Terbaru! : US$14,970 Sebulan?  

Archive for Keusahawanan

Kesilapan Dalam Menentukan Matlamat

Sama ada anda berniaga sendiri atau bekerja dengan orang lain, setiap pekerjaan memerlukan sekurang-kurangnya satu matlamat untuk dicapai.

Alangkah peliknya jika anda membuat suatu pekerjaan tanpa mengetahui apakah matlamat atau tujuan anda melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Matlamat yang terlalu besar

Ini bukan menjadi masalah sekiranya anda mempunyai impian atau matlamat besar seperti mahu menjadi jutawan. Cuma anda perlu bertanya dengan diri sendiri terlebih dahulu, pernahkah anda menjana wang RM500 sehari? RM1000 seminggu ? ataupun RM10,000 sebulan?

Sekiranya belum, apakah logiknya anda mahu menjana RM1 juta dalam masa sebulan? ;)

Oleh itu, anda perlu melalui beberapa peringkat-peringkat untuk menuju ke matlamat utama anda. Mulakan dengan meletakkan matlamat kecil seperti menjana RM100 dari internet kemudian RM500 kemudian RM1000 dan seterusnya.

Kenapa?

Sebab dengan cara ini, anda tidak ‘memusnahkan’ terus semangat anda yang utama iaitu ingin untuk menjadi seorang jutawan. Anda dapat melihat perkembangan usaha anda sedikit demi sedikit dan inilah yang sebenarnya akan menaikkan lagi semangat anda untuk meningkatkan lagi usaha anda ke arah matlamat utama anda.

Anda perlu ingat. Tidak semua perkara yang anda lakukan terus menjadi. Ada seorang mentor saya berusaha hampir 7 tahun baru menjumpai ramuan sebenar cara menjana wang dari internet. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan ini yang bakal menentukan cepat atau lambatnya proses kejayaan hadir dalam hidup anda.

Dalam setiap step yang anda lakukan mungkin mempunyai potensi untuk mengalami kegagalan sementara dan jika matlamat anda tidak terlalu tinggi pada waktu itu, kegagalan sementara anda tadi tidak melunturkan semangat anda untuk mencuba sekali lagi.

Kesimpulannya, anda perlu menjaga “bara” semangat anda untuk berjaya. Ini adalah asas kepada semua kejayaan yang anda lihat pada orang lain.

Saya tahu, walaupun cara ini memerlukan masa yang agak lama tetapi saya yakin pada satu peringkat nanti anda akan mengalami situasi di mana anda boleh melipat-gandakan pendapatan secara exponen. Insyallah.

Latih Skill Business Anda

Hari ini saya nak share satu permainan business simulasi. Permainan ini adalah untuk mengasah bakat anda bagaimana anda menjadi seorang CEO dan memiliki syarikat sendiri. Permainan ini adalah INDUSTRY PLAYER

industryplayer

IndustryPlayer.com

Permainan ini memang hampir kepada dunia realiti dalam perniagaan. Ia memerlukan anda berfikir terutamanya pada masa ingin membuat pelaburan atau membeli license untuk develop produk. Kemudian, kemahiran anda mengawal kredit dengan pihak bank dan cara anda mengawal stok turut akan melatih anda bagaimana untuk membuat decision yang baik.

Permainan ini adalah versi trial (percuma) so ada limit level yang boleh anda lalui. Melalui versi trial ini, anda hanya boleh ‘bermain’ pada level satu sahaja iaitu level paling basic. Permainan ini mempunyai 10 level dan kalau nak main sehingga level 10, anda kenalah beli game ini. ;)

So apa tunggu lagi. Kongsikan pengalaman anda bermain permainan ini dengan menghantar komen di bawah. :)

Selamat Mencuba!

Pengalaman dan Pemerhatian

Tiga minggu sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa untuk membaca buku-buku motivasi (buku -buku yang tak sempat nak baca), menghadiri seminar jati diri dan menonton video-video dari pakar motivasi seperti Anthony Robbins, Joe Vitale dan Stephen Pierce.

Saya juga memberi ruang kepada diri sendiri untuk meneliti usaha yang saya telah lakukan untuk membina perniagaan internet saya sehingga kini.

Dengan keadaan perkembangan usahawan-usahawan internet dan juga pelbagai produk-produk baru yang tumbuh bagaikan cendawan setiap minggu, saya kini perlu lebih berhati-hati sama ada dalam berbelanja atau menimba ilmu ( information overload)

Pengalaman benar dari saya

Saya mengakui saya pernah menghabiskan banyak wang untuk membeli produk-produk di pasaran. Tetapi yang menyedihkan saya ialah, hasilnya tidak seperti yang saya harapkan malah ada yang tidak memberikan hasil.

