Saya pergi jumpa Sabri SaifulSham!
November 7, 2008 | 1 Comment
Assalamualaikum,
Ya, saya akan pergi jumpa Sabri Saifulsham esok. Hehe. Kenapa agaknya?
Semestinya saya ingin berguru dengannya mengenai perniagaan internet. Akhirnya cita-cita saya nak pergi seminar SaifulSham termakbul jua. Alhamdulillah
Suatu Yang Terkini Muncul Esok
November 4, 2008 | Leave a Comment
Salam ceria semua!
Huh..minggu yang sungguh memenatkan saya. Nak tahu kenapa?
Hehe, saya sedang menyiapkan sebuah produk yang cukup istimewa. Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah selesai dan tunggu nak launch sahaja.
Insyaallah, esok anda akan lihat apakah produk yang saya hasilkan kali ini.
Jumpa lagi esok yer.
PageRank MohdJohari.com Menurun :(
October 10, 2008 | 3 Comments
Beberapa hari sebelum kita nak menyambut Hari Raya, saya sibuk berulang-alik ke hospital. Ayah saya dimasukkan ke wad kerana beliau kena apendiks. Jadi, beliau terpaksa dibedah dengan segera untuk mengelak apendiks tersebut pecah dan merebak ke bahagian dalaman lain.
Oleh kerana saya sahaja yang boleh drive kereta, maka sayalah yang berulang-alik ke hospital bagi memastikan keadaan ayah saya selamat. Pada waktu tu, keluarga kami memang tak fikir pun nak buat persiapan hari raya kerana memberi tumpuan sepenuhnya kepada keadaan ayah saya waktu itu.
Dalam masa itu juga, saya pun tak berkesempatan melihat blog saya mahupun nak online internet. Kiranya saya tinggalkan PC untuk 3 hingga 4 hari. Akhirnya pada raya ketiga saya berkesempatan kembali untuk online dan “terkejut” melihat page rank blog saya jatuh ke - 1 dari 2. Huhu…
Setelah saya membuat analisis mudah, saya boleh menerima hakikat ‘kejatuhan PR’ blog saya dengan hati yang redha dan cuba mengenalpasti kenapa ianya berlaku.
Pertama, saya mengakui yang saya jarang membuat artukel-artikel yang berkualiti sejak akhir-akhir ini. Honestly, saya kekeringan idea dan juga mengalami masalah kewangan peribadi yang sedikit sebanyak mengganggu ketenangan jiwa dan fikiran.
Kedua, saya fikir mungkin pihak Google sudah meng-update algorithm searching mereka. Saya tak lah mahir mengenai SEO ini tapi setelah melihat kepentingannya melalui perbincangan di beberapa forum, saya merasakan bahawa kini saya WAJIB belajar mengenai SEO juga selepas ini. ( walaupun macam terlambat jer..
)
Apa-apa pun hidup perlu diteruskan dan kita perlu melihat sesuatu secara positif supaya kita dapat meningkatkan lagi usaha dan berdoa dan insyallah kita akan lebih berjaya pada hari esok!
Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Dan Batin
September 27, 2008 | 1 Comment
Salam sejahtera kepada pengunjung MohdJohari.com
Wah!! Sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita hendak menyambut kehadiran bulan Syawal.
Saya pasti semua masyarakat di Malaysia sekarang khususnya yang beragama Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya. Mungkin ada yang sudah mula drive balik kampung kan. Hati-hati ya drive tu!
Biar lambat asalkan selamat ( boleh la jimat minyak sikit..huhu )
Di kesempatan ini saya Mohamad Johari ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin. Jika ada salah dan silap saya sama ada melalui artikel mahupun sewaktu saya meng-emel anda, saya memohon ampun dan maaf.
Saya ada membuat satu e-kad khas untuk anda. Maaflah kalau tak berapa cantik dan “daboom”.
Design sendiri2 jer..hehe
Selamat Hari Raya!
Perkembangan MohdJohari dan Perniagaan Internet
September 4, 2008 | Leave a Comment
Saya tahu, saya jarang memberikan artikel-artikel yang agak berkualiti sejak akhir-akhir di blog ini. Namun, ia bukanlah bermaksud saya tidak melakukan apa-apa. Nantikan artikel-artikel “power” dari saya. Hehe
Sebenarnya, saya melakukan kerja-kerja “disebalik tabir” sambil memerhatikan perkembangan dunia internet di Malaysia.
