhatian dan juga pengalaman saya sendiri selepas beberapa bulan mencuba bermacam-macam teknik menjana trafik.

Baiklah, mari kita mulakan..

1. Anda perlu tahu apa fokus blog anda, topik apakah yang akan anda selalu bincangkan dan bagaimana anda menggunakan kekuatan anda untuk menjadikan blog anda lebih menarik.

2. Anda perlu mengenalpasti  jenis trafik yang bagaimana yang anda ingin perolehi. Jika anda inginkan trafik yang berulang-ulang, maka tugas anda ialah membina kredibiliti anda terlebih dahulu melalui penyampaian anda menerusi blog. Yang penting, biarkan artikel yang anda tulis nampak bersahaja tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Cuba bermain dengan emosi pembaca mengikut kesesuaian dan elakkan pembaca menjadi bosan dengan artikel-artikel anda.

3. Cuba berikan insentif kepada para pembaca setia anda. Anda perlu ingat, anda boleh mencipta lebih banyak trafik melalui mereka ini. Bagaimana? Tuliskan satu laporan atau ebook yang membincangkan sesuatu masalah yang selalu menjadi pertanyaan oleh pembaca anda. Lebih menarik jika anda adakan satu “survey poll” dan sesiapa yang menyumbang idea mereka, hadiahkan mereka dengan sesuatu yang bernilai. Dengan cara ini, pembaca anda akan merasakan diri mereka dihargai dan secara psikologi nya pula, mereka akan menjadi lebih setia dengan blog anda.

4. Blog anda melambangkan buah fikiran anda. Hati-hati dengan setiap ayat yang bakal anda tulis. Pastikan ianya tidak menyentuh hal-hal yang terlalu peribadi dan mencabuli hak asasi seseorang. Jika ingin menegur, gunakan kaedah yang bijak, gunakan sebuah cerita dan selitkan apakah jenis teguran yang anda maksudkan. Secara lumrahnya, manusia akan lebih mudah menerima teguran dengan syarat anda tidak menyalahkannya secara total tetapi jadikan diri anda sebahagian dari mereka. Tentunya mereka akan berasa lebih tenang menerima teguran anda tadi. Jika anda secara tidak sengaja menyakiti hati ahli pembaca anda, minta maaf dengan kadar yang segera. Anda perlu pandai menjaga hati pembaca anda. You got what I mean, right?

5. Kekalkan tempo membuat post-post di blog anda. Gunakan juga konsep ketika anda ingin mendownload guna torrent.  Anda tentunya tahukan bila masa dan ketika fail-fail torrent akan diupload oleh seeders. Gunakan konsep yang sama juga. Lebih baik jika anda mampu membuatkan pembaca anda tertanya-tanya tetapi perlu pandailah main peranan ok.

6. Jangan saratkan blog anda dengan iklan-iklan atau affiliate-affiliate link. Bukan maksud saya tidak boleh terus tapi anda perlu mengawalnya bagi memastikan blog anda tidak menjadi tempat pengiklanan. Letakkan 1 hingga 3 affiliate link sudah memadai. Apa yang penting bagaimana anda menarik pembaca untuk mengklik link anda itu.
Harap tips-tips di atas dapat membantu anda. Gud Luck! :)

Trafik yang berkualiti

April 2, 2007 | 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Kini kita sudahpun masuk bulan April. Bagaimana perkembangan perniagaan anda sekarang, sudah maju atau masih dalam proses perancangan? Saya pula kini masih lagi membuat beberapa siri eksperimen terhadap salah satu website saya yang lain. Insyalah, kalau berjaya atau tidak eksperimen saya nanti, saya akan kongsikan apa yang saya lakukan kepada anda.

Ok, kali ini saya ingin bercakap mengenai traffik. Adakah anda percaya traffik memainkan peranan penting dalam sesuatu perniagaan internet. Jika anda lihat perniagaan konvensinal, apakah perkara yang menjadi kunci terhadap kejayaan perniagaan mereka. Tentunya mempunyai strategi pemasaran yang baik dan pelanggan yang ramai.

Tapi perlu diingat, bukan bermakna anda memperolehi traffik yang tinggi, anda sudah boleh relax atau pun goyang kaki. Itu hanyalah satu permulaan. Anda mungkin berjaya menarik ramai trafik ke web anda tapi adakah anda berjaya mendapatkan trafik yang akan datang semula ke web atau blog anda?

Cuba anda perhatikan Youtube dan Myspace untuk seketika. Apakah yang menjadikan mereka di antara salah satu website komuniti yang mempunyai tahap bilangan pelawat yang tinggi? Ok. Salah satu sebabnya ialah , Youtube dan Myspace mempunyai kandungan yang sentiasa “fresh”. Oleh sebab itu, ramai yang akan pergi ke sana untuk mencari sesautu yang baru dan menarik. Sekali lagi kandungan yang menarik menjadi sebab penarikkan trafik ke wesite atau blog.

Dan, saya pasti Youtube dan Myspace sentiasa mempunyai “returning visitors” mereka sendiri. Itulah kualiti trafik yang sebenar. Youtube dan Myspace telah berjaya mendapatkan “trafik yang setia dengan mereka”.

p.s: Untuk rujukan tempatan, anda boleh lihat blog-blog seperti SmartUsaha, Saifulsham atau Dr Irfan. Apa yang menjadikan blog mereka sentiasa dilawati pengunjung. ;)

3 Komponen Paling Penting

March 25, 2007 | 4 Comments

Akum dan apa khabar?

Bagaimana dengan cuti hujung minggu anda kali ini? Cukup rehat tak? Saya baru sahaja menjenguk blog saya ini hari ini kerana sepanjang minggu ini saya tidak sempat hendak meng-update artikel terkini di blog saya. Saya terlalu sibuk dengan kerja harian di tempat kerja dan melakukan beberapa siri kajian berkaitan perniagaan internet.
Saya ni pun baru je nak belajar bab-bab bisnes dari internet so kenalah rajin skit. Asalkan boleh luangkan masa 2-3 jam sehari untuk menambah ilmu itu pun sudah cukup baik bagi menambah pengetahuan saya.

Saya minta maaf jika sejak kebelakangan ini, artikel saya macam tak ada “aura”. Mungkin kerana saya kurang rehat dan idea pun kurang nak bercambah. Tapi tak apa, insyallah saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk sama-sama saya kongsikan kongsikan bersama anda.

Baiklah, saya ingin berikan anda satu tips yang saya rasa pakar-pakar perniagaan internet pun selalu memperkatakannya. Dalam perniagaan internet, terdapat 3 elemen yang paling utama iaitu:

1. Kandungan (content)

2. Trafik (traffic)

3. Pendapatan (revenue)

3 elemen utama ini merupakan konsep asas bagaimana sesuatu perniagaan internet itu berfungsi. Mungkin ada banyak lagi konsep lain, tapi bagi saya, saya melihat sesuatu perniagaan internet tersebut dari sudut 3 elemen di atas. ( 3 elemen itu jugalah saya dok kaji selama ini..hehe ) :)

Insyallah, nanti saya huraikan 3 elemen tersebut ok..

Next Page »