Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman
“Senyuman membantu peribadi anda, menjadikan anda lebih baik dan anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuknya”
Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan wang. Jika hati anda berduka, keadaan persekitaran tidak menyebelahi anda, atau dimarahi oleh bos - wang bukanlah sesuatu yang dapat membantu anda. Oleh itu, mari kita mulakan minggu ini dengan satu aktiviti mudah iaitu SENYUM.
Biasanya kita sering menguntum senyuman apabila berada di hadapan kamera. Tak kira lah anda hensem ke, tak hensem ke, cantik ke, kurus ataupun gemuk..setiap kali anda senyum kepada seseorang pasti ia akan melahirkan satu perasaan yang boleh menenangkan anda. Saya tak dapat nak explain macam mana. Anda kenalah buat dan rasa sendiri.
Mengikut satu kajian saintifik, ketika anda senyum anda sebenarnya hanya menggunakan sedikit otot-otot di muka jika dibandingkan dengan penggunaan otot untuk bermasam muka. ( kalau tak silap saya 80 otot digunakan untuk proses bermasam muka ni )
Haha..kalau nak awet muda..kenalah kurangkan masam-masam muka ni kan.
Bercerita tentang senyum ni teringat pula kisah ketika saya belajar dahulu. Saya tinggal serumah dengan rakan saya yang berbangsa Cina. Kawan saya ni memang senang menguntum senyuman. Walaupun dalam keadaan tertekan ( beliau bekerja sambil belajar ) beliau tetap senyum. Malah, beliau juga jenis ringan tulang dan suka menolong orang yang dalam kesusahan walaupun kadang-kadang saya fikir beliau lebih layak menerima pertolongan dari memberi pertolongan.
Pada suatu hari saya bertanya dengannya ” Bagaimana awak boleh senyum setiap masa walaupun awak selalu dalam keadaan tertekan ?( biasalah time student kekurangan wang pasti menjadi masalah utama).
Beliau menjawab ” Senyum tidak memerlukan saya mengeluarkan wang, malah dengan senyuman, saya dapat merasai ketenangan” jawabnya seraya tersenyum.
Apa pendapat anda tentang artikel di atas?

