Belajar Dari Yang Berjaya

October 8, 2008 | Leave a Comment

Salam sejahtera para pembaca yang dihormati..

Sebelum ini, saya ada 3 soalan yang selalu bermain di minda saya.

Persoalan yang selalu bermain di fikiran saya adalah :

1. Kenapa orang yang berjaya semakin berjaya?

2. Kenapa kita digalakkan untuk berkongsi ilmu dan tidak menyembunyikannya sendirian? Kalau kita kongsikan juga, tidakkah ia akan membahayakan kerana takut orang lain akan lebih berjaya dari anda atau digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan anda?

3. Dengan siapa kita patut bandingkan untuk berubah ke arah yang lebih baik?

Read more

Kesilapan Dalam Menentukan Matlamat

August 25, 2008 | Leave a Comment

Sama ada anda berniaga sendiri atau bekerja dengan orang lain, setiap pekerjaan memerlukan sekurang-kurangnya satu matlamat untuk dicapai.

Alangkah peliknya jika anda membuat suatu pekerjaan tanpa mengetahui apakah matlamat atau tujuan anda melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Matlamat yang terlalu besar

Ini bukan menjadi masalah sekiranya anda mempunyai impian atau matlamat besar seperti mahu menjadi jutawan. Cuma anda perlu bertanya dengan diri sendiri terlebih dahulu, pernahkah anda menjana wang RM500 sehari? RM1000 seminggu ? ataupun RM10,000 sebulan?

Sekiranya belum, apakah logiknya anda mahu menjana RM1 juta dalam masa sebulan? ;)

Oleh itu, anda perlu melalui beberapa peringkat-peringkat untuk menuju ke matlamat utama anda. Mulakan dengan meletakkan matlamat kecil seperti menjana RM100 dari internet kemudian RM500 kemudian RM1000 dan seterusnya.

Kenapa?

Sebab dengan cara ini, anda tidak ‘memusnahkan’ terus semangat anda yang utama iaitu ingin untuk menjadi seorang jutawan. Anda dapat melihat perkembangan usaha anda sedikit demi sedikit dan inilah yang sebenarnya akan menaikkan lagi semangat anda untuk meningkatkan lagi usaha anda ke arah matlamat utama anda.

Anda perlu ingat. Tidak semua perkara yang anda lakukan terus menjadi. Ada seorang mentor saya berusaha hampir 7 tahun baru menjumpai ramuan sebenar cara menjana wang dari internet. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan ini yang bakal menentukan cepat atau lambatnya proses kejayaan hadir dalam hidup anda.

Dalam setiap step yang anda lakukan mungkin mempunyai potensi untuk mengalami kegagalan sementara dan jika matlamat anda tidak terlalu tinggi pada waktu itu, kegagalan sementara anda tadi tidak melunturkan semangat anda untuk mencuba sekali lagi.

Kesimpulannya, anda perlu menjaga “bara” semangat anda untuk berjaya. Ini adalah asas kepada semua kejayaan yang anda lihat pada orang lain.

Saya tahu, walaupun cara ini memerlukan masa yang agak lama tetapi saya yakin pada satu peringkat nanti anda akan mengalami situasi di mana anda boleh melipat-gandakan pendapatan secara exponen. Insyallah.

Kisah Seekor Panda Nak Belajar Kung-fu

June 30, 2008 | 1 Comment

Po adalah seekor panda yang sangat menyukai seni kung-fu sehingga beliau terbawa-bawa kisah-kisah kungfu di dalam mimpinya. Malah, dia juga terlalu taksub dengan master-master kungfu yang tinggal di kawasan pergunungan berhampiran dengan tempat tinggalnya dan memilki koleksi peribadi setiap master kungfu yang menjadi idolanya.

Read more

Betul ke Kekayaan Datang Dari Cara Kita Berfikir?

June 3, 2008 | 2 Comments

Saya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri saya, “kalau dah kekayaan datang dari cara kita berfikir, mengapa ramai sangat orang yang belum kaya?”