Namun saya tidak ingin menyalahkan sesiapa tetapi saya hanya akan menyalahkan diri saya. Ya, semuanya berlaku kerana tindakan saya dan saya harus bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku sama ada yang baik mahupun buruk.

Dari saat itu saya mulai sedar untuk berbelanja hanya untuk sesuatu yang benar-benar dapat menolong saya untuk mencapai target saya. Alhamdulilah, dengan tindakan itu saya rasa lebih berpuas hati dan dapat menghasilkan sesuatu yang saya inginkan.

Nasihat saya adalah elakkan diri anda daripada membeli produk-produk lain yang tidak dapat membantu untuk mencapai target anda. Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih fokus dengan apa yang anda lakukan dan anda juga akan berbelanja dengan bijak.

Hasil pemerhatian saya

Satu trend yang saya lihat sekarang adalah ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang baik iaitu boleh membantu orang ramai untuk menjana wang. Walaupun begitu, masih banyak juga cerita dan feedback yang kurang enak untuk didengari.

Setelah mendapat produk tersebut, rata-rata pembelinya akan mengeluh kerana produk itu sama sahaja dengan produk-produk yang lain. Dengan perkataan mudahnya produk mereka kebanyakkannya ‘crap’ . ‘Keluhan-keluhan’ ini pula saya lihat melalui forum-forum dari luar negara yang saya sertai.

Tetapi tidak semua produk dihasilkan sebegitu. Masih ada juga yang ‘walk the talk’ iaitu usahawan-usahawan yang benar-benar mempunyai kredibiliti dalam bidang tertentu. Saya akui mereka memang pakar dan tahu apa yang mereka lakukan untuk pelanggan mereka.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi golongan ini. Anda perlu sentiasa berusaha untuk memuaskan hati para pelanggan dengan mutu produk dan perkhidmatan.

Pada pandangan anda bagaimana agaknya cara newbie untuk bersaing dengan mereka yang sudah mempunyai kredibiliti ini? Oh, itu anda kena tanya pada usahawan-usahawan yang lebih arif tentangnya. :)

Satu rahsia yang saya dapat lihat iaitu bagaimana untuk memperolehi kejayaan dengan cepat adalah dengan meningkatkan nilai yang ada pada diri kita. Memang menjadi lumrah manusia, barang siapa yang memiliki lebih banyak ilmu akan lebih mudah dihormati dan dipercayai kemampuan atau kepakarannya.

Dalam perniagaan pula, jika anda ingin mendapat banyak keuntungan, maka anda perlu berusaha membina kepercayaan bakal pelanggan anda terhadap anda terlebih dahulu. Lakukan sesuatu supaya mereka percaya kepada anda dan ilmu yang anda ada. Ini tentunya akan mengambil masa tetapi insyallah jika anda sabar dan istiqamah anda akan dapat menikmati hasil yang sangat lumayan.

Perlu diingat juga. Pastikan anda kotakan setiap janji dan jaminan yang anda berikan kepada pelanggan samada melalui surat jualan mahupun emel ‘follow-up’ yang anda hantar kepada pelanggan anda. Jangan cuba untuk mempermainkan mereka kerana natijahnya anda yang akan merana selama-lamanya.

Akhir kata untuk post kali ini ;

Untuk buat jahat amatlah mudah tetapi untuk membina kepercayaan seseorang, ia amatlah sukar dan memerlukan masa yang sangat lama untuk mendapatkannya

Perjalanan Hidup Saya Sepanjang 2007

Salam semua,

Actually, post kali ini saya tak  merancang nak tulis tapi saye ter “inspired” selepas membaca post di satu blog pagi ini tadi. Jadi, saya pun menulis post ini secara spontan.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2007 dan bermulalah tahun baru 2008. Huhu, umur pun dah naik jugak kan? :)

Tahun 2007 pada saya adalah tahun yang banyak mengajar saya mengenali diri saya sendiri, melihat apa kelebihan dan juga kekurangan saya.

Saya memulakan tahun 2007 dengan mempelajari ilmu “The Secret”. Ya, saya tahu mungkin ada sesetengah daripada yang membaca post ini berasa was-was dengan ilmu ini.