Saya berasa teruja melihat semangat dan usaha beberapa usahawan muda sekarang yang berjaya menjana wang melalui internet. Ada di antaranya lebih berjaya daripada saya walaupun mereka bermula lebih lambat daripada saya. Ternyata, perniagaan internet tidak memilih sesiapa pun. Yang penting, asalkan anda berusaha dengan betul dan bersunguh-sungguh kejayaan pasti menjadi milik anda.
Akhir-akhir ini, saya sering mendapat emel-emel spam. Ada di antara emel tersebut , pengirim emel itu mempromosikan produk-produk internet yang saya kenal siapa pemiliknya. Jika mengikut undang-undang affiliate, kita tidak boleh melakukan spam dalam usaha mempromosi produk.
Saya tidaklah terburu-buru nak menyalahkan pengirim emel itu so saya tanya dia dari mana beliau dapat emel saya dan ada tak website di mana saya mungkin ter opt-in. Saya katakan, kalau dia emel saya secara spam, saya nasihat jangan laukannya lagi kerana ia akan merosakkan kredibiliti dirinya sebagai seorang affiliate.
Namun, responnya agak “kasar” dan mengatakan emel beliau bukan spam. Saya membalas emel beliau balik. Saya katakan kalau betul bukan spam, boleh tunjukkan saya website atau squeeze page di mana saya memberikan emel. Sebab saya pasti setiap data dari pemberi emel pasti disimpan dalam database.
Saya tunggu response darinya selama seminggu dan akhirnya saya pun membuat kesimpulan yang dia memang melakukan spam.
Nasihat saya, janganlah buat spam dalam mempromosikan produk. Ia akan menjatuhkan imej dan kredibiliti anda secara senyap. Saya pernah melakukan kesilapan ini dan saya akui kesalahan saya. Pada masa itu, saya tak tahu maksud emel spam tapi bila saya sedar kesilapan itu saya mula mempelajari cara yang betul untuk mendapatkan emel orang lain secara legal - iaitu dengan squeeze page.
PERHATIAN: Saya menutup sementara ruangan untuk menghubungi saya. Saya ingin menukar kepada satu script yang mempunyai lebih security supaya dapat mengurangkan emel-emel spam dan emel yang tak diingini.
Blog Sana-Sini
August 13, 2008 | 1 Comment
Assalamualaikum,
Saya tak berapa sihat sejak Isnin lepas. Mungkin kerana cuaca yang tak menentu di Bandaraya Kuching sejak akhir-akhir ini. Sekejap hujan sekejap panas terik. Kepala saya berdenyut-denyut sahaja sehingga saya tak mempunyai mood nak menulis. Susah nak fokus kalau kepala pening macam ni.
So, saya ambil keputusan untuk berehat sambil membuat kerja yang ringan-ringan.
Walaupun tak sihat, saya masih juga sempat ‘menjelajah’ blog-blog kegemaran saya. Berikut adalah beberapa artikel yang menarik yang saya rasa anda boleh gunakan sebagai rujukan dan pembelajaran.
1. Cabaran Usahawan Sepenuh Masa
2. Kenapa Laman Web Tak Pernah Siap
3. Antara Minat, Passion dan Wang
Coretan Hujung Minggu
August 9, 2008 | Leave a Comment
Hari ini saya rasa macam stress sedikit. Beberapa “masalah teknikal” berlaku kepada saya tapi alhamdulillah saya boleh control jiwa lagi.
Antara masalah saya hari ini:
1. Monitor PC saya off sendiri berkali-kali –> ni nak mintak beli monitor baru kot. Umur monitor ni pun dah 6 tahun. Huhu.
2. Laptop baru adik saya ada masalah nak install Microsoft Net Framework. –> tak biasa guna Vista baru je belajar skit2 dgn interface dia. Selalu guna Linux ngan Window Xp Pro jer.
3. Blog saya ini mengalami masalah dengan beberapa plugin dan widget sebab theme saya tak ‘mesra’ dgn widget. So, kenalah buat function.php sendiri tapi masih belum berjaya
–> nak tukar theme rasa malas pulak sebab banyak kerja nak buat terutama kat bahagian sidebar.php
Inilah antara masalah-masalah saya setakat ini. Sekarang tengah rehat jap sebelum nak sambung repair mana-mana yang patut.