Saya masih mencari kenapa ramai jutawan dan orang-orang berjaya memberi ungkapan begini. Ada juga terlintas di hati saya, ” mungkin mereka ni nak menampakkan mereka ‘cool’ dengan memberi satu ungkapan yang agak sofistikated dan sukar untuk difahami” . Tetapi, semakin banyak saya meneruskan kajian, semakin ramai pula yang mengungkapkan perkara yang sama - “Wealth come from your own mind”

Akhirnya, saya menemui sebabnya. :)

Read more

Tips Motivasi : Rajin membaca membuka pintu kejayaan..

June 2, 2008 | Leave a Comment

Hari ini saya tidak ada artikel menarik yang hendak saya sampaikan tetapi ada satu artikel yang saya ingin kongsikan dengan anda. Artikel ini ditulis oleh Mohd Fahmy dari RahsiaEbiz.com. Berikut adalah artikel beliau :)

===============================================

Assalamualaikum & salam ceria !

Apa kabar ? Sure ramai yang bercuti
sekarang ni memandangkan musim cuti
sekolah dan juga musim kenduri kahwin.

Bagi mereka yang bekerja tu selamat bekerja,
dan bagi bercuti tu selamat bercuti molek belaka.
Yang berkahwin selamat menempuh alam perkahwinan
moga bahagia selama-lamanya… ameen.. :)

Saya di sini macam biasa, sibuk juga dengan pelbagai
program dan aktiviti. Walaupun bercuti tetap kerja juga
ini kerana bagi saya jika kita boleh lakukan sesuatu
walaupun 1 jam dengan produktif akan memberi
kesan positif untuk masa depan.

Sebagai contoh saya memperuntukkan 1 jam
untuk mendalami berkaitan Zero Defects
yang diamalkan oleh Motorola Inc dalam konsep
Six Sigma yang terkenal itu akan
memberi ruang dan peluang untuk minimizekan
kerugian dan meningkatkan keuntungan
dalam masa singkat.

Dengan membaca juga dianggap sebagai satu
usaha/kerja untuk memperbaiki kelemahan
di samping menerapkan nilai-nilai tajdid
dalam kehidupan.

Adakah anda rajin membaca ?

Saya suka ‘explore’ internet yang menyediakan
pelbagai rahsia-rahsia hebat tak ternilai harganya.

Melalui ‘exploration’ tersebut saya lebih suka
membaca bahan dan resources yang membolehkan
kita mendapat manfaat sama ada dari segi duit
mahupun kuasa.

Sebagai contoh membaca karya The Secret oleh
Rhonda Bryne akan membuka minda anda mengenai
The Law of Attraction. Ia membolehkan seseorang
itu mendapat apa yang dihajatinya.. Ia sebenarnya
membuka satu gedung ilmu yang jauh lebih besar.

Kemudian mengenai wang, bagaimana kita gunakan
resources dan juga knowledge untuk generate nilai
dan duit tanpa henti-henti mengalir.. Saya sudah memahami
teknik ini apabila kita mendalaminya satu persatu.

Sebab itulah saya rasa, betapa pentingnya kita
ada semangat untuk membaca dan ‘explore’ membolehkan
manusia menguasai banyak perkara.

Saya rasa Internet bukan sekadar pelayaran sia-sia.

Ia boleh jadi kawan dan boleh juga jadi lawan.. namun
kita bijaklah dalam membuat keputusan yang betul.

Namun apa yang pasti saya di RahsiaEbiz.Com
akan membongkar lebih banyak rahsia-rahsia penting
selepas ini. Saya nak cerita pengalaman selama 7 tahun
dalam arena webmaster dan ia sebenarnya tak cukup
masa.. But, jika anda rajin membaca posting saya
dari masa ke semasa sudah tentu akan mengetahui
satu persatu rahsia penting yang cukup bermanfaat.

Mungkin bagi mereka yang konsisten bersama RahsiaEbiz.Com
akan notice bahawa segala tips dari internet merupakan
satu intipati pengalaman saya sendiri selama ini.

Moga kita akan terus bersama-sama meningkatkan ilmu
dan pengalaman untuk mencapai lebih banyak kejayaan.. Insyaallah
di masa akan datang akan ada lebih banyak ’surprise’
di RahsiaEbiz.Com yang boleh dikongsi untuk semua.

Sekian, selamat bercuti dan selamat bekerja untuk semua !

Salam kejayaan,
Code7 aka Fahmy

Impian “John Rambo” Menjadi Kenyataan

February 11, 2008 | 1 Comment

Salah satu kisah bagaimana dengan memberi 100% komitmen akan memberikan anda hasil lumayan yang bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit semata-mata tetapi juga untuk kepuasan diri dan impian anda.