Tapi, pada saya ia berkesan cuma saya mengubah sedikit caranya supaya sesuai dengan budaya dan agama kita. ( contohnya, dalam ilmu “The Secret” ada menyatakan kita perlu membuat ‘wish’ kepada universe, tapi saya ubah dengan berdoa kepada-Nya kerana Allah yang mencipta alam semesta ini bukannya jin atau alam ini sendiri ;) )

Setelah beberapa bulan saya menggunakan ilmu tersebut, saya dapat melihat hidup saya mula berubah. Dengan sifat saya yang suka berfikiran negatif, saya mula melihat kehidupan dalam perspektif yang lebih baik, menikmati kehidupan dan mempunyai ‘passion’ untuk mencapai cita-cita saya iaitu memiliki perniagaan internet saya sendiri.

Melihat kepada perubahan saya ini, saya terus ke hadapan untuk menambah ‘value’ ke dalam diri saya dengan membaca berpuluh-puluh buku motivasi, ebook-ebook mengenai perniagaan internet dan juga buku-buku mengenai financial.

Kiranya dalam tahun ini saya lebih banyak mengkaji ‘kesinambungan’ ilmu dan memahaminya satu persatu dengan membuat beberapa research dan “try and error”.

Semestinya hidup tak selalu indah. Saya pun ada mengalami beberapa ‘kegagalan sementara’ seperti jualan tak mencapai target, kena marah dengan customer, gangguan emosi ( sebab family tak faham apa yang saya buat ) , lemah semangat , duit habis kerana membeli ebook-ebook dan software yang merapu dan macam-macam lagi.

Pada saat itu, saya mula terfikir untuk putus asa, tetapi alangkah bertuahnya saya kerana saya mempunyai ‘inner voice’ yang positif. Sekali lagi, saya bangkit dan kali ini, saya menjadi lebih hati-hati dan rancang setiap tindakan yang saya buat. ( tak lah main redah jer lepas ni)

Pertengahan tahun 2007,  saya mula melihat hasil daripada usaha saya selama beberapa bulan sebelumnya ( walaupun tak la berapa nampak ). Saya mula mendapat ’sedikit rentak’ dalam usaha saya untuk mempraktikkan ilmu perniagaan. Jualan pun menampakkan hasil dan duit Adsense saya pun semakin bertambah sedikit demi sedikit. Huhu :)

Then, saya pun mula menyimpan duit sedikit demi sedikit kerana saya berazam untuk belajar directly dengan Patric Chan. Alhamdulillah, pada bulan November lepas saya berjaya mengikuti ecourse beliau. Melalui ecourse ini, saya ‘lebih nampak’ apa yang sebenarnya berlaku dalam perniagaan internet. Saya mendapat beberapa tips dari Patric bagaimana untuk berjaya sebagai usahawan. Tekniknya yang beliau berikan ’simple’ tapi memerlukan usaha dan komitmen yang sangat tinggi.

Kini, saya rasa lebih bersedia sedikit untuk menempuhi alam perniagaan, tapi saya tetap akan belajar sepanjang hayat saya. Perlu di ingat, setiap ilmu yang kita belajar hari ini tak semestinya boleh digunakan lagi dalam tempoh 4 hingga 10 tahun akan datang. That’s why we have to keep learning day by day ( salah satu sebab kenapa orang berjaya semakin berjaya ) .

:)

Mereka adalah golongan…

…sambungan dari post 23 November

Apa yang membezakan orang yang menikmati kejayaan daripada majoriti
adalah bergantung kepada cara seseorang melihat kegagalan dan tindakan
yang mereka lakukan ke atasnya.

Terdapat 3 golongan manusia:

Golongan 1 - Selalu memberi alasan, menyalahkan orang lain dan putus asa

Apa yang seseorang lakukan jika mereka gagal? Mereka akan mula memberikan banyak alasan,menyalahkan persekitaran atau orang lain dan akhirnya mereka berputus asa. Rasa-rasanya, selalu tak anda melihat keadaan ini?

Ayat yang sering dilafazkan oleh golongan ini, “aku tak layak lagi la”, “aku masih muda, enjoy la dulu”, “nantilah,bila aku ada duit baru aku setup bisnes”, ” saya tak ada nasib” dan sebagainya.

Rasa tak rendah diri dan kecewa, golongan ini akan berhenti untuk bertindak dan putus asa! Mereka akan membuat andaian yang misi dan goal mereka tidak akan dapat dicapai oleh mereka.

