Memilih Produk MRR dan PLR Yang Berkualiti

August 7, 2008 | 1 Comment

Semasa saya bermula berjinak-jinak dengan perniagaan internet suatu masa dahulu, saya sering berfikir apakah produk yang saya mahu jual.

Menurut kata-kata Anthony Robbins, anda boleh memiliki segala-galanya di dunia ini ( kemewahan, kebahagiaan dan penghormatan) jika anda tahu bagaimana untuk memenuhi keperluan manusia keseluruhannya.

Oleh itu, dengan perkembangan produk-produk yang berlesenkan Master Resell Rights dan Private Label Rights sekarang, ia telah banyak mengubah kehidupan seseorang.

Sumber Image : http://www.papertrail.co.za/sa/resellers.htm

Seperti Edmund Loh, seorang usahawan internet berjaya yang memulakan bisnes internet beliau dengan cara menjual semula produk orang lain mengatakan, peluang dalam bidang ini telah memberi banyak kelebihan jika anda tahu menggunakannya.

Bagaimana caranya memilih produk-produk reseller yang berkualiti bagi memastikan anda dapat memaksimakan keuntungan?

Beberapa kriteria yang patut anda ketahui sebelum membeli produk-produk MRR / PLR adalah:

  1. Pilih produk yang mempunyai maklumat yang TIADA dalam laporan percuma atau artikel percuma.
  2. Produk yang dapat membantu seseorang untuk menyimpan duit.
  3. Produk yang dapat membantu untuk menjimatkan masa.
  4. Produk yang dapat membantu untuk mengurangkan tenaga (usaha)
  5. Produk yang menyediakan rekomendasi yang berkualiti
  6. Produk yang dapat menyelesaikan masalah
  7. Produk yang dapat membuat DUIT. ;)

Gunakan kriteria-kriteria di atas dalam memilih produk-produk resell anda. Cara di atas sangat sesuai untuk memastikan produk-produk pilihan anda berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran semasa. :)

Yang membantu bisnes online anda,

- Johari

Tutorial : 5 Langkah Sahaja Terus Siap

August 1, 2008 | 2 Comments

Fuh, saya baru sahaja selesai install satu blog wordpress di salah satu domain baru saya.

Saya hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk install wordpress 2.6 (latest) secara manual.

Sebenarnya, nak install blog wordpress ini mudah. Bagi mereka yang berani mencuba atau memiliki kemahiran teknikal dalam IT, ia pastinya tidak mendatangkan masalah.

Di sini saya sediakan step-step mudah bagi mereka yang ada keinginan nak mencuba install blog wordpress ke dalam domain sendiri.

Pertama, anda perlu mendapatkan domain+hosting - saya sarankan cari servis yg gunakan Cpanel sebagai interface control panel hosting anda.

Kemudian download Wordpress 2.6 dari http://wordpress.org/download/

Seterusnya, login ke dalam Cpanel domain anda. Pergi ke bahagian MySQL dan cari phpMyAdmin. Bina satu database dan username serta password untuk database tersebut.

Sebaik sahaja selesai step di atas, ikuti pula step untuk install dengan mudah di bawah.

Hanya ada 5 langkah untuk menginstall blog wordpress  :

1. Edit file wp-config-sample.php dengan menggunakan Notepad. Tukar nama database, username databas dan juga password database. Kemudian, save semula dengan nama wp-config.php.
2. Upload semua file-file tersebut dengan menggunakan FileZilla ke dalam folder www atau public_html.
3. Selesai upload, buka paparan Window Explorer atau Firefox, dan taipkan http://www.websiteanda.com/wp-admin/install.php
4. Sila isikan maklumat yang berkaitan dan ingat password yang telah diberikan untuk proses login nanti.
5. Selepas itu, anda akan dibawa ke paparan login. Login semula dengan username dan password tadi dan pergi ke bahagian “Profil”. Tukar password anda kepada password yang mudah anda untuk ingat - tetapi cukar untuk orang meneka ;).

Ok, siap sudah blog anda! :)

p.s : Jika anda inginkan panduan yang lebih lengkap beserta gambar, saudara SmartZul ada menyediakan satu Panduan Asas Wordpress . Anda boleh dapatkannya melalui link ini .

Artikel Yang Mengingatkan Saya

July 15, 2008 | 1 Comment

Untuk mereka yang baru mengenali peluang serta kelebihan melalui perniagaan internet, pasti akan teruja sama seperti saya pada suatu ketika dahulu. Jujurnya, pada waktu itu saya memang terlalu taksub dan yakin bahawa perniagaan internet itu senang dan untungnya berganda-ganda. Anda tentu tahu perasaannya bagaimana kan? ;)

Namun apabila saya mula melakukannya sendiri, ia sebenarnya tidaklah sesenang yang disangka saya. Saya tetap perlu juga berusaha dan mengeluarkan sedikit modal ( sekurang-kurangnya untuk membeli domain+hosting - paling kurang pun kena ada RM100 - RM300).