Pada masa sekarang, Sylvester Stallone adalah seorang pelakon Hollywood yang paling popular dan antara aktor yang mendapat bayaran tertinggi iaitu hampir US$20 juta untuk satu filem sahaja!

Pada pendapat anda, adakah beliau dilahirkan dengan anugerah atau memiliki nasib yang baik?

Mari kita sama-sama renungi kisah perjalanan beliau dalam menjadi seorang aktor yang  ternama sehingga kini.

Stallone memiliki keluarga yang sangat miskin sehinggakan Stallone dilahirkan oleh ibunya di pintu sekolah. Sejak kecil lagi , Stallone mengalami masalah pada mukanya yang akhirnya menyebabkan bahagian kanan mukanya menjadi cacat. Oleh sebab itu, Stallone terpaksa mengharungi hidupnya dengan pelbagai kekurangan tetapi beliau tetap mempunyai IMPIAN yang BESAR.

Impian beliau ialah untuk menjadi seorang pelakon dan menjadi ikon untuk memberi semangat dan inspirasi melalui filem-filem yang beliau lakonkan.

Langkah beliau bermula pada saat beliau memasuki kelas lakonan dan mula pergi untuk uji bakat. Walaubagaimanapun, dengan cara lakonannya yang kaku pada masa itu telah menyebabkan Stallone tidak diterima untuk menjadi pelakon. Namun, beliau tidak mudah berputus-asa. Beliau mengubah strategi dan mencubanya berkali-kali.

Malangnya, walaupun telah mencuba pelbagai strategi dan mencuba berkali-kali, impian Stallone masih juga tidak menjadi kenyataan. Sehinggakan isteri beliau menyarankan Stallone agar melupakan saja niat “bodoh” beliau untuk itu untuk menjadi pelakon dan pergi mencari kerja seperti orang lain.

Stallone mengalami hidup yang sangat tertekan yang memaksa beliau menjual anjingnya dengan harga $50 dan menggunakan duit itu untuk meneruskan hidup. Itu adalah saat paling menyedihkan dalam hidupnya kerana anjing beliau itulah yang menjadi teman sejatinya selama ini.

Pada satu hari, beliau melihat satu rancangan tinju antara juara tinju dunia, Muhammad Ali dengan Chuck Wepner, seorang peninju underdog yang semua orang fikir Muhammad Ali boleh kalahkan dalam masa tidak sampai pusingan ketiga. Tiada sesiapa pun menyangka keyakinan dan kesungguhan Chuck Wepner pada masa itu. Walaupun sudah melebihi pusingan ke-15, Wepner masih juga tidak mahu menyerah kalah.

Stallone teruja melihat kisah tersebut dan mendapat inspirasi melalui filem yang akan beliau akan tulis. Beliau mula menulis selama 84 jam tanpa henti sehingga skrip pertamanya itu siap. Beliau sangat gembira dengan hasilnya itu dan percaya skrip itu bakal merubah hidupnya. Nama manuskrip itu adalah “Rocky”.

Seperti biasa, tidak semua yang kita lakukan akan berjalan lancar dan sama seperti usaha baru Stallone kali ini. Beliau berusaha menjual skripnya di serata tempat namun tidak ada seorang pun yang meminati skrip beliau. Dan, seperti anda kenal watak ‘Rocky’, Stallone juga tidak mudah putus asa.

Pada suatu hari sebuah syarikat berminat untuk membeli skrip beliau dengan tawaran US$75,000 untuk skrip dan juga hak untuk membuat filem. Tawaran ini pastinya membuatkan Stallone gembira tetapi ingat, IMPIAN Stallone adalah untuk menjadi seorang pelakon bukan penulis!

Jadi, Stallone berbincang semula dengan syarikat tersebut. Beliau menambah syarat, beliau boleh menjual skrip tersebut tetapi watak utama untuk filem ‘Rocky’ mestilah diberikan kepadanya.

