Saya sudah kembali!

November 15, 2008 | 1 Comment

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya sudah kembali ( actually Rabu lepas saya dah balik tapi ada masalah kat blog ni).

Maybe ada yang terasa pelik dengan apa yang berlaku kat blog saya 2-3 hari lepas. Sebenarnya, server yang host-kan blog saya ini mengalami kerosakkan hard disk. Jadi, blog saya down untuk sehari lebih sampai saya nak login ke cpanel pun tak dapat. :( Sebab tu la lambat nak update post kat blog ni.

Pengalaman pergi seminar Saifulsham? Memang best!

Read more

Selamat Hari Merdeka ke-51 dan Selamat Berpuasa

August 31, 2008 | Leave a Comment

Alhamdulillah, kita masih lagi berada dalam keadaan yang
aman dan sejahtera di bumi Malaysia yang tercinta.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51
dan Selamat Menyambut
Bulan Ramadhan
yang mulia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga dengan kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini,
kita semua akan dilindungi dan dimurahkan rezeki oleh Nya

Insyallah.

Pursuit Your Happyness

May 10, 2008 | 1 Comment

Anthony Robbins Video

April 4, 2008 | Leave a Comment

Ambil 100% Tanggungjawab Anda

February 4, 2008 | Leave a Comment

Dalam kebanyakkan sifat orang-orang berjaya, mengambil 100%  tanggungjawab adalah antara sifat ‘kejayaan’ mereka. Maksud di sini ialah, dalam setiap yang anda lakukan sama ada yang anda fikirkan, lakukan atau rancangkan, anda perlu bertanggungjawab di atas apa sahaja yang berlaku.

Sebagai contoh, sekiranya anda gagal, cuba ambil kegagalan tersebut sebagai tanggungjawab anda. Apabila anda mengambil kegagalan sebagai tanggungjawab , minda anda akan mula mencari cara atau idea bagaimana untuk mengatasi kegagalan dan menukarnya menjadi kejayaan. Anda juga akan menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah tanpa anda sedari!

Tetapi malangnya, ramai yang bertindak sebaliknya. Apabila mengalami kegagalan, mereka sering menyalahkan orang lain dan persekitaran mereka. Dan apabila anda menyalahkan orang lain, anda telah menghadkan kemampuan diri anda sendiri untuk mencari penyelesaian dan dalam jangka masa panjang pula, anda tidak akan menikmati kekayaan.

Di saat anda tidak mengambil 100% tanggungjawab tadi, maka anda tidak akan memiliki ‘tenaga’ untuk mengubah keadaan anda. Kegagalan untuk mengubah keadaan akan membawa seseorang untuk mengalami perasaan negatif dan akhirnya berputus asa.

Jadi, mulai sekarang ambil 100% tanggungjawab terhadap apa jua yang anda lakukan.  Insyallah, anda kan melihat perubahan pada diri anda. Dengan cara ini, ia secara tidak langsung akan membina jati diri anda supaya lebih kuat dan sentiasa bermotivasi.