Cara Mudah Menarik Trafik ke Blog Anda
March 13, 2007 | 5 Comments
Akum dan salam sejahtera.
Emm..saya pernah memberikan tips-tips bagaimana untuk menarik pelawat kepada
blog anda sebelum ini. Tapi tak mengapa, kita anggap apa yang saya post hari ini
untuk “refresh” semula apa yang kita pernah pelajari sebelum ini.
Bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda? Emm, satu soalan yang agak senang dan juga agak susah.
Baiklah, saya nak gunakan sedikit analogi kepada anda.
Kenapa anda pergi ke Yahoo.com ? Kerana anda ingin menggunakan service email mereka bukan.
Kenapa pula anda pergi ke Google.com? Kerana anda ingin menggunakan khidmat carian mereka atau mencari maklumat mengenai Adsense
Kesimpulannya, cuba cari sesuatu yang orang ramai ingin tahu. Contohnya, macam blog saya ini, saya lebih tumpukan kepada tips-tips motivasi dan hanya sesekali saya selitkan perkara-perkara berkaitan perniagaan internet.
Tujuan saya ialah, saya ingin memberi gambaran betapa besarnya pengaruh motivasi dalam kehidupan seharian terutama dalam bidang perniagaan.
Itu niche untuk blog saya ni
Bagaimana pula dengan anda? Mungkin anda seorang yang pakar bab-bab programming, pc maintainence,menulis atau apa sahaja kelebihan anda yang anda fikir mampu menarik minat seseorang datang ke blog anda untuk mendapatkan maklumat. Jadikan blog anda unik.
Saya sarankan anda mengambil contoh blog.smartusaha.com atau saifulsham.com
Apa yang penting di sini ialah, kandungan dalam blog anda mampu menarik trafik. Dan, jika anda berjaya melakukan ini,anda berpeluang besar untuk berjaya dalam perniagaan internet.
p.s: Fikir sejenak, Adsense tidak akan di-klik kalau tak ada pelawat ke blog/website anda. Begitu juga dengan laman web jualan. Tanpa trafik, kesimpulannya TIADA jualan dicapai.
p.p.s: Kenapa internet marketer yang berjaya dapat menjual PRODUK baru mereka hingga SOLD OUT dalam masa hanya beberapa jam produk dilancarkan? TRAFFIK YANG TINGGI adalah salah satu jawapannya
Pentingnya Merancang
February 18, 2007 | 1 Comment
Akum dan salam sejahtera semua.
Ok, seperti yang saya janjikan, saya akan memberikan satu tips yang tersangatlah berharga hari ini.
Sejam yang lalu saya mendapat melihat respon dari Patric Chan. Sebelum ini, saya ada membuat pertanyaan melalui blog beliau mengenai bagaimana caranya newbie (mcm saya ni) boleh menghadapi masalah “ketepuan” produk-produk IM dan apakah caranya newbie boleh gunakan sebenarnya untuk bermula di internet. (Anda perasan tak,setiap minggu ade saje produk-produk baru keluar kan..pening juga kepala saya dibuatnya ;))
Ini soalan saya: (eragonies tu saya lah ye..maaf kalau tak brape clear
)


Jadi apa yang saya dapat rumuskan di sini adalah :
1. Kenalpasti apakah sebenarnya matlamat kita. Kemudian, rancang pelan tindakkan anda mengikut kesesuaian ke arah matlamat anda itu.
2. Pilih produk-produk yang anda rasakan sesuai untuk membantu anda ke arah mencapai matlamat anda sahaja. Only use what you really need for your mission.
3. Pilih internet marketer yang mempunyai niche yang lebih kurang dengan anda dan jadikannya sebagai role-model dalam usaha anda tadi.
Be alert dengan produk-produk yang disyorkan oleh internet marketer pilihan anda tadi kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dan tidak perlu. (Yelahkan, kita ni masih newbie. Learn slowly but effectively..hehe ;))
4. Stick dengan pelan tindakkan anda rangka tadi. Ini bagi memastikan anda boleh memantau perkembangan perniagaan anda dan melihat apakah kelemahan atau kelebihan dalam perniagaan anda.