Golongan ini juga sering berkata, “saya dah cuba pelbagai cara, tapi masih lagi tak berjaya”. Pernah tak anda dengar ayat seperti ini? Adakah anda salah seorang daripadanya? Check it out.. ;)

Golongan 2 - Sentiasa mencuba perkara yang sama berulang kali

Golongan ini mempunyai lebih kuat semangat berbanding dengan golongan pertama tadi. Apabila mereka tidak mendapat result seperti yang mereka mahu, mereka akan mencuba sekali lagi. Anggapan mereka, “mungkin aku belum berusaha dengan lebih kuat lagi, baiklah aku cuba sekali lagi”.Walaupun mereka gagal beberapa kali pun mereka akan terus mencuba :)

Adakah golongan ini akan berjaya. Bergantung. Jika mereka menetapkan matlamat yang kecil, mereka mungkin melihat peningkatan yang sedikit dari sebelumnya. Tetapi, apabila mereka meletakkan matlamat yang besar, jika masih menggunakan teknik “cuba dan cuba lagi” , mereka akan tidak berjaya. Kenapa?

Seperti yang Adam Khoo katakan dalam ebook beliau ” Master Your Mind Design Your
Destiny” - jika anda gagal dan mencuba lagi tanpa menukar strategi tindakan anda,
anda akan mendapat hasil yang sama.

Setuju dengan beliau?

Sebenarnya, terlalu ramai yang terjerumus dengan tindakan begini, termasuklah saya sendiri. Tapi, setelah menyedari kesilapan saya selama ini, saya mula sedar dan dapat melihat hasil usaha saya setelah saya meletakkan diri saya di golongan…

Golongan 3 - Lihat Kesan, Ubah Strategi dan Ambil Tindakan

Dalam setiap tindakan yang kita lakukan, ia akan menampakkan hasil sama ada hasil tersebut sama dengan dengan apa yang dihajati atau jauh daripada matlamat kita.

Golongan 3 ini tidak menganggap kegagalan itu sebagai titik noktah usaha mereka. Sebaliknya golongan ini melihat kegagalan sebagai kesan (feedback) dan merencana strategi baru dan bertindak dengan strategi tersebut. Mereka akan mengulangi teknik ini sehinggalah mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

Satu kisah yang saya ingin kongsikan dengan anda. Kisah ini adalah antara pengalaman peribadi Adam Khoo dengan seorang ejen hartanah.

“..saya (Adam Khoo) pernah bekerja dengan seorang ejen hartanah yang memiliki perniagaan lapan tahun. Dia seorang yang rajin tetapi mempunyai semangat yang lemah untuk mencapai “top producer award” ( anda perlu capai $900,000/sebulan untuk dapat award ini). Saya bertanya kepada beliau, kenapa anda tidak mahu membuat matlamat untuk menjadi “top producer”?

Ejen tersebut menjawab, beliau telah melakukan segala yang terdaya dan mencuba beberapa kali tetapi hasil maksimum yang beliau perolehi cumalah sekitar $500,000.”

Ejen tersebut menambah, “saya tidak mempunyai nasib yang baik untuk mencapai matlamat seperti ejen yang telah berjaya mencapai award itu. Kemudian Adam Khoo bertanya, ” apakah strategi yang anda gunakan” . Ejen tersebut menjawab” saya telah cuba macam-macam cara.Saya sudah bergelumang dengan bidang ini selama 8 tahun, jangan cuba nak mengajar saya pula!”

Apa yang saya ingin kongsikan dari cerita di atas ialah, sebenarnya ejen tersebut telah
menggunakan strategi yang sama selama 8 tahun! Ini bermaksud, ejen tersebut hanya mempunyai “pengalaman setahun”, tetapi menggunakan strategi yang berusia 8 tahun!

Lihat bezanya?

Fikir-fikirkanlah…

Perniagaan Internet

Apa yang anda bayangkan sebaik sahaja melihat tajuk di atas? Memiliki laman web yang menjana $$$ setiap masa, duduk bersenang-lenang, memiliki sistem 24/7 yang bekerja untuk anda, rumah mewah, kereta besar, handphone canggih dan sebagainya..

Namun, sedarkah anda hakikatnya yang sebenar?

Memang saya tidak nafikan, sudah ramai yang memiliki kehidupan seperti yang saya nyatakan di atas TETAPI hanya selepas mereka berusaha dengan gigih sebelumnya!

Saya ingin mengajak para pembaca menyelami sedikit apa itu sebenarnya perniagaan internet. Membina perniagaan internet tidaklah semudah yang disangka. Ya, saya cakap betul ni.

