Terbaru! : US$14,970 Sebulan?  

Betul ke Kekayaan Datang Dari Cara Kita Berfikir?

Saya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri saya, “kalau dah kekayaan datang dari cara kita berfikir, mengapa ramai sangat orang yang belum kaya?”

Saya masih mencari kenapa ramai jutawan dan orang-orang berjaya memberi ungkapan begini. Ada juga terlintas di hati saya, ” mungkin mereka ni nak menampakkan mereka ‘cool’ dengan memberi satu ungkapan yang agak sofistikated dan sukar untuk difahami” . Tetapi, semakin banyak saya meneruskan kajian, semakin ramai pula yang mengungkapkan perkara yang sama - “Wealth come from your own mind”

Akhirnya, saya menemui sebabnya. :)

Saya telah menemui sebabnya di dalam 2 buku motivasi dan satu audio book oleh pakar motivasi, Mr Anthony Robbins. Dua buku dan audio book tersebut adalah :

1. Unlimited Power
2. Awaken Giant Within
3. Personal Power 2 (audio book )

Dalam ketiga-tiga material itu, Tony Robbins menyatakan minda kita ini diibarat seperti komputer. Anda boleh ‘memprogramkan’ apa sahaja dalam minda anda seperti meletakkan operating system seperti pada komputer. “Program” yang dimaksudkan Tony Robbins adalah KEPERCAYAAN, iaitu kepercayaan yang anda tanam dalam minda sejak kecil sehingga sekarang . Dengan kepercayaan inilah yang akan membentuk kehidupan anda dan di mana anda sekarang . Dalam bahasa omputihnya - BELIEF~

Esok saya akan terangkan kenapa KEPERCAYAAN ini yang membentuk DESTINY dan kehidupan masa depan kita. Dan yang paling best, bagaimana hendak membentuk kepercayaan baru dalam minda kita.

Jumpa lagi esok!

2 Comments so far »

  1. samsi norlina said,

    Wrote on June 6, 2008 @ 10:18 am

    salam…

    mmg kekayaan datang dari kepercayaan…cuba lihat seseorang yang berjaya mmg banyak orang percaya kepadanya nya sbb kercayaan bermula dari dalam diri orang itu sendiri….

    sekiranya kita tiada kepercayaan dalam diri kita bagaimana orang nak percaya apa yang kita buat dan seterusnya kita sendiri akan rasa rendah diri apa yang kita buat.

  2. farhan firdaus said,

    Wrote on June 10, 2008 @ 2:19 pm

    Saya amat setuju dengan post saudara johaari…Kepercayaan pada keupayaan diri sendiri adalah menjadi titik tolak dalam kejayaan hidup kita.Bila seseorang sdah setkan kepercayaan yag tinggi dalam ati dia.Dia akan mampu lakukan pelbagai perkara.Minda separuh sedar akan membantu untuk merealisasikan segala yang telah kita setkan dalam minda kita.Kita boleh lihat sendiri saudara Irfan Khairi.Beliau telah set dalam otak beliau sejak berumur 18 tahun,beliau akan menjadi seorang usahawan sebelum berumur 30 tahun.Minda separuh sedar beliau,akan merangka jalan-jalan untuk menuju ke arah matlamat tersebut.Dan kalau matlamat yang dibina cukup kuat,segala tindakan beliau,tidak akan lari daripada jalan-jalan menuju kearah matlamat beliau.saya penah tengok satu rancangan beliau.Ada seorang penonton yang bertanya tentang kata-kata peransang yang beliau gunakan.Katanya,dia selalu berkata “yes i can”..kita tenok sendir,hasil daripada kepercayaan yang kuat terhadap diri sendiri,beliau berjaya menjadi seorang jutawan sebelum berumur 30 tahun.

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Comment

Name: (Required)

E-mail: (Required)

Website:

Comment: