Buat Duit Dengan Internet - Masih Tak Logik?
October 28, 2008 | 1 Comment
Salam sejahtera,
Saya berasa sangat gembira hari ini. Tak tahulah kenapa. Mungkin tak sabar nak pergi seminar perniagaan kot minggu depan.Yeah!
Usaha saya untuk membina perniagaan internet tetap saya teruskan walaupun saya tahu saya sudah jauh tertinggal di belakang oleh newbie-newbie baru yang mampu menjana wang melalui perniagaan internet. Kadang-kadang kita kena akur bahawa tak semestinya seseorang yang dah lama dalam bidang itu dia mahir dan berjaya, dan tak juga semestinya NEWBIE perlu ambil masa lama untuk berjaya. Pada saya terpulang kepada individu itu sendiri kerana HANYA diri anda sendiri tahu cara dan teknik yang sesuai untuk anda. Proses ke arah kejayaan adalah sangat subjektif.
$1.00 Pertama Secara Online Percuma!
October 7, 2008 | Leave a Comment
Hakikatnya, saya pernah menjadi seperti anda. Tak tahu apa-apa pun mengenai perniagaan internet. Tapi, itu adalah keadaan saya setahun yang lalu.
Memang saya akui, untuk membuat RM1 atau $1 yang pertama memang sukar. Ia menjadi sukar bukan kerana tiada sistem yang membuktikannya TETAPI kerana faktor KEPERCAYAAN dalam diri kita sama ada MEMPERCAYAI ianya benar atau tidak. It’s all start from our own mind
So, apa kata pada kali ini anda mencuba sistem yang Russell Brunson tawarkan. Beliau sedang menawarkan kepada anda $1 untuk setiap subscriber yang anda promote untuk melanggan dengannya. Daftarkan diri anda secara percuma dan mulakan usaha untuk mempromosikan link anda. Sangat mudah dan tiada sedikit pun risiko!
Dengan cara ini, saya harap anda berjaya merasai duit secara online ( walaupun hanya $1 )
Saya mahu membantu anda untuk PERCAYA bahawa membuat duit secara online ini adalah BENAR dan PASTI.
Daftarkan diri anda di link ini : http://contest.dotcomsecrets.com/makingmoney
Yang ingin membantu anda,
Johari
Bagaimana Menjana Duit Online
March 10, 2008 | 3 Comments
Opps…ini bukan skim cepat kaya atau yang sewaktu dengannya.
Oleh kerana saya masih melihat ramai yang ingin menjana duit online tetapi tidak tahu bagaimana nak mula, saya ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana untuk menjana duit secara online.
Ada bermacam-macam cara boleh anda gunakan untuk menjana wang secara online sebenarnya. Tetapi apa yang lebih penting, anda perlu mengetahui konsepnya supaya anda tidak mengalami ‘kerugian’ masa dan wang yang banyak seperti saya mula-mula dahulu. Huhu..
Jum kita mulakan.
Pertama, anda perlu ada akaun di Maybank2u atau CIMB dan juga akaun Paypal. Anda perlu mempunyai akaun di atas kerana itu adalah ‘merchant’ yang bakal anda gunakan untuk menerima wang secara online. Kalau tak tahu bagaimana nak buka akaun Paypal, boleh merujuk kepada website Malaysiapal.com . Ingat, at least anda kena ada akaun Maybank ( untuk terima wang bagi pasaran tempatan) dan Paypal ( untuk pasaran antarabangsa).
Setelah ada akaun-akaun di atas, kini kita mulakan langkah yang kedua. Mencari peluang menjana wang secara online.
Bagi yang masih lagi newbie, saya sarankan anda join forum-forum seperti wangcyber.com dan forums.digitalpoint.com . Tujuannya untuk melihat apa yang boleh anda lakukan untuk membuat duit online pertama anda. So, pada waktu ini anda kena jadi ’spy’ skit. Lihat apakah tawaran-tawaran, servis dan cara-cara ahli forum menjual di forum. Luangkan lebih masa memerhati pada sub-forum seperti ‘Pengiklanan dan Pemasaran’ atau ‘Buy,Sell and Trade’. Kaji bagaimana mereka melakukan servis dan tawaran mereka dan catatkan untuk rujukan anda nanti.
Langkah ketiga, setelah anda berjaya ‘track’ sesuatu sistem yang dapat menjana wang melalui pemerhatian tadi, kini tiba masa anda untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan anda. Jangan takut untuk mulakannya kerana kalau anda tak mula macam mana anda nak tahu ianya berkesan ataupun tidak. “Progress is more important than perfection”
Rancang dahulu apa yang ingin anda lakukan di atas kertas dan lihat ‘flow’ plan perniagaan anda. Tak perlulah detail sangat. Cukuplah sekadar ia dapat memberikan anda gambaran kasar apakah proses-proses yang bakal terlibat di dalam usaha anda nanti. Jika ada bahagian yang anda masih ‘blur’ pergi semula ke forum dan cari maklumat yang berkaitan.
Tips utama , berikan servis dan tawaran yang terbaik yang anda boleh buat. Ini kerana, perniagaan adalah satu proses ‘mencipta nilai’ terhadap sesuatu. So, sentiasa cuba berikan nilai yang terbaik kepada pelanggan anda. Insyallah, hasilnya nanti pasti mengembirakan anda.
