Jom Kenali Saya

Nama penuh saya ialah Mohamad Johari bin Rajikin. Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 25 Julai 1983. Ayah saya orang Parit Raja, Johor dan mak saya pula anak jati Kuching, Sarawak. Kini, saya menetap di Kuching bersama keluarga tercinta.

Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat dan bekas penuntut Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (yang kini dikenali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang komputer. Selain daripada itu, saya juga memiliki kepakaran dalam troubleshoot PC dan network serta pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat komputer di Shah Alam.

Meminati perniagaan pada usia yang agak lewat iaitu pada tahun 2002 selepas saya teruja melihat rakan-rakan saya seusia saya ketika itu berjaya dalam perniagaan MLM. Pada pendapat saya, memiliki sebuah perniagaan sendiri memberikan lebih kepuasan kerana kita berusaha membinanya dari zero sehingga ianya berjaya.

Selain daripada meminati hal-hal berkaitan IT, saya juga meminati bidang motivasi. Di setiap kelapangan masa, saya suka membaca buku-buku motivasi. Antara karya motivasi yang saya minati adalah dari Anthony Robbins, Jim Rohn, Joe Vitale, Dato Dr Fadzilah Kamsah dan ramai lagi.

Terbaru, saya meminati hasil motivasi yang unik dari Rhonda Byrne, The Secret - The Law Of Attraction.

Saya berazam untuk menjadi seorang yang bergelar jutawan sebelum umur saya mencecah 35 tahun kelak. Insyallah, kalau boleh saya mahu berjaya sebagai seorang usahawan internet tempatan dan juga luar negara.

Jika anda memerlukan perkhidmatan (installation, web designing) atau nasihat, sila hubungi saya melalui borang contact form di sini.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini :-)

Mohamad Johari