Cara Mengelak Rugi Besar Dalam Perniagaan
July 10, 2008 | 1 Comment
Menjual produk yang terlaris di pasaran menjadi impian setiap usahawan mahupun peniaga. Seperti yang anda tahu, peniaga atau usahawan merupakan golongan yang berupaya memenuhi permintaan masyarakat di sekitarnya. Dengan ayat mudahnya, mereka adalah penyelesai kepada setiap masalah.
Perniagaan internet turut menggunakan konsep yang sama. Anda mungkin pernah melihat dan tertanya-tanya kenapa sesuatu produk itu berjaya dan gagal pada waktu pelancarannya. Apabila dikaji, keadaan ini sebenarnya dipengaruhi oleh kebolehan anda untuk mengenalpasti potensi pasaran dan memenuhi kehendak pengguna.
Bagaimanakah untuk melihat potensi sekaligus memenuhi kehendak pengguna?
Mudah sahaja. Lakukanlah survey!
Apakah tujuan survey dilakukan dan mengapa?
- Bagi mengenalpasti masalah pengguna - ingat! masalah adalah peluang bisnes bagi para peniaga.
- Cuba menyelami masalah pengguna dan meminta feedback mengenai kualiti sesuatu produk - ini bertujuan untuk menghasilkan produk yang lebih sempurna.
- Untuk meningkatkan reputasi. Dengan melakukan survey, ia mengambarkan anda seorang yang bersedia menerima pendapat dan mengambil berat terhadap kualiti yang anda berikan kepada pengguna. Anda juga akan mendapat kepercayaan pengguna dan ini akan pastinya memudahkan anda untuk menjual produk-produk anda yang lain pada masa akan datang.
- Dapat menghasilkan produk yang laris kerana anda sudah pun mempunyai permintaan yang tinggi terhadap produk anda melalui indicator survey yang telah anda lakukan.
Jadi, apakah medium atau tools yang dapat digunakan untuk menjalankan survey ini secara online?
Terdapat satu skrip PHP mudah yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan borang survey seperti di atas.
Produk tersebut adalah Sistem EzSurvey.

Kelebihan menggunakan skrip ini adalah anda tidak perlu bersusah-payah untuk menyediakan database bagi menyimpan segala maklumat survey seperti sistem survey yang lain. Apa yang anda perlu hanyalah satu alamat emel ( Google,Yahoo atau Hotmail) untuk menerima survey yang bakal anda terima. Setiap borang yang dihantar oleh pengirim survey akan dihantar terus ke emel yang telah anda tetapkan.
Kaedah meng-install skrip ini juga sangat mudah. Saya jamin anda boleh lakukannya walaupun ini kali pertama anda melihat skrip php.Ia semudah A-B-C . Anda boleh melihat contohnya di sini Sample EzSurvey
Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan skrip tersebut melalui link di bawah. Ingat. Lakukan survey dahulu sebelum anda menghasilkan produk jika anda tidak mahu rugi besar.
Dapatkan Sistem EzSurvey Sekarang!
Artikel Akan Datang : Bagaimana Menggunakan Clickbank Untuk Menjana Pendapatan Lumayan
