Bagaimana mengawal minda anda?

Neuro Linguistic Program merupakan satu teknik yang digunakan untuk mem’program’kan semula pemikiran dengan mengukuhkan tahap kepercayaan kita terhadap sesuatu. Berdasarkan teknik ini, setiap yang kita fikirkan sebenarnya dipengaruhi oleh tahap emosi yang anda rasai ketika itu.

Dalam ilmu Law Of Attraction pula, para penyelidik telah merumuskan bahawa setiap apa yang kita fikirkan sekarang akan menjadi masa depan kita. Oleh itu, dengan mengawal apa yang kita fikirkan sekarang , kita boleh menentukan masa depan yang kita mahukan dalam kehidupan kita. ( jangan lupa untuk berusaha juga ;) )

Persoalannya, adakah anda mampu mengawal pemikiran anda setiap hari?

Mengikut kajian saintifik, manusia mampu berfikir sebanyak 60 billion perkara setiap hari. Cuba anda bayangkan berapa banyak tenaga yang anda perlukan untuk mengawal pemikiran sebanyak itu? Tentu amat meletihkan…

Oleh yang demikian, terdapat satu cara bagaimana anda boleh mengawal pemikiran anda dengan lebih mudah.

Cara tersebut adalah dengan mengawal tahap emosi anda. Emosi sangat berkait rapat dengan tahap pemikiran. Emosi juga boleh dijadikan sebagai ‘benchmark’ untuk melihat keadaan atau ‘state’ fikiran kita sama ada dalam keadaan positif ataupun negatif.

Anda boleh mencubanya sendiri. Jika anda berfikiran positif, apakah keadaan emosi anda ketika itu dan bila anda berfikiran negatif pula, apakah tahap emosi yang anda alami waktu itu.

Bagaimana pula untuk mengawal emosi?

Banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengawal emosi. Salah satu teknik yang selalu digunakan ramai adalah dengan melakukan perkara yang disukai seperti mendengar muzik.

Selain itu, anda juga boleh bersukan atau melakukan sedikit senaman.Pergerakkan anggota badan juga boleh mempengaruhi keadaan emosi kita.

Melalui pembacaan saya, apabila kita bersenam, kita sebenarnya menghasilkan satu enzim yang boleh meransang tubuh badan untuk berasa lebih tenang dan yakin.

Anda tidak percaya? Ok…mari kita buat sedikit pemerhatian. Cuba kita lihat orang yang sedang mengalami perasaan sedih.

Bagaimanakah bentuk postur badan mereka seperti cara duduk, raut wajah dan intonasi mereka ketika bercakap.

Sebenarnya, keadaan-keadaan ini adalah indikator yang terbaik yang boleh anda gunakan untuk mengetahui tahap fikiran seseorang sama ada mereka dalam keadaan positif ataupun negatif.

One Response to “Bagaimana mengawal minda anda?”

  1. sharon on August 23rd, 2008 4:03 pm

    nasihat ini sangat bagus untuk di ikuti,saya sekarang sedang dalam keadaan sedih dan saya tak tahu apa yang harus saya lakukan. saya dah cuba untuk tabahkan diri tapi masih juga tidak dapat menerima kenyataan, jadi saya ingin tahu bagaimana untuk mengatasi masalah saya ini.

Apa pendapat anda tentang artikel di atas?