Pada waktu itu, saya mulai sedar maksud ’senang’ yang dikatakan oleh pakar-pakar IM. ‘Senang’ pada maksud mereka yang saya fahami adalah setiap teknik yang diajar boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (asalkan ada keinginan + sanggup belajar) . Tapi ia bukanlah ‘mudah’ kerana memerlukan anda konsisten dengan usaha anda. Bagaimana untuk konsisten? Cuba anda fahami artikel yang ditulis oleh SaifulSham di sini –> Saya Misti Pilih

Saya yakin anda misti pernah mengalami kesulitan sebegitu kan? Saya pun sama seperti anda :)

Sama-samalah kita fikirkan..

============================================

p.s: Artikel mengenai cara buat duit dari clickbank terpaksa saya tangguhkan dahulu. Pada mulanya saya nak letakkan sebagai artikel tetapi panjang sangat la pulak jadinya. Langkah terbaiknya ialah saya menyediakannya dalam satu bentuk laporan pendek untuk anda. Jangan risau, ianya masih percuma. Dijamin. Direct download jer.. :)

============================================

Software Mind Mapping

April 25, 2008 | Leave a Comment

Salam sejahtera,

Hari ini saya nak berkongsi satu software untuk membuat peta minda. Ianya hanya percuma sahaja dan sangat mudah untuk digunakan.

bubbls.us

 

Pernah tak anda menggunakan software percuma ini? Kalau belum, saya sarankan anda untuk mencubanya. Software ini sangat mudah digunakan kerana ianya fleksible dan anda boleh “embed” ke blog atau anda boleh save imagenya secara jpeg malalui menu yang disediakan. Ini adalah contoh yang saya buat :

Klik image untuk besarkan 

Peta minda adalah satu tools yang sangat sesuai dalam merangka sesuatu pelan / rancangan lebih-lebih lagi untuk merancang membina perniagaan internet. Ia membolehkan anda melihat dari perspektif yang luas.

Baiklah, saya harap anda cuba software ini. Manalah tahu ia dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu kerja dan juga produktiviti anda.

Selamat mencuba! :)

Luaskan Perspektif Anda

February 21, 2008 | Leave a Comment

Dalam sehari ada berapa kali anda membaca?Tidak kiralah sama ada anda membaca ebook, buku-buku ilmiah, artikel, blog dan sebagainya.

Tahukah anda pembacaan yang berulang terhadap setiap bahan bacaan akan memberikan anda perspektif yang berbeza-beza?

Perkara ini mungkin jarang berlaku jika anda membaca sesuatu yang bersifat fakta atau teori. Namun, ianya masih boleh dilakukan dengan sedikit fokus yang boleh anda berikan.

Ingat lagi tak tentang kisah epal yang jatuh dari pokoknya ? Sebelum itu, ramai yang melihat epal jatuh ke bawah. Tetapi, apabila Newton memikirkan secara serius, maka lahirlah hukum graviti. Dan seterusnya hukum ini masih lagi dikaji oleh ramai saintis sehingga kini.

Perspektif yang berbeza-beza ini sebenarnya lebih mudah berlaku apabila anda membaca bahan-bahan yang berbentuk cerita contohnya bahan-bahan cerita yang bersifat motivasi, peningkatan kendiri dan kisah-kisah orang yang berjaya.

Cuba baca ayat pendek di bawah :

” Orang biasa akan berhenti mencuba selepas mengalami kegagalan pertama ” - Thomas Edison

Jika anda membacanya sepintas lalu, anda akan dapat pemahaman pertama iaitu orang yang mencuba sekali dan gagal dikategorikan sebagai orang biasa jika dia berhenti mencuba.

Sekarang, cuba anda membacanya untuk kali kedua pula. Apa perspektif baru anda?

Mungkin:

1. Orang yang berjaya memerlukan lebih banyak kegagalan untuk berjaya. Atau..
2. Orang berjaya adalah orang yang sabar.

Anda boleh meneruskan senarai di atas mengikut pemahaman anda.

Lihat. Dengan hanya ayat pendek itu sahaja, ia memberikan banyak makna kepada anda dan setiap makna yang terhasil adalah melalui perspektif anda.

Begitu juga halnya apabila anda cuba memotivasikan diri anda. Membaca buku-buku motivasi adalah sangat digalakkan. Tetapi anda lebih digalakkan untuk membacanya berulang kali kerana perspektif anda akan semakin luas apabila melakukan proses pengulangan. Setiap pengulangan yang dilakukan akan memberikan anda ilmu yang baru yang berbeza-beza.

