Dua Situasi Yang Menentukan Hidup Anda

Salam sejahtera,

Seperti yang saya janjikan semalam, saya akan meneruskan jawapan mengenai persoalan kita - benarkah kekayaan datang dari cara kita berfikir?

PERHATIAN: Sebelum saya menerangkan perkara ini, ingin saya beritahu anda terlebih dahulu bahawa apa yang bakal saya sampaikan merupakan pemahaman dan juga hasil kajian saya. Mungkin ada pembaca yang mempunyai perbezaan pendapat. Anda boleh kemukakan pendapat anda di ruangan komen supaya sama-sama kita boleh berkongsi ilmu dan membantu satu sama lain.

Dalam kehidupan manusia, ada DUA perkara yang akan membuatkan seseorang itu bertindak dan berusaha.

  1. Mengelakkan diri dari rasa SAKIT (PAIN)
  2. Ingin berasa GEMBIRA, TENANG, BAHAGIA dan  KEKAYAAN ( PLEASURE )

Menurut Anthony Robbins, dua perkara inilah yang membentuk KEPERCAYAAN dalam diri kita. Cuba kita fikirkan sejenak, mengapa agaknya kita perlu bekerja? Kerana untuk mendapatkan wang supaya kita tidak berasa susah dan boleh membeli pelbagai keperluan dan paling penting rasa dihormati oleh orang lain (PLEASURE). Dalam erti kata lain, secara tidak sedar kita sudah berjaya mengelak dari rasa SAKIT apabila tidak bekerja. Betul tak?

Setiap tindakan anda adalah bergantung kepada apa MAKNA yang anda letakkan sendiri dalam minda anda. Seperti contoh di atas, anda telah menanam dalam diri anda, apabila anda bekerja anda tidak akan berasa susah - ini adalah keadaan PLEASURE yang kita inginkan ( apabila tidak susah sudah pasti anda akan rasa gembira, tenang, orang hormat anda dan sebagainya)

Sebaliknya pula apabila anda meletakkan makna TIDAK BEKERJA akan membuatkan anda rasa SUSAH , maka secara automatiknya minda kita akan berusaha mengelak dari perasaan ini. Akhirnya, terhasilah satu tindakan (ACTION) yang anda dan semua orang termasuk saya labelkan sebagai USAHA - usaha yang akan menjauhkan diri anda dari merasai kesusahan. :)

Bagaimana manusia bertindak?

Mudah sahaja. Hanya meletakkan MAKNA yang betul dalam setiap tindakkan anda lakukan. Pernah anda terfikir kenapa seseorang itu suka bertangguh? Bukan kerana mereka itu malas. Tidak. Mereka sebenarnya hanya tidak mempunyai sesuatu momentum yang boleh mengerakkan mereka untuk bertindak.

Berdasarkan buku Unlimited Power, Anthony Robbins mengatakan sesorang itu bertangguh kerana hanya satu sebab. Sebabnya adalah, mereka telah meletakkan makna yang salah kepada 2 situasi di bawah :

  1. Tidak bertindak
  2. Bertindak dan berusaha

Lazimnya, bagi mereka yang suka bertangguh, mereka akan meletakkan BERTINDAK DAN BERUSAHA itu sebagai KESAKITAN . Di dalam minda, mereka sentiasa memikirkan bahawa apabila mereka bertindak, mereka akan berasa tidak selesa, luar dari keadaan senang dan takut untuk gagal. Tambahan lagi dengan keadaan persekitaran yang mungkin akan membantutkan usahanya seperti ejekan rakan-rakan, sindiran negatif dan kurangnya dorongan serta sokongan dari keluarga. Jadi, apabila terlalu memikirkan situasi ini, mereka akhirnya tersepit di tengah-tengah. Apabila sudah tersepit maka jalan terbaik bagi mereka adalah bertangguh dengan ditutupi dengan alasan-alasan seperti - masa belum sesuai dan 1001 lagi alasan yang lain.

Berbeza pula dengan orang yang berjaya.

Orang yang berjaya memikirkan TINDAKAN DAN BERUSAHA akan membuatkan mereka rasa gembira, tenang dan rasa terhibur melakukannnya. Kenapa? Kerana mereka telah meletakkan MAKNA dengan BERTINDAK mereka akan merasai kesenangan, kekayaan, ketenangan dan rasa hormat yang tinggi. Dengan cara ini, mereka telah menghasilkan satu PASSION dalam usaha mereka tanpa mereka sendiri sedari.

Semua orang tahu, setiap usaha pasti akan berhadapan dengan cabaran. Sekali lagi, anda perlu letakkan MAKNA pada cabaran itu. Sekiranya anda rasa cabaran itu akan membantu anda untuk lebih maju, anda pasti hadapinya juga. Tetapi jika sebaliknya, anda akan cuba lari dan akhirnya usaha anda terhenti di situ sahaja. Kehidupan merupakan satu perjalanan dan bukannya destinasi.

p.s: Melalui perjalanan itu, anda dapat memahami maksud kehidupan dan insyallah anda akan berasa gembira. :)

4 Responses to “Dua Situasi Yang Menentukan Hidup Anda”

  1. samsi norlina on June 6th, 2008 10:24 am

    salam…

    seronok baca artikel ni n tak salah if saya bg komen dan soalan untuk awk huraikan kerana ada yang awak dan saya berlainan pendapat.

    setiap apa yang manusia lakukan mesti atas dorongan untuk mendapatkan sesuatu yang diingikan setelah sekian lama.cuba bayangkan bagaimana sesorang itu boleh mimikirkan untuk menjadi berjaya..? kenapa dia ingin menjadi berjaya dalam sekelip mata? bagaimana seseorang itu rasa bila menjadi berjaya? cuba awak berikan jawapan pada aoalan saya….

  2. Johari on June 8th, 2008 12:07 pm

    Terima kasih Samsi,

    Bagus soalan awak ni.Insyallah, saya akan menjawabnya sebagai satu artikel pada minggu hadapan.Nantikan jawapan saya ya :)

    p.s: Kepada sesiapa yang ada pandangan atau pendapat, boleh juga kongsikan bersama dengan memberikan komen pada artikel ini :)

  3. Ohh..sibuknyer! « Blog Motivasi dan Tips Perniagaan Internet on June 16th, 2008 7:27 am

    [...] memohon maaf kerana lambat nak re-post mengenai artikel ini .  Insyallah, saya cuba siapkan artikel malam ini dan tunggu post saya [...]

  4. d.xcel on June 22nd, 2008 6:21 am

    Salam sejahtera.

    Nak belajar lebih mengenai kuasa minda? Saya pun sedang mempelajari ilmu ni. Nama program tu neuro linguistic program (NLP). Jadi, cari-carilah ilmu untuk mengubah hidup anda dengan izin DariNya.

    Impian diiringi dengan tindakan,akan membuahkan kejayaan. Impian tanpa tindakan, hanya sebuah angan-angan.

    d.xcellent
    Kesihatan.Minda.Inspirasi Hidup.
    http://cerdas-cergas.blogspot.com

Apa pendapat anda tentang artikel di atas?