Kalau senang, takkan ramai yang masih tak boleh berjaya dalam perniagaan internet?

Kalau senang kenapa ramai yang masih bertanya guru-guru usahawan internet yang berjaya dan kalau senang kenapa perlu ada usahawan pakar seperti Irfan Khairi?

Cuba kita lihat HARGA sesebuah E-Kursus atau seminar perniagaan yang ada. Rata-rata harganya tidak akan kurang dari RM 200 malah ada yang sehingga beribu-ribu ringgit.

Itu tandanya, ilmu perniagaan internet mempunyai NILAI yang tinggi.

Ingat senang ker para usahawan mendedahkan rahsia kejayaan mereka free-free?

Kalau anda berjaya seperti mereka, pasti anda minta bayaran juga bukan? Kalau saya pun, kena charge juga.. ;)

Maafkan saya kerana artikel kali ini agak keras sedikit. Saya cuma terkilan dengan segelintir pihak yang asyik menuduh usahawan internet yang mereka anggap menipu untuk dapat income yang banyak. Malah,ada yang siap mengutuk-gutuk menghantar emel yang pada saya hanya merugikan mereka sendiri.

Video Panas : http://www.youtube.com/watch?v=ry7bqq7jxOo

Mereka ini sebenarnya terlalu NAIF. Kenapa saya berkata begitu?

Menuduh seseorang tanpa mengkaji dan mendalami ilmu adalah tindakan orang yang tidak bijak. Dek kerana skim-skim pelaburan haram yang mereka masuk tak mendatangkan hasil, kemudian nak salahkan usahawan yang benar-benar berniaga yang hakikatnya ada unsur JUAL BELI yang sah.

Kenapa mereka tak berani nak salahkan diri mereka sendiri? Peliklah..

Sebab itulah, dalam Islam sendiri ada menyebut menuntut ILMU adalah wajib dan melakukannya adalah salah satu daripada cara kita beribadah kepada-Nya. Tanpa ilmu, hidup tidak akan berubah ke arah yang lebih baik.

Allah mengurniakan akal fikiran supaya kita boleh menilai sesuatu itu baik atau buruk.Bagaimana untuk menilai? Itulah pentingnya ILMU yang anda pelajari. Gunakan ilmu yang anda ada untuk menilai dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Nasihat saya, tanamkan sikap rajin membaca sekurang-kurangnya satu buku seminggu.Kalau tak mampu, bermulalah dengan membaca artikel-artikel atau layari blog-blog yang berfaedah.

p.s: sekali lagi saya ingin memohon maaf jika saya ada tersalah bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa yang membaca artikel ini.

Usahawan dan Penjual

Dua perkataan yang agak mengelirukan saya
satu masa dahulu. Usahawan dan penjual.

Tetapi secara jujurnya saya meminati
perkataan usahawan kerana ia lebih
bersifat “seseorang yang berusaha membina
empayar perniagaan”.

Perkataan usaha itu sendiri sudah membawa maksud pemilikan
sesebuah perniagaan kepada seseorang dan
lebih bersifat “independent”.

Dari kaca mata saya (huhu, saya memang dah rabun pun ;)),
usahawan memberi makna yang sangat karisma dan
juga tanda seseorang itu membina empayar perniagaan
dengan usahanya sendiri. Usahawan juga dilihat
sebagai golongan yang gemar membina rangkaian
perniagaan dan memperluaskannya dalam pelbagai bidang.

Penjual pula adalah golongan yang hanya menjual sesuatu
produk tetapi bukan orang yang mencipta atau pemilik sesuatu
produk. Kalau dalam perniagaan internet, ia dipanggil affiliate.
Peranannya adalah mempromosikan produk dan mendapat
komisen daripada hasil penjualan produk.

Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Menjadi usahawan
atau penjual?

Kalau saya, bidang keusahawan yang menjadi pilihan
kerana ia dapat mengajar saya satu konsep bagaimana untuk
membina sesebuah perniagaan.

Apabila sudah memahami konsep, maka ia boleh membantu saya
apabila saya ingin membina perniagaaan di dalam bidang-bidang lain pula.

Insyallah. :)

Itu adalah pendapat peribadi saya. Saya pasti ramai yang
diluar sana yang lebih memahami apa maksud keusahawan
seperti saifulsham dan smartzul yang sudahpun merasai sendiri
pengalaman sebagai usahawan ini.