Masalah Teknikal
August 18, 2008 | Leave a Comment
Saya ingin memohon maaf kerana blog ini tidak dapat diakses pada 14 Ogos sehingga 16 Ogos yang lalu. Keadaan ini disebabkan oleh server pada pihak hosting saya langgani mengalami masalah server yang telah di-hack dengan teruk.
Semua data-data telah hilang dan memerlukan proses restore dari backup yang memerlukan beberapa hari untuk siap sepenuhnya.
Pada waktu ini pun, blog saya masih belum agak stabil. Saya masih memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat penyelengaraan pada beberapa file bagi memastikan blog ini boleh dilayari oleh anda tanpa ada masalah.
- Johari
Ohh..sibuknyer!
June 16, 2008 | Leave a Comment
Salam pembaca,
Saya memohon maaf kerana lambat nak re-post satu komen mengenai artikel ini. Insyallah, saya cuba siapkan artikel malam ini dan tunggu post saya esok.
Saya sebenarnya sibuk menguruskan adik saya yang baru jer dapat masuk UiTM akhir Jun ini. So, kena la tolong ready apa-apa yang patut sehingga blog saya pun tak sempat nak update.
Oh ya, walaupun sibuk saya tetap ambil tahu perkembangan IM di Malaysia. Baru-baru ini, Labanon ( ala budak comei baru 17 tahun tu..) baru melancarkan satu produk yang pada saya patut semua miliki. Saya belum habis membacanya ketika ini tetapi secara ringkasnya, produk Labanon kali ini memang ‘power’.
Konsep yang beliau ketengahkan adalah melalui pengalaman beliau sendiri bagaimana beliau menghasilkan RM10K sebulan dengan produk informasi.
ps - saya tak ada dapat apa-apa dari promosi ini. Tetapi, ini adalah satu review jujur daripada saya kepada anda mengenai produk-produk berkualiti yang dihasilkan oleh IM di Malaysia. Dapatkan segera kerana takut-takut si Labanon naikkan harga pulak sebab kalau diikutkan, value sebenar produk ini boleh mencapai RM 97
Lagi Peluang Buat Duit Dengan Mudah
November 16, 2007 | 2 Comments
Huhu..
Sejak malam tadi saya masih lagi terasa teruja dengan produk baru keluaran Mr SmartZul kita. Mesti semua dah tahukan? Kepada yang belum tahu..produk tersebut adalah seperti gambar di bawah ini :

Ops..jangan sangka produk ini cuma ebook ok. Ianya lebih daripada itu sebenarnya. Saya akui masih ramai yang belum tahu macam mana nak upload/download menggunakan ftp. Yes, produk ini sepatutnya anda miliki.Wajib!
Tetapi, ada satu lagi “sistem” yang bakal anda perolehi jika anda mendapatkannya sekarang. Jika anda masih belum merasai pendapatan melalui internet, apa kata anda cuba produk ini. Pelaburannya murah iaitu cuma RM 20.00 sahaja.
Saya sudah mencuba “sistem” tersebut malam tadi dan anda perlu tahu perkara ini. Saya berjaya menyiapkan satu laman web yang lengkap dengan borang pengesahan bayaran hanya dalam masa 15 minit. Fuh..
Kebiasaannya, saya memerlukan hampir 3 hari nak siapkan satu laman web jualan yang lengkap..
Tak caya?
Boleh check kat sini : http://www.mohdjohari.com/ftpmudah
Kepada yang sudah membeli, saya ucapkan tahniah.Praktikkan ilmu yang anda perolehi dan lihat balance akaun bank anda bertambah-tambah
7 Pemikiran Orang Berjaya
October 18, 2007 | 4 Comments
Salam sejahtera,
Macam mana dengan cuti raya anda? Meriah tak? Saya kat Sarawak ni meriah terutama kanak-kanak dan para remaja. Hehe, teringat pulak zaman kecik-kecik dulu selalu dapat “angpau”. Memang best!
Kalau ada cerita-cerita menarik sepanjang cuti raya anda, kongsi-kongsi lah di ruangan komen. Kat Sarawak biasanya popular dengan kek lapis yang bermacam-macam jenis dan bentuk. Saya pun tak mampu nak mengingat “kejenisan” kek lapis di sini.
Oh ya, saya baru saja “touch-up” skit ebook pertama yang saya pernah hasilkan dulu : 7 Pemikiran Orang Berjaya. Ebook ini saya hasilkan untuk saya kongsikan pengetahuan dan juga pemerhatian saya mengenai cara-cara orang-orang berjaya berfikir.

Kepada yang sudah membacanya, saya meminta komen daripada anda . Insyallah, dari komen anda nanti saya harap dapat meningkatkan lagi kualiti penulisan saya di masa hadapan.
Download jangan tak download..
[ Edited 24/10/2008 : Ebook masih dalam proses update ]