Ok..itu saja untuk tips kali ini. Semoga tips ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dan membina perniagaan yang lebih strategik.
Kualiti Produk Resell Rights
February 1, 2007 | 3 Comments
Akum dan salam sejahtera
Ok, hari ini saya nak kongsikan sesuatu tips mudah bagaimana untuk memilih produk resell rights yang betul. Kepada yang telah mengikuti post-post di smartusaha.com mengenai bagaimana untuk memulakan perniagaan internet dalam masa 3 hari, anda boleh gunakan tips ini sebagai tambahan.
Baiklah. Apakah kriteria-kriteria penting di dalam produk Resell Rights? Ini merupakan jawapannya seorang reseller idola saya, Edmund Loh. :
1. Maklumat di dalam produk Resell Rights itu hendaklah tidak mudah diperolehi melalui artikel percuma atau laporan percuma.
2. Maklumat yang ditawarkan boleh menjimatkan wang seseorang.
3. Maklumat hendaklah dapat menjimatkan masa.
4. Maklumat yang diberikan dapat menolong seseorang untuk menjimatkan tenaga ( bekerja secara bijak)
5. Maklumat hendaklah mempunyai QUALITY RECOMMENDATION.
6. Maklumat boleh menyelesaikan sesuatu masalah .
7. Maklumat menyediakan peluang untuk menambah pendapatan atau memberi peluang perniagaan.
Saya harap maklumat yang ringkas tapi amat berkesan ini dapat membantu anda memilih produk Resell Rights yang lebih berkualiti dan mempunyai pasaran.
Selamat berjaya!
Johari.
Tips MAHAL
January 22, 2007 | Leave a Comment
Akum dan salam sejahtera.
Bagaimana perasaan anda hari ini? Sudahkah anda mencuba tips-tips selepas membaca post saya untuk beberapa hari lepas?
Jangan risau jika anda belum melihat hasilnya. Kalau boleh, cuba jadikan ia sebagai amalan dalam kehidupan. Buat perlahan-lahan.Insyallah, anda akan merasai kesannya nanti.
Ok, hari ini saya hendak berikan anda satu tips yang bagi saya agak “mahal” tapi saya nak kongsikan dengan anda. Saya “membeli” tips ini dengan harga USD 97 melalui salah satu rangkaian affiliate yang saya sertai. Tipsnya mudah sahaja. Tapi sebelum itu, mari kita kaji beberapa soalan di bawah.
1. Kenapa perniagaan yang kita bangunkan tidak memberi impak seperti yang kita harapkan?
2. Mengapa ramai usahawan internet baru mengalami masalah untuk menjual produk mereka? (salah satu masalahnya ialah “conversion-rate”)
Ini adalah antara keluhan yang selalu kita dengar atau kita alami sendiri. Saya akui, saya pun mengalami situasi yang sama juga. Tapi dengan tips yang saya berikan ini, saya harap anda dapat melihat apakah perkara yang lebih penting dari perkara-perkara yang penting di dalam perniagaan internet.
Tipsnya :
“Fokuskan hanya 10% usaha kepada perkara-perkara teknikal (spt membina laman web, autoresponder dsb), dan fokuskan 90% usaha anda selebihnya untuk aktiviti MEMPROMOSI produk anda”
Secara hakikatnya, suatu perniagaan itu berjaya bergantung kepada berapa hasil jualan yang diperolehi.
Bagi mendapatkan jualan pula kita hendaklah membuat PROMOSI untuk memberitahu apa yang kita jual atau tawarkan di samping membawa pelawat ke laman web dan “menukar” pelawat-pelawat tersebut kepada pembeli.
Bagi saya, perkara yang paling sukar dilakukan dalam perniagaan internet ialah membawa pelanggan ke laman web kita dan “menukar” mereka sebagai pembeli.
Betul tak?
Apa pendapat anda ?
Bagaimana untuk meningkatkan jualan
January 12, 2007 | 5 Comments
Akum dan salam sejahtera
Kepada mereka yang mempunyai produk untuk dijual tentunya ingin menambah lagi hasil jualan mereka dari semasa ke semasa. Di sini ada beberapa tips yang boleh anda gunakan sebagai tools untuk meningkatkan jualan dan juga mutu perkhidmatan anda.
1. Consulting, iaitu memberikan nasihat dan pandangan anda tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Proses ini boleh lakukan melalui penghantaran newsletter, emel atau satu laporan ringkas (special report) yang berbentuk ebook.
2. Buat satu bahagian untuk pelanggan, contohnya Pusat Perkhidmatan Pelanggan di mana ianya berfungsi sebagai medium kepada pelanggan-pelanggan anda untuk berkomunikasi dan bertanya mengenai produk yang anda jual.
3. Bina satu mini-site yang hanya boleh dimasuki oleh mereka yang diberikan private access dari anda. Anda boleh letakkan perkhidmatan download percuma terhadap beberapa siri produk dan maklumat yang anda rasa boleh membantu mereka.
4. Kepada yang mempunyai kemahiran atau tools untuk membuat video, saya sarankan anda buat satu video mudah mengenai bagaimana atau cara-cara untuk menggunakan produk anda dan tunjukkan kelebihan-kelebihan yang ada dalam produk anda. Anda boleh berikan video ini secara percuma atau letak di ruangan download sebagai satu langkah promosi.
5. Membuat Chat room class, iaitu untuk pelanggan-pelanggan anda yang sudah membeli produk tetapi memerlukan tunjuk ajar secara direct dari anda. Melalui kaedah ini, pelanggan-pelanggan anda akan dapat “merasai” kesungguhan dan kualiti perkhidmatan anda dan tidak mustahil mereka akan membeli produk-produk anda yang seterusnya apabila melihat kualiti terbaik dari anda. Mungkin anda juga akan “dipromosi” secara percuma dari mereka juga. Hehe ![]()
Saya harap 5 kaedah di atas dapat membantu anda dalam meningkatkan hasil jualan dan juga mutu perkhidmatan anda supaya lebih nampak profesional dan ada class.
Selamat mencuba!
Maklumat Yang Boleh Anda Jual di Internet-Part 2
January 4, 2007 | Leave a Comment
Akum dan salam sejahtera,
Baiklah.Sudahkah anda melakukan kajian mengenai pasaran yang anda ingin ceburi?
Pastikan pasaran yang anda pilih tersebut mempunyai permintaan yang tinggi dengan
maklumat/ produk yang bakal anda hasilkan nanti.Dengan itu,anda sudah boleh mengira
secara kasar berapa keuntungan yang anda boleh perolehi melalui kajian terhadap pasaran tersebut.
Ok, anda kini dengan selamatnya boleh mula menghasilkan produk dengan mensasarkan pasaran yang anda pilih tadi.
Harus diingat, utamakan terhadap kualiti yang anda ingin berikan kepada pelanggan anda,
dan bukannya anda buat produk untuk diri keseronokkan anda.Tujuan anda menjual adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Masih belum ada idea? Jika anda mempunyai list subscriber, bertanyalah dengan
mereka.Hantarkan emel yang menyatakan anda mempunyai projek untuk membina satu produk maklumat dan meminta pendapat dari mereka. Terdapat banyak keuntungan akan anda perolehi melalui kaedah ini.
Anda secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan anda dengan subsribers.Selain itu, mana tahu ada di kalangan subscribers anda itu, ada yang mempunyai idea yang bernas yang boleh dijadikan sebagai idea untuk produk.
Kepada mereka yang menyumbangkan idea, anda boleh membuat tawaran kepada mereka menjadi JV partner anda sebagai tanda terima kasih anda terhadap sumbangan mereka.
Menarik bukan?
Gunakan segala kreativiti anda untuk mendapatkan idea-idea yang berkualiti.
“Orang membeli atau mendapatkan perkhidmatan kerana sebab mereka bukannya sebab dari kita” - Patric ChanÂ
Maklumat Yang Boleh Anda Jual di Internet
January 2, 2007 | Leave a Comment
Akum dan salam sejahtera,
Saya yakin anda telah banyak didedahkan dengan pelbagai jenis maklumat
yang berkaitan dengan pemasaran internet (internet marketing) dan potensinya dalam menjana keuntungan maksimum.
Tahukah anda kuasa maklumat dan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan darinya dengan mudah?
Jika anda belum tahu dan ingin tahu, anda wajib membaca artikel saya pada kali ini. Saya akan menceritakan dengan ringkas bagaimana dan jenis-jenis maklumat yang boleh anda jual di internet.
Ada pelbagai produk yang boleh anda jual melalui internet, tidak kiralah produk
fizikal ataupun produk digital.
Tapi kali ini saya akan lebih fokuskan kepada produk digital.(untuk
produk fizikal pula anda boleh tanya pada yang lebih pakar seperti SaifulSham) ![]()
Ada pelbagai format untuk menghasilkan produk digital :
1. Buku Elektronik (E-Book)
2. CD Multimedia
3. Perisian atau Web Tools (untuk membangunkan web)
4. Video dan Audio
5. Formula-formula pemasaran dan sebagainya.
Tapi,bukanlah format menjadi ukuran.
Eh..Nanti dulu!
RAHSIA BESAR : Setiap format tersebut boleh akan memberi harga jualan (selling price) atau bahasa mudahnya peratus keuntungan yang berbeza-beza
Kualiti “boleh jual” sesuatu produk ditentukan oleh “isi” yang terkandung di dalam produk tersebut.
Bagaimana untuk mendapatkan “isi” produk yang mampu memenuhi permintaan pelanggan yang lapar dengan maklumat di luar sana?
Hehe…Itulah kunci untuk keuntungan lumayan anda ![]()
Gobala Krishnan, salah seorang internet marketer Malaysia mengatakan, berdasarkan
dari pengalaman beliau (Chapter-M yang mencatatkan keuntungan RM 28,000 dalam masa 4 bulan), cara yang sangat terbaik untuk mengetahui apa kehendak pasaran adalah
dengan bertanya dengan pasaran itu sendiri.
Lakukan kajian ini :
“Ask the market first”
Kita sambung esok pulak
p.s : Kepada yang telah men-download ebook percuma saya ucapkan ribuan terima
kasih.Saya memerlukan pandangan anda mengenai ebook tersebut.
p.p.s : Saya merancang untuk menambah dan meng-upgrade ebook saya tersebut. Jadi
saya meminta jasa baik anda untuk memberi komen kepada saya supaya saya tahu apakah
yang anda ingin tahu mengenai motivasi. Insyallah, saya akan kongsikan ilmu bersama
anda dan semestinya ia adalah PERCUMA.
Fahami Nilai Pelawat Anda
December 19, 2006 | 2 Comments
Akum dan salam sejahtera,
Saya baru sahaja melihat artikel terkini dari blog Rich Schefren yang
sangat menarik perhatian saya.Ianya tentang nilai pelawat (visitors)
Tahukah anda nilai seorang pelawat? Ya, mungkin anda menyatakan
ia hanyalah satu nombor. Tapi sebenarnya ia lebih dari itu.Kenapa?
Ini kerana, jumlah pelawat menentukan keberkesanan perniagaan yang
anda sedang jalankan.Konsepnya sama dengan aktiviti perniagaan yang
konvensional.
Dengan memberikan lebih banyak fokus kepada bilangan pelawat,
anda akan dapat meningkatkan kualiti perniagaan anda serta
memperbaiki kelemahan yang ada.
a. anda boleh menawarkan produk yang berkualiti kualiti sekaligus menambah
margin keuntungan anda.
b. memperbaiki surat jualan (sales copy) untuk meningkatkan peratus pelawat
kepada pembeli.
Kaedah ini sangat berkesan kerana ia akan mengambarkan anda menjalankan
perniagaan yang sebenar.Anda juga akan dapat mengenal pasti margin
keuntungan yang bakal anda perolehi dengan mengkaji bilangan pelawat secara kritikal.
Satu konsep perniagaan yang mudah tetapi HEBAT!