Sesuatu yang memberi makna akan lebih lama tersemat dalam diri berbanding sesuatu yang anda baca hanya seimbas sahaja. Meluaskan persepektif anda akan membenarkan potensi anda untuk mengetahui lebih banyak perkara yang belum anda tahu.

2 CheckOut, Clickbank atau Paypal?

February 19, 2008 | Leave a Comment

Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet oleh Zamri Nanyan

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatanpenerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet,terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal
menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

* Berapakah kos atau yuran yang perlu
dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?

* Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap
transaksi kad kredit?

* Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran
kad kredit ini mempunyai reputasi (track record)
yang baik.

* Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang
menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?

* Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?

* dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

* 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja
dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual
barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem
affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada
setiap nilai jualan dikenakan.

* ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95
sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia
mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan
servis mereka. Ebook “Missing Chapter” ada
membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem
affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga
menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD
daripada setiap nilai jualan dikenakan.

* PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh
mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam
kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan
kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama,
terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak
mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda
boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk
tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% +
$0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com
untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

================================================

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan
meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda
selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini
dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak
dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link
“Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk
menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Khas Untuk Newbies Sahaja

September 19, 2007 | 3 Comments

Salam sejahtera,

Ketika saya menulis untuk post ini, saya sedang berada dalam
keadaan yang sangat tenang. Pada masa beginilah pelbagai idea
akan mencurah-curah sehingga 3 4 helai kertas kosong akan saya
tulis. :-) Tips kali ini merupakan salah satu idea yang terlintas
difikiran saya. Nampak mudah tetapi sangat berkesan jika diaplikasikan
dengan betul. Teruskan membaca.

Read more

Dua Post Menarik Hari Ini

August 31, 2007 | 2 Comments

Salam Kemerdekaan semua,

Em, hari ini saya tak ke mana-mana, kalau nak keluar memang confirm tersekat kat jalan. Jammed teruk. Kalau kat Semenanjung ada perarakkan atau majlis kemerdekaan, kat Kuching pulak lain aktivitinya. Hari ini, berlansungnya aktiviti perlumbaan “sampan” yang diadakan di Waterfront,Kuching. Hehe, memang best kalau dapat pergi.

Oh ya, tengah saya “jalan-jalan” di internet, saya menjumpai dua post yang menarik dan bagus untuk diamati bersama.

1. Merdekakan Diri Anda - SmartUsaha

2. Apakah perniagaan internet? Apa yang usahawan internet lakukan? - SaifulSham

Ok, saya nak sambung baca buku pulak.Hehe. Jumpa lagi!

~ Johari ~

Tak Tahu nak Start Ebiz?

July 28, 2007 | 2 Comments

Salam hujung minggu :) !

Emm..kali ini saya nak promote pada anda satu info yang sangat2 lah berguna untuk mereka yang masih terkapai-kapi untuk memulakan ebiz.

Link Ekslusif - Dari SmartUsaha.Com

Opps, saya tak mendapat apa2 dari promote link ini, ia adalah sumbangan ikhlas saudara SmartZul yang saya kenali sejak dahulu orangnya memang suka over-deliver. Satu sikap yang patut dicontohi oleh para newbie2 jika mahu berjaya dalam ebiz.

Take your time, and read it carefully. Mungkin anda akan mulai sedar apa yang perlu dan tidak perlu anda lakukan dalam membina perniagaan selepas ini. :)

Link Ekslusif - Dari SmartUsaha.Com

 Jumpa lagi! :)

Nak buat “contact form”?

June 3, 2007 | Leave a Comment

Salam sejahtera,

Mungkin ada yang masih pening nak belajar HTML coding kan? Anda ingin memiliki contact form sendiri tanpa perlu bersusah payah nak fikirkan coding. Mudah saja! ;)

Terdapat satu perkhidmatan PERCUMA yang menawarkan kaedah membina contact form dengan mudah. Apa yang hanya perlu lakukan ialah, register secara percuma di www.contactify.com dan dapatkan link contact form anda di situ. Kemudian gunakan link tersebut untuk sebagai contact link anda.

Bagaimana ianya berfungsi?

Ok, mudah saja. Setiap pelawat ingin menghubungi anda akan klik link contact form. Kemudian mereka akan di bawa ke satu tempat contact form. Setelah selesai mereka mengisi setiap maklumat yang diperlukan, pesanan mereka akan dihantar melalui emel yang anda gunakan semasa proses pendaftaran tadi.

Kelebihan cara ini adalah ianya dapat mengurangkan kadar spam emel selain memudahkan anda untuk dihubungi pelawat anda.

Selamat mencuba! :)

Next Page »