Lantas syarikat tersebut tidak bersetuju dan menyatakan beliau hanyalah seorang penulis bukannya pelakon. Stallone masih juga tidak berganjak dengan keputusan beliau dan enggan menjual skripnya jika beliau tidak diambil berlakon untuk filem itu. Syarikat tersebut kemudiannya menambah tawaran untuk skrip Stallone sehingga US$ 255,000 dan US$1 juta, tetapi Stallone masih juga yakin yang watak ‘Rocky’ dalam filem tersebut hanya layak dilakonkan olehnya dan bukan orang lain.

Akhirnya, syarikat tersebut bersetuju tetapi mereka meletakkan syarat filem tersebut hanya dibuat dengan budget kurang dari 1 juta dan Stallone hanya akan mendapat US$35,000 untuk upah penulisan dan lakonannya. Walaubagaimanapun, Stallone masih mendapat peratus keuntungan melalui royalti jika filem tersebut memberi pulangan kepada mereka. Stallone bersetuju dengan syarat tersebut tanpa berfikir panjang lagi.

Perkara pertama yang Stallone lakukan selepas mendapat wangnya adalah membeli semula anjing yang dijualnya dahulu. Beliau berjumpa dengan orang yang membeli anjingnya dan membuat tawaran US$100. Lelaki itu enggan menerima tawaran Stallone dengan alasan beliau tidak berminat dengan tawaran itu. Stallone menambah lagi tawarannya sehingga US$1000 namun lelaki itu masih juga enggan menjual anjing itu. Lelaki itu berkata “ tidak ada satu jumlah wang yang boleh membeli anjing ini daripada saya”.

Mungkin pada ketika ini, ramai yang akan mula berputus asa tetapi bukan Stallone. Beliau percaya dengan komitmen, beliau boleh mendapatkan apa sahaja yang beliau mahu. Akhirnya beliau menawarkan US$15,000 untuk membeli anjingnya. Stallone mendapat anjingnya semula . Beliau juga menambah tawarannya dengan memberi sebahagian watak untuk filemnya kepada lelaki itu.

Apabila filem ‘Rocky’ dilancarkan, jumlah keuntungan melalui filem itu mencecah US$171 million dan telah dinobatkan sebanyak 10 anugerah akademi termasuklah lakonan terbaik dan juga Oscar for Best Picture and Director.

Stallone dengan pantasnya melonjakkan nama sebagai aktor dalam kelasnya tersendiri. Beliau  menjadi sangat popular. Hasil daripada kejayaan ini, Stallone mendapat lebih banyak tawaran lakonan antaranya untuk filem First Blood, Rambo dan filem sekuel Rocky.

Stallone percaya, dengan memberi 100% komitmen, pasti ada jalan untuk mendapatkannya.

 

 

 

7 Huruf Magik Yang Berkuasa

January 17, 2008 | Leave a Comment

Apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya?

Kenapa hanya ada sesetengah orang boleh mencapai kejayaan yang hebat
hingga tak disangka oleh masyarakat?

Adakah kerana mereka mempunyai bakat yang istimewa atau sumber yang hebat?

Setiap orang diberikan sumber yang sama, tapi kenapa hanya beberapa orang
sahaja yang berjaya menggunakan sumber tersebut untuk menghasilkan kejayaan?

Kejayaan adalah sesuatu yang terlalu subjektif.

Terdapat terlalu banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan kejayaan.

Tetapi, saya ingin dedahkan ada satu cara yang telah terbukti BERKESAN jika anda mahu melakukannya. Ia tidak susah dan ia juga tidak mudah.  Cukup dengan cara ini, anda sudah mampu meraih kejayaan.

Cara tersebut mengandungi 7 huruf yang sangat ‘berkuasa’ yang mampu
mengubah diri anda dan persekitaran yang sedang anda alami sekarang.

7 huruf ini jugalah yang akan memberikan anda satu anjakkan hebat kepada kepada anda untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Rahsia dari ‘kuasa’ 7 huruf ini pula sering digunakan oleh orang-orang berjaya mencipta kejayaan mereka inginkan. Malah, mereka menggunakannya setiap kali mereka mahukan kejayaan dalam hidup mereka.

Jadi, kenapa perlu mencari lagi cara lain jika sudah ada satu cara yang terbukti mampu
memberikan anda kejayaan? Bukankah itu membazir masa anda sebenarnya?

Percayalah… 7 huruf yang bakal saya dedahkan ini bakal merubah hidup anda..

- bersambung