Oh, ya..kongsilah skit apa yang anda buat pada hujung minggu ini. Takkan jenguk jer. Boleh share2 ngan kawan-kawan.
Sudi-sudilah menghantar komen anda di atas. Jumpa lagi!
Adios!
-Johari
p.s: Jangan tegur kalau ada apa-apa yang pelik muncul masa anda surf blog ini. Biasalah, masih tengah nak repair. Hehe
Ohh..sibuknyer!
June 16, 2008 | Leave a Comment
Salam pembaca,
Saya memohon maaf kerana lambat nak re-post satu komen mengenai artikel ini. Insyallah, saya cuba siapkan artikel malam ini dan tunggu post saya esok.
Saya sebenarnya sibuk menguruskan adik saya yang baru jer dapat masuk UiTM akhir Jun ini. So, kena la tolong ready apa-apa yang patut sehingga blog saya pun tak sempat nak update.
Oh ya, walaupun sibuk saya tetap ambil tahu perkembangan IM di Malaysia. Baru-baru ini, Labanon ( ala budak comei baru 17 tahun tu..) baru melancarkan satu produk yang pada saya patut semua miliki. Saya belum habis membacanya ketika ini tetapi secara ringkasnya, produk Labanon kali ini memang ‘power’.
Konsep yang beliau ketengahkan adalah melalui pengalaman beliau sendiri bagaimana beliau menghasilkan RM10K sebulan dengan produk informasi.
ps - saya tak ada dapat apa-apa dari promosi ini. Tetapi, ini adalah satu review jujur daripada saya kepada anda mengenai produk-produk berkualiti yang dihasilkan oleh IM di Malaysia. Dapatkan segera kerana takut-takut si Labanon naikkan harga pulak sebab kalau diikutkan, value sebenar produk ini boleh mencapai RM 97
Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman
May 19, 2008 | Leave a Comment
“Senyuman membantu peribadi anda, menjadikan anda lebih baik dan anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuknya”
Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan wang. Jika hati anda berduka, keadaan persekitaran tidak menyebelahi anda, atau dimarahi oleh bos - wang bukanlah sesuatu yang dapat membantu anda. Oleh itu, mari kita mulakan minggu ini dengan satu aktiviti mudah iaitu SENYUM.
Biasanya kita sering menguntum senyuman apabila berada di hadapan kamera. Tak kira lah anda hensem ke, tak hensem ke, cantik ke, kurus ataupun gemuk..setiap kali anda senyum kepada seseorang pasti ia akan melahirkan satu perasaan yang boleh menenangkan anda. Saya tak dapat nak explain macam mana. Anda kenalah buat dan rasa sendiri.
Mengikut satu kajian saintifik, ketika anda senyum anda sebenarnya hanya menggunakan sedikit otot-otot di muka jika dibandingkan dengan penggunaan otot untuk bermasam muka. ( kalau tak silap saya 80 otot digunakan untuk proses bermasam muka ni )
Haha..kalau nak awet muda..kenalah kurangkan masam-masam muka ni kan.
Bercerita tentang senyum ni teringat pula kisah ketika saya belajar dahulu. Saya tinggal serumah dengan rakan saya yang berbangsa Cina. Kawan saya ni memang senang menguntum senyuman. Walaupun dalam keadaan tertekan ( beliau bekerja sambil belajar ) beliau tetap senyum. Malah, beliau juga jenis ringan tulang dan suka menolong orang yang dalam kesusahan walaupun kadang-kadang saya fikir beliau lebih layak menerima pertolongan dari memberi pertolongan.
Pada suatu hari saya bertanya dengannya ” Bagaimana awak boleh senyum setiap masa walaupun awak selalu dalam keadaan tertekan ?( biasalah time student kekurangan wang pasti menjadi masalah utama).
Beliau menjawab ” Senyum tidak memerlukan saya mengeluarkan wang, malah dengan senyuman, saya dapat merasai ketenangan” jawabnya seraya tersenyum.
Pengalaman dan Pemerhatian
April 23, 2008 | Leave a Comment
Tiga minggu sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa untuk membaca buku-buku motivasi (buku -buku yang tak sempat nak baca), menghadiri seminar jati diri dan menonton video-video dari pakar motivasi seperti Anthony Robbins, Joe Vitale dan Stephen Pierce.
Saya juga memberi ruang kepada diri sendiri untuk meneliti usaha yang saya telah lakukan untuk membina perniagaan internet saya sehingga kini.
Dengan keadaan perkembangan usahawan-usahawan internet dan juga pelbagai produk-produk baru yang tumbuh bagaikan cendawan setiap minggu, saya kini perlu lebih berhati-hati sama ada dalam berbelanja atau menimba ilmu ( information overload)
Pengalaman benar dari saya
Saya mengakui saya pernah menghabiskan banyak wang untuk membeli produk-produk di pasaran. Tetapi yang menyedihkan saya ialah, hasilnya tidak seperti yang saya harapkan malah ada yang tidak memberikan hasil.
Namun saya tidak ingin menyalahkan sesiapa tetapi saya hanya akan menyalahkan diri saya. Ya, semuanya berlaku kerana tindakan saya dan saya harus bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku sama ada yang baik mahupun buruk.
Dari saat itu saya mulai sedar untuk berbelanja hanya untuk sesuatu yang benar-benar dapat menolong saya untuk mencapai target saya. Alhamdulilah, dengan tindakan itu saya rasa lebih berpuas hati dan dapat menghasilkan sesuatu yang saya inginkan.
Nasihat saya adalah elakkan diri anda daripada membeli produk-produk lain yang tidak dapat membantu untuk mencapai target anda. Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih fokus dengan apa yang anda lakukan dan anda juga akan berbelanja dengan bijak.
Hasil pemerhatian saya
Satu trend yang saya lihat sekarang adalah ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang baik iaitu boleh membantu orang ramai untuk menjana wang. Walaupun begitu, masih banyak juga cerita dan feedback yang kurang enak untuk didengari.
Setelah mendapat produk tersebut, rata-rata pembelinya akan mengeluh kerana produk itu sama sahaja dengan produk-produk yang lain. Dengan perkataan mudahnya produk mereka kebanyakkannya ‘crap’ . ‘Keluhan-keluhan’ ini pula saya lihat melalui forum-forum dari luar negara yang saya sertai.
Tetapi tidak semua produk dihasilkan sebegitu. Masih ada juga yang ‘walk the talk’ iaitu usahawan-usahawan yang benar-benar mempunyai kredibiliti dalam bidang tertentu. Saya akui mereka memang pakar dan tahu apa yang mereka lakukan untuk pelanggan mereka.
Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi golongan ini. Anda perlu sentiasa berusaha untuk memuaskan hati para pelanggan dengan mutu produk dan perkhidmatan.
Pada pandangan anda bagaimana agaknya cara newbie untuk bersaing dengan mereka yang sudah mempunyai kredibiliti ini? Oh, itu anda kena tanya pada usahawan-usahawan yang lebih arif tentangnya.
Satu rahsia yang saya dapat lihat iaitu bagaimana untuk memperolehi kejayaan dengan cepat adalah dengan meningkatkan nilai yang ada pada diri kita. Memang menjadi lumrah manusia, barang siapa yang memiliki lebih banyak ilmu akan lebih mudah dihormati dan dipercayai kemampuan atau kepakarannya.
Dalam perniagaan pula, jika anda ingin mendapat banyak keuntungan, maka anda perlu berusaha membina kepercayaan bakal pelanggan anda terhadap anda terlebih dahulu. Lakukan sesuatu supaya mereka percaya kepada anda dan ilmu yang anda ada. Ini tentunya akan mengambil masa tetapi insyallah jika anda sabar dan istiqamah anda akan dapat menikmati hasil yang sangat lumayan.
Perlu diingat juga. Pastikan anda kotakan setiap janji dan jaminan yang anda berikan kepada pelanggan samada melalui surat jualan mahupun emel ‘follow-up’ yang anda hantar kepada pelanggan anda. Jangan cuba untuk mempermainkan mereka kerana natijahnya anda yang akan merana selama-lamanya.
Akhir kata untuk post kali ini ;
Untuk buat jahat amatlah mudah tetapi untuk membina kepercayaan seseorang, ia amatlah sukar dan memerlukan masa yang sangat lama untuk mendapatkannya
