Menulis di blog
February 9, 2007 | 5 Comments
Akum dan salam sejahtera
Seperti yang ramai sedia maklum, blog merupakan satu medium yang sangat efektif serta sesuai untuk meningkatkan tahap produktiviti khususnya dalam mempromosi sesuatu produk dan menyebarkan idea-idea terkini.
Dan lazimnya, apabila anda menggunakan teknik “mengajar” melalui artikel-artikel, satu ciri yang anda perlu lakukan ialah membina kredibiliti supaya anda dipercayai terlebih dahulu.
Membina kredibiliti ini pula tidak semudah yang disangka.
Antara salah satu faktor yang saya lihat kejayaan blog-blog berpengaruh (mcm blog irfankhairi, saifulsham, smartusaha, intenetmelayu dan banyak lagi…), mereka mempunyai gaya penulisan dan “approach” tersendiri dalam menyampaikan setiap intipati artikel-artikel mereka.
Di sini ada sedikit tips untuk anda.
Ada 4 asas utama yang ada pada blog-blog berpengaruh tersebut yang saya rasa anda boleh cuba gunakan untuk menulis artikel-artikel di blog supaya mampu menarik lebih ramai pelawat berkualiti.
Gunakan teknik-teknik ini dan cuba sesuaikan mengikut cara “approach” anda.
1. Nilai
Blog anda hendaklah mempunyai sesuatu nilai yang sentiasa dicari oleh pelawat.Sebagai contoh, nilai tersebut mempunyai ciri-ciri untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun memberikan isi kandungan yang terbaru dan terkini.
2. Tajuk
Anda hendaklah bijak untuk menulis sesuatu lain dari yang lain, jika mempunyai isi yang sama sekalipun, cuba gunakan teknik penyampaian yang berbeza.Kemudian, cuba anda kaitkan tajuk tersebut dengan nilai yang hendak anda sampaikan kepada pembaca.
3. “Bagaimana…”
Kebanyakkan orang tidak mahu ambil tahu apa yang anda boleh lakukan, tetapi mereka mahu tahu “bagaimana” sesuatu itu berlaku. Jika anda rasakan anda memberikan banyak informasi, anda sebenarnya berada pada landasan yang betul.
4. Bercerita..
Emm..yang ini saya rasa teknik yang paling berkesan untuk menjadikan artikel-artikel anda nampak lebih menarik dan senang untuk didekati pembaca. Ramai orang tidak mahu membaca sesuatu secara “detail” (macam kita membaca kat buku-buku kat universiti..peningkan?). Mereka lebih suka sesuatu yang lebih bersifat santai tapi tetap memberikan nilai kepada pembaca. Satu lagi, apabila bercerita, anda sebenarnya cuba memberikan pembaca anda merasai situasi sebagaimana anda rasai. Deep impact kan?
Saya harap, tips-tips di atas dapat membantu anda untuk menulis dengan cara yang betul serta menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti. Saya sendiri pun masih lagi menggunakan teknik-teknik di atas dan cuba memperbaiki cara penyampaian saya pada setiap post.
Insyallah
Isi yang disukai enjin carian
January 26, 2007 | Leave a Comment
Akum dan selamat sejahtera
Emm..saya sedang mengikuti tips2 terkini di blog.smartusaha.com yang mendedahkan cara-cara bagaimana untuk memulakan perniagaan dalam masa 3 hari. Jika anda belum membaca artikel-artikel yang berharga ini, sila lawati www.blog.smartusaha.com
Ok..hari ini saya ingin berkongsi salah satu blog yang saya selalu lawati dan bookmark.
Post hari ini sangat menarik iaitu cara-cara untuk membina isi kandungan blog/web yang disukai oleh enjin carian (SEO). Terdapat banyak tips2 yang sangat berguna didedahkan pada artikel ini.
Untuk bacaan lanjut saya sertakan link di bawah:
http://www.copyblogger.com/seo-copywriting-techniques-that-readers-love/#more-269
Selamat membaca!
5 Cara Mudah Menarik Pembaca
December 20, 2006 | 1 Comment
Akum semuer..
Membina blog adalah mudah sebenarnya.Tetapi perasankah anda apa
yang sebenarnya menarik pembaca pergi ke blog anda?
Cuba anda buat analisis terhadap blog-blog yang mempunyai traffic
yang tinggi. Apakah keistimewaannya? hampir 90% blog bertrafik
tinggi mempunyai interface yang kemas dan tidaklah perlu begitu
cantik.
Apa yang “mencantikkan” blog itu adalah artikel-artikel mereka yang
berkualiti.Satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan adalah
untuk mengekalkan momentum pembaca untuk membaca artikel anda dari
mula hingga ke penghujungnya.
Adakah anda mengalami situasi ini? Baiklah, saya akan berkongsi
dengan anda satu teknik mudah untuk menarik minat pembaca.
1. Tanya Soalan
Mulakan artikel di blog anda dengan bertanyakan soalan.Kaedah ini
sangat berkesan kerana ia berkaitan dengan psikologi manusia yang
mempunyai perasaan ingin tahu (curiosity) dan ini membolehkan
pembaca anda berfikir dan memudahkan anda untuk menyampaikan
maklumat.
2. Berkongsi kisah hidup atau “kata-kata hikmat”
Haa..kaedah ini memang popular.Anda tentunya mengenali
SaifulSham.com. Lihat bagaimana mereka menulis di blog.Bagi
mengurangkan tekanan, mereka menggunakan kaedah ini yang nyata
lebih relaks untuk pembaca.Selain itu, kaedah ini boleh
memvariasikan teknik penyampaian anda supaya tak stereotaip. (hehe
macam artis pulak..)
3. Bermain dengan minda pembaca.
Kaedah ini susah skit tapi anda masih boleh dilakukan dengan
baik. Caranya, gunakan kelebihan anda contohnya, jika anda pakar
dalam menulis, buat satu cerita bagaimana seronoknya anda menulis,
menghasilkan artikel berkualiti dan mempunyai peminat anda sendiri.Secara
tidak langsung pembaca anda akan cuba mengimaginasikan perasaan
anda dalam diri mereka.Tentunya para pembaca tadi boleh merasai
perasaan anda juga. (analogi mudahnya, macam maner anda tulis surat
cinta untuk memberitahu perasaan anda terhadap orang tersayang..
)
4. Gunakan analogi mudah.
Laa…saya baru jer gunakan analogi di atas tadi..Hehe..Analogi
boleh membantu pembaca anda memahami dengan mudah. Sebenarnya, apa
yang lebih penting, berapa banyak pembaca memahami apa yang cuba
anda sampaikan.Jadi,anda tidaklah perlu menggunakan bahasa-bahasa
atau nahu yang memeningkan kepala mereka. Just take it simple..
5. Cari sesuatu kelainan.
Sekarang, mulakan hari anda mencari sesuatu yang lain dari yang
lain.Bahasa mudahnya cari “idea yang unik”.Sekali lagi, psikologi
manusia memainkan peranan.Cari maklumat-maklumat yang unik atau
statistik-statistik menarik tetapi hendaklah berkaitan dengan tajuk
artikel anda.
Saya harap 5 teknik ni dapat membantu meningkatkan pelawat ke blog